in ,

Selebriti Malaysia Sahut Cabaran Game Show Komedi ‘GELAK 90 SAAT’

‘Gelak 90 Saat’ bersama rancangan ‘game show’ komedi terbaharu Astro  yang mencabar selebriti-selebriti popular tempatan membuat kumpulan juri (Target Misteri) daripada latar belakang yang berbeza ketawa dalam masa 90 saat.

Daripada selebriti, pempengaruh media sosial, BBNU, atlet, pekerja profesional sehingga ke orang awam, hanya tawa mereka sahaja yang boleh menentukan nasib selebriti-selebriti ini untuk mara ke pusingan Akhir. 

‘Gelak 90 Saat’ merupakan rancangan permainan realiti berbentuk perlawanan liga ‘kalah mati’ antara kumpulan pelawak yang perlu membuat target atau barisan juri yang dipilih ketawa dengan persembahan spontan mengikut tema yang mereka pilih.

Selebriti Malaysia Sahut Cabaran Game Show Komedi Terbaharu ‘Gelak 90 Saat’

Setiap target mempunyai hint masing-masing untuk menjadi tarikan di mata para peserta sebelum ‘Pintu Misteri’ dibuka dan mereka diperkenalkan.  Para peserta  yang terlibat hanya perlu membuat juri pilihan mereka (Target Misteri yang dipilih) gelak dalam masa 90 saat. 

Kumpulan yang bertanding adalah berlainan pada setiap minggu. Penentu markah mereka bergantung pada saat ke berapa juri atau target mereka ketawa.

Setiap saat mempunyai markah/wang tunai  yang berbeza dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah/wang tunai tertinggi setiap minggu akan berlawan semula di peringkat Separuh Akhir & Akhir. 

Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, “Kami teruja untuk mempersembahkan rancangan ini kepada para peminat komedi Astro dengan format yang belum pernah diketengahkan. Dalam tekanan masa yang singkat, pastinya pelbagai kerenah akan ditunjukkan. Apatah lagi apabila diberi tema atau props yang berlainan, gelagat yang mereka bakal tunjukkan pasti akan menghiburkan para penonton.

Selebriti Malaysia Sahut Cabaran Game Show Komedi Terbaharu ‘Gelak 90 Saat’

‘Gelak 90 Saat’ merupakan sesuatu yang baharu. Padat dan cepat, di mana peserta-pesertanya perlu bertindak dengan bijak. Tetapi nasib mereka untuk menang bergantung kepada satu gelakan. Format unik ini pasti dapat menarik ramai penonton komedi serta peminat genre yang lain ke saluran Astro Warna”, tambahnya lagi. 

Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini sebagai peserta termasuk Namie, Achey, Dewa, Has, Ieda Moin dan Norkhiriah.

Manakala target atau juri terdiri daripada selebriti tempatan, pempengaruh media sosial, atlet serta orang awam. Dato’ AC Mizal pula bakal menggamatkan rancangan ini sebagai pengacara.

Juara setiap episod akan memenangi wang berjumlah sehingga RM5,000, manakala juara keseluruhan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 di peringkat Akhir. 

‘Gelak 90 Saat’ bakal menemui para penonton Astro mulai 20 Oktober setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 107). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PROJEK BAPAK BAPAK ASTRO

Tok Jalal, Tom Ram, Roy & Jatt Kecohkan Australia Dalam Projek Bapak-Bapak

WARDROBE

Wardrobe Lancar Koleksi Wedding Untuk Meraikan Ikatan Cinta