Tembelang seorang selebriti laman sosial yang selama ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas tinggi terbongkar apabila dia diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, dekat sini pada 7 September lalu.
Wanita berusia 20-an itu ditahan bersama lelaki terbabit yang merupakan seorang ahli pernia-gaan yang sudah beristeri kira-kira pu-kul 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat awam. Dia dan pelanggannya kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.
Menurut sumber, wanita berke-naan yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak tahun lalu dan mencari pelanggan terdiri daripada golongan VVIP.
Katanya, wanita itu dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 semalam daripada pe-langgannya.
“Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang,” katanya.
Tambah sumber itu, wanita berkenaan dan pelanggannya akan diambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.