[dropcap]D[/dropcap]alam menghayati keberkatan bulan Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak pengikut setia salurannya menyuntik inspirasi dalam bidang perniagaan menerusi sebuah peogram majalah yang mengetengahkan artis sebagai pemilik perniagaan, pemegang saham (share partners) atau meneruskan legasi perniagaan keluarga.
Istimewanya program majalah 13 episod bertajuk “9 Pintu” yang bakal menemui penonton mulai 12 Julai 2013, setiap Jumaat, jam 4.30 petang menerusi saluran TV1 ini menampilkan 13 orang selebriti yang berlainan setiap episod dan sekaligus membuka peluang kepada peminat mengetahui sisi lain mereka sebagai artis dan menceburi bidang perniagaan diusahakan selebriti kesayangan mereka ini.
[pullquote align=”right”]Majalah Khas Ramadan, 9 Pintu Ketengahkan Usahawan di kalangan Artis Di TV1 setiap Jumaat, jam 4.30 petang.[/pullquote]
Saksikan kemunculan selebriti Zamarul Hisham Mohamed mengusahakan perniagaan menjual dan mengedar coklat diberi nama Zamoha Chocolate di USJ, Subang Jaya, Munif Hijjaz (perniagaan Munif Hijjaz Perfumes di Alam Damai, Cheras), Ezany Nizariff (perusahaan Membuat Sos & Belacan di Seri Kembangan), Rozita Che Wan (perniagaan Butik Tudung di Subang Jaya) dan Iskandar Ishak (perniagaan perusahaan Kambing & Ayam Panggang di Kelang & Kampung Baru).
Begitu juga dengan selebriti Deja Moss (perniagaan Hadeeja Kek Lapis Segar di Ukay Perdana), Dato Khadijah Ibrahim (perniagaan Restoren Khadijah’s Kitchen di Petaling Jaya), Ebby Yus (perniagaan Restoran Adam Lai di Shah Alam), Azaharina Azahar (perniagaan syarikat penerbitan, Top 3 Production Sdn Bhd di Puchong), Fizo Omar (perniagaan perusahaan Serunding & Hot Burger di Setiawangsa), Enot (perniagaan Enot Cookies & Cakes di Cheras) juga Diana Rafar (perniagaan spa D’Lugano Spa terletak di Shah Alam).
Selain selebriti bercerita tentang kehidupan mereka sebagai usahawan, sesi temubual bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan pekerja juga diselitkan di dalam rancangan ini. Temubual memfokuskan tentang bagaimana selebriti memulakan perniagaan, pengalaman susah dan senang yang dihadapi oleh selebriti sepanjang bergelar usahawan serta perancangan selebriti pada masa hadapan. Temubual juga berkisarkan bagaimana selebriti memainkan peranan sebagai ketua di kalangan pekerja-pekerjanya.
Menerusi episod pengenalannya, penonton berpeluang mendekati dan mengetahui perniagaan yang dijalankan Mr. Os yang mengusahakan perniagaan, Chalet D’Kampung Mr. Os terletak di Kuala Kangsar, Perak. Mr. Os, seorang pelawak terkenal tanahiar telah membuka sebuah chalet di kampungnya sendiri di Kuala Kangsar dan diberi nama Chalet D’Kampung Mr. OS lebih kurang 3 tahun yang lepas. Chalet ini berkonsepkan rumah-rumah dan persekitaran kampung yang memberikan suasana kedamaian kepada pengunjungnya.