Namun sepanjang Ramadan ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba menonjolkan sisi berbeza golongan VIP ini ‘turun padang’ berkongsi menu air tangan mereka dalam menyediakan juadah yang sesuai dihidangkan waktu berbuka puasa.Â
Menerusi program diberi tajuk “Resipi VIP Glamorâ€, penonton pastinya teruja mengetahui resipi dan cara hidangan disediakan mereka selain berkongsi tip tentang aktiviti berfaedah yang harus dipraktikkan pada bulan Ramadan. Begitu juga amalan pada bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan minum air putih dan mengurangkan ambil makanan berminyak.
Menampilkan hos Anis Al-Idrus, program ini menemui penonton bermula 6 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 5.30 petang di TV2.
Menerusi 26 episodsiarannya, selebriti tersohor tanah air yang diundang iaitu Datin Fouziah Gaus, Dr.Fazley Yaakob, Dato’ AC Mizal, Diana Danielle, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Hattan, Datin Suliza Salam, Datuk A.Rahman Hassan dan Datin Fadilah Mansor, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Datin Seri Noniswara Baharudin.
Usahawan terkenal pula terdiri daripada YM Puteri Intan Zarith, Datin Ira Ghani, Datuk Alliff Shukri, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, Dato’ Sri Salmah Ismail, Datin Lynda Rahim, Datin Maziah Mohamed, Usahawan Datuk Azril Mohd Radzi, Datuk Rozzana Rahmat, Datin Seri Ezzan Othman, Datin Seri Nurzarina Sepran, Datuk Siti Aminah Mat, Datin Narena Nasrudin, Datin Nur Hidayah Mohammad, Puan Sri Shariffah Nisa Bakri, dan Datin Hasnidah Yusoff.
Kunjungan ke rumah Datin Fouziah Gaus, beramah mesra secara santai dengan beliau dan suami, Datuk Zharfan Mohd Yusof, mendemonstrasikan beberapa jenis masakan yang akan dihidangkan pada waktu berbuka puasa seperti Ikan Salmon Bakar, Sayur Campur dan Quinoa Goreng.Â
Seterusnya bersama-sama Dr.Fazley Yaakob, penyanyi dan chef menunjukkan cara menyediakan beberapa jenis hidangan kesukaan keluarga mereka seperti Kari Kepala Ikan Salmon, dan Kek Cawan Coklat Chai. Pada akhir rancangan dikongsikan beberapa perkara berfaedah yang harus dipraktikkan pada bulan Ramadan.
Anis Al-Idrus berkunjung ke kediaman seorang usahawan terkenal, YM Puteri Intan Zarith untuk menemu bual beliau sambil menyaksikan beliau mendemonstrasikan cara-cara menyediakan tiga jenis hidangan kegemaran keluarganya. Beliau juga menyatakan bahawa pada bulan Ramadan ini sebaik-baiknya banyakkan minum air putih dan kurangkan mengambil makanan berminyak.
Kunjungan ke kediaman Datin Ira Ghani, seorang usahawan terkenal menyediakan hidangan berbuka puasa iaitu Udang Masak Lemak Petai, Sayur Bunga Lili Goreng dengan Cendawan dan Kurma Goreng Tempura. Seterusnya bersama-sama tetamu Datuk Alliff Shukri Kamarzaman dan Datin Norshahida Mohd Rashid menyediakan makanan kegemaran keluarganya khas untuk hidangan berbuka puasa termasuklah Asam Pedas Terlajak Laris, Ayam Masakan Banjar dan Puding Laici. Selain itu, Datuk Aliff Shukri dan isterinya memberi nasihat kepada penonton agar banyak meluangkan masa bersama-sama keluarga ketika di bulan puasa.
Anis Al-Idrus turut ke kediaman Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, seorang usahawan dan suaminya pelakon Riezman Khuzaimi. Hidangan disediakan Asam Pedas Ekor Lembu, Daging Masak Hijau dan Sago Gula Apong. Episod mengundang Dato’ Sri Salmah Ismail yang suka memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan di samping memelihara kucing di rumahnya. Beliau kongsi menu Ikan Talapia Merah Stim Santan, Terung Taucu dan Bubur Jagung.Â
Di kediaman pasangan selebriti, iaitu Dato’ AC Mizal dan Datin Emilia Rosnaida, berkongsi menu Kari Udang Penang Mari, Masak Lemak Ayam Kerisik dan Bubur Chacha Keledek. Seterusnya selebriti terkenal, Diana Danielle menunjukkan cara-cara penyediaan beberapa jenis makanan kegemaran keluarganya untuk bulan puasa ini. Pada akhir episod ini Diana menunjukkan cara-cara membuat Brazilian Candy.
Tambah menarik usahawan fesyen, iaitu Datin Lynda Rahim menghidangkan beberapa jenis masakan kegemaran keluarganya, khasnya pada bulan Ramadan. Episod seterusnya Datin Maziah Mohamed menyediakan Ketupat Sotong, dan Gulai Kuning Lengkuas.
Kunjungan ke KDJ Kitchen kepunyaan seorang penyanyi juga seorang usahawan, iaitu Datuk Khadijah Ibrahim. Beliau menunjukkan cara menyediakan Ayam Daun Kari yang menjadi hidangan paling laris di restoran tersebut.Â
Ada juga episod bersama tetamu Datuk Azril Mohd Radzi menyediakan Stik Striploin dengan Sos Peppercorn, Datuk Hattan dan isterinya Datin Arianie Mohd Bidin kongsi menu Gulai Daging Mahligai Syahdu dan Manisan Biso Bonar, Datuk Rozzana Rahmat. Beliau adalah seorang usahawan yang mengurus sebuah agensi pelancongan. Walaupun sibuk dengan tugasnya, , Datuk Rozzana Rahmat sangat suka memasak untuk keluarganya.
Beliau telah menunjukkan cara-cara menyediakan tiga jenis makanan untuk hidangan berbuka puasa. Pertama ialah cara-cara menyediakan Nasi Jagung. Kedua, beliau menunjukkan cara-cara membuat Mi Tulang dan ketiga beliau membuat Acar Telur Melaka. Pada akhir rancangan ini, anak gadis kepada VIP tersebut, telah menunjukkan cara-cara menyediakan Agar-agar Buah. Datuk Rozzana juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua penonton rancangan ini.
Episod bersama-sama Datin Suliza Salam yang suka memasak sendiri untuk keluarganya setiap hari. Datin Suliza Salam menunjukkan cara menyediakan tiga jenis masakan dan mendoakan keberkatan kepada semua sempena bulan Ramadan ini. Ada juga episod mengundang tetamu pasangan selebriti veteran tanah air, Datuk A.Rahman Hassan dan Datin Fadilah Mansor.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.