in , ,

SELANGOR HAVOC RAYA FEST 2025: 108 JAM TANPA HENTI, LEBIH MERIAH, LEBIH HAVOC!

Festival Belanja Raya Paling Gempak Kembali! 180 Booth, 30 Artis, Hiburan, Kejutan & Aktiviti Rohani Sepanjang 5 Hari Tanpa Henti!

Peminat festival membeli-belah raya, bersedia! Selangor Havoc Raya Fest 2025 bakal menggegarkan Setia City Convention Centre (SCCC) dengan acara jualan mega selama 108 jam tanpa henti bermula 21 hingga 25 Mac 2025. Dengan konsep lebih besar, lebih meriah, dan lebih havoc, festival ini bukan sekadar tempat membeli persiapan raya, malah menjadi satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin menikmati hiburan, aktiviti menarik serta pengalaman yang unik menjelang Syawal.

Havoc Festival

108 Jam Tanpa Henti! Festival Raya Paling Epik Tahun Ini

Apa yang membuatkan Selangor Havoc Raya Fest 2025 begitu luar biasa? Kali ini, festival ini berlangsung tanpa henti selama 108 jam, menawarkan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan. Lebih 180 booth usahawan tempatan bakal memenuhi ruang pameran dengan pelbagai produk eksklusif untuk persiapan Hari Raya, termasuk fesyen, aksesori, produk kecantikan, perabot, dekorasi rumah, serta aneka juadah dan kuih-muih tradisional.

Lebih menarik, 30 artis dan pempengaruh terkenal turut serta memeriahkan festival ini dengan pelbagai persembahan istimewa, menjadikan acara ini bukan sahaja tempat membeli-belah, tetapi juga lokasi santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Havoc Festival

Dapat Duit Raya RM10,000? Hadiah Menarik Menanti Pengunjung!

Bukan sekadar membeli-belah, festival ini turut memberikan peluang hebat kepada pengunjung untuk menang hadiah lumayan. Hari pertama acara ini akan dimulakan dengan majlis perasmian gilang-gemilang, disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bersama Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, YB Najwan Halimi.

Sebagai penghargaan kepada pengunjung setia, wang tunai sebanyak RM10,000 bakal diberikan kepada pengunjung terawal! Selain itu, cabutan bertuah sepanjang lima hari dengan pelbagai hadiah menarik juga menanti mereka yang hadir.

Havoc Festival

Havoc Dengan Hiburan & Aktiviti Rohani: Ada Qiamullail Sebelum Sahur!

Bukan sekadar pesta membeli-belah, Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga membawa dimensi baharu dengan elemen spiritual. Pengunjung berpeluang menikmati sesi selawat dan qasidah, di samping menyaksikan persembahan nyanyian daripada barisan artis terkenal.

Namun, yang paling istimewa kali ini adalah penganjuran qiamullail sebelum sahur buat pertama kalinya dalam sejarah festival ini! Inisiatif ini bukan sahaja mencipta pengalaman unik kepada pengunjung, malah memberi peluang untuk menghayati Ramadan dengan lebih mendalam.

Havoc Festival

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman, pihaknya mahu menjadikan festival ini lebih bermakna dengan gabungan elemen perniagaan, hiburan, dan keagamaan.

“Kami ingin mencipta satu pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga bermanfaat. Dengan tempoh festival yang berlangsung 108 jam tanpa henti, kami mahu memastikan setiap saat diisi dengan aktiviti yang berharga. Kali ini, selain hiburan dan jualan, kami juga memberi penekanan kepada aspek kerohanian supaya pengunjung dapat merasai nikmat Ramadan dan Aidilfitri dalam satu platform yang unik.”

Havoc Festival


Lagu Raya ‘Havoc Raya’ Dilancarkan – Pertama Kali Dalam Sejarah!

Sebagai satu lagi kejutan istimewa, Selangor Havoc Raya Fest 2025 bakal mencipta sejarah dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’. Ini merupakan lagu raya pertama yang dihasilkan sepanjang enam tahun penganjuran Havoc Festival, menampilkan barisan penyanyi popular seperti Black Hanifah, Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.

Lagu ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival, menambahkan lagi kehangatan dan kemeriahan suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sokongan Padu Dari Kerajaan Negeri & Tajaan Perfume Paradise

Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri Selangor, termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Tourism Selangor. Acara ini juga selari dengan inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025, yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Perfume Paradise, selaku penaja utama, turut memainkan peranan besar dalam menjayakan festival ini. Dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak, acara ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga medium untuk memperkasakan usahawan tempatan dan merancakkan ekonomi menjelang musim perayaan.

“Kami percaya bahawa festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi juga ruang untuk komuniti berkumpul dan berkongsi keceriaan Ramadan serta Aidilfitri. Dengan gabungan elemen kejutan, aktiviti menarik, dan pengalaman membeli-belah luar biasa, kami yakin Selangor Havoc Raya Fest 2025 akan menjadi acara paling havoc tahun ini!” – Datuk Firdaus Nadxaman

Havoc Festival

APA KATA BUDIEY?

Kalau korang memang suka suasana shopping yang meriah, penuh hiburan, dan dalam masa yang sama nak rasai pengalaman Ramadan yang lebih bermakna, Selangor Havoc Raya Fest 2025 adalah tempatnya! Dengan 108 jam tanpa henti, macam-macam boleh korang explore – dari fesyen raya eksklusif, makanan sedap, persembahan artis, cabutan bertuah, sampailah ke qiamullail sebelum sahur.

Paling best, festival ini bukan sekadar menjual barang, tapi menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang luar biasa. Jadi, kalau korang nak persiapan raya yang sempurna sambil menikmati hiburan dan aktiviti rohani, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Selangor Havoc Raya Fest 2025!

Havoc Festival

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Pad 7: Tablet Berkuasa dengan Ciri Premium pada Harga Berpatutan