in

Selebriti Jayakan Dapur Remaja

KONGSI RESIPI DIMINATI GOLONGAN REMAJA MENERUSI PROGRAM MASAKAN TERBAHARU DI RTM

Ingin berkongsi resipi menarik remaja secara santai tanpa persediaan yang banyak, lama dan merumitkan, usah lepaskan peluang menyaksikan gelagat pelakon terkenal Norkhiriah menjadi hos program Dapur Remaja yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 14 Mac 2011, setiap Isnin, jam 10.30 pagi di TV1.

Program ini mengajak golongan remaja menjenguk ke dapur untuk sama-sama berkongsi resipi masakan dan mencubanya sendiri di rumah. Disiarkan sepanjang 13 episod, program Dapur Remaja sememangnya berbeza kerana resipi yang diketengahkan mudah tetapi menepati citarasa semua terutama yang inginkan hidangan segera dan menyelerakan.

Dapur-Remaja

Edisi pengenalannya bakal meninjau kerenah artis remaja Nadia (AF) untuk melihat apakah juadah yang disediakan oleh Nadia dan temubual dengan Nadia mengenai kerjayanya. Nadia memasak Kue Tiaw special kemudian dikunjungi oleh chef remaja dari UiTM Shah Alam, Chef Hafiz. Chef Hafiz memasak menu untuk Nadia iaitu Lempeng Chocolate Ice Cream dan Chocolate milk Shake.

Kemudiannya Norkhiriah bersama chef Mohd Farhan (pelajar UiTM) ke rumah penyanyi Eja Arshad pemenang Bintang RTM (2004) bersama memasak nasi lemak dan speageti seafood, minuman air mata merah. Juga selepas itu Norkihirah bersama chef Mohd Hibrishah ke rumah artis remaja dan pengacara Aliff Azhar meninjau ke dapur bujangnya menyediakan roti tos kaya. Selain itu chef Hibrishah juga memasak murtabak mee segera dan jus mangga musim panas.

Tidak ketinggalan episod di mana Norkhiriah bersama Hafiz pelajar masakan UiTM meninjau ke rumah pelajar sekolah tingkatan 5 iaitu Emiliana Samad. Di sana mereka menyediakan masakan nasi goreng istimewa dan kuih karipap, Chef Hafiz memasak Tiramisu coklat untuk Emiliana di samping menu ringan yang lain. Malah Norkhiriah bersama Chef Farhan turut ke rumah pelakon dan pengacara Mardiana Ali. Meninjau ke dapur Mardiana dan memasak Lontong, karipap kemudian chef Farhan memasak roti sos ayam dan air matahari.

Mereka meluangkan masa ke rumah gadis bernama Farah Mohd Nor dan Tasha (pelajar IPT) untuk memasak Spagetti Bolognes dan Hafiz menyediakan Macaroni Bakery dan Air Shuffer, bersama Suraya dan Shima, pelajar Fakulti Filem di ASWARA memasak makanan segera Nugget Ayam dan Chef Mohamad Hafeez (pelajar UiTM), menyediakan menu Roti Rotilla Daging Ayam dan minuman jus – Yogurt Strawberry.

Kunjungan pencarian resipi mereka bersama Chef Mohd Habishah, pelajar UiTM ke rumah penyanyi yang bernama Farhana bagi menyediakan makanan Nasi Lemak untuk Norkhiriah. Chef Mohd Habishah menyediakan menu Biskut Sardine Berlapis dan minuman Puding Buah Campuran.

Menariknya mereka cuba menghidangkan resipi menarik di rumah remaja Nur Farhana (comel) yang menyediakan sarapan pagi mee goreng dengan sandwich dan selepas itu bersama chef dari UiTM Nur Syahirah menyediakan menu masakan popiah berinti dan air buah-buahan minuman mesra.

Sebelum berakhir, Norkhiriah bersama Chef Shahira dari UiTM meninjau ke rumah seorang model sambilan – Faizal memasak Kuew Tiaw istimewa dan Chef Shahira memasak pasta Seafoof dan minuman jus tembikai susu.

Untuk berkongsi resipi menarik ini pastikan anda meluangkan masa menyaksikan Dapur Remaja hanya menerusi saluran Informasi, TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Menarik Slot Mustika Cuti Sekolah

Gambar Black Tayang Body di Pulau Perhentian