Jam 11 pagi, bertempat di Ciao Ristorante, Jalan Kampung Pandan, Rangkaian radio Airtime Management Programming Sdn Bhd (AMP) telah mengadakan satu majlis makan tengahari yang menghimpunkan hampir 50 penyampai dari sembilan stesen radio.
Sebanyak 9 buah stesen radio di bawah AMP iaitu ERA fm, MIX fm, MY FM, hitz.fm, LiteFM, SINAR fm, THR Gegar, THR Raaga dan XFM.
Antara penyampai radio yang hadir termasuklah Aznil Nawawi (ERA), Nana (XFM), Nasa (THR Gegar), Raja Azura (SINAR), Salih Yaccob (SINAR), Ean (hitz.fm), Reefa (MIX), Reza (ERA) dan Adi (ERA).
Selain sesi memperkenalkan penyampai-penyampai, AMP turut menganjurkan permainan menyusun puzzle yang mencantum nama-nama stesen radio tersebut.
Acara ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan hubungan media dengan para penyampai di samping menghebahkan tentang program menarik yang disediakan oleh setiap stesen radio.
Program tersebut adalah ‘Aznil vs Muzik’ bermula 28 Februari hingga 25 Mac di ERA fm, ‘Talian Selebriti JJ dan Ean’ (7 Mac/ hitz.fm), ‘JD & Dilly’s Short Cuts to Cash’ (MIX fm), ‘Catch Us If You Can bersama Zak & Sara’ (LiteFM), ‘Perkataan Pertama di SINAR’ (7 Mac/ SINAR fm), ‘XFM Macbeth Secret Show’ (7 Mac/ XFM) dan Mesin Wang Gegar’ (6 Mac/ THR Gegar).
Turut diadakan adalah sesi cabutan bertuah, suai kenal bersama media, sesi bergambar dan jamuan makanan Itali.
Aznil Hj Nawawi
Adi Fashla
Reza
Raja Azura
Ray
Haniff
JD & Dilly