Baru-baru ini, Awal Ashaari telah buka mulut tentang siapakah yang bakal menggantikannya sebagai pengacara. Sebelum itu lagi, Awal telah memaklumkan dirinya terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai pengacara Melodi sementelah menerima notis penamatan kontrak dua minggu lalu. Katanya dia merasa sangat larat.
Menurut Awal, dia menerima notis penamatan kontrak kira-kira dua minggu lalu dan esok, Ahad adalah kali terakhir dia akan bersiaran sebagai pengacara program hiburan itu.
Menerusi entri Instagram, akui dirinya terkejut dengan notis pemberhentian tersebut kerana sebelum ini jika ada berlaku pertukaran, pasti ada hint atau maklumat dalaman daripada pihak atasan.
“Dua minggu cukup sugul bagi saya. Semalam, 25 Julai merupakan hari terakhir bersama program Melodi. Petang semalam, merupakan rakaman saya yang terakhir bersama Janna, di rumah masing-masing.
“Terkejut… sebelum ini kalau ada pertukaran, kita akan boleh jangka. Ada hint, ada kiasan, ada internal information dan selalunya cukup masa yang diberi untuk transisi besar dalam kerjaya kami.
“Dua minggu cukup sugul bagi saya. Semalam, 25 Julai merupakan hari terakhir bersama program Melodi. Petang semalam, merupakan rakaman saya yang terakhir bersama Janna, di rumah masing-masing.
“Tentunya satu keputusan yang sukar diterima disaat anak seni rata-rata berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja. Khidmat saya curahkan sepanjang lapan tahun bergelar pengacara Melodi seolah terhenti begitu sahaja,” petikan dari Instagram Awal Ashaari.
Suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya ini meluahkan apa yang terbuku di hati berhubung keputusan berkenaan menerusi Instagram.
Lebih mengecewakan apabila pengakhirannya bersama program berkenaan sejak lapan tahun lalu berlaku dalam suasana yang mengejutkan.
“Lepas rakaman semalam (Jumaat) saya terdiam. Lama saya terfikir, macam ni pengakhiran saya dalam program ni. Bukan la minta untuk diraikan cuma tak sempat nak bid farewell buat semua yang berjasa,”
– Awal Ashaari
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, dia bagaimanapun tidak berkecil hati dengan perkara tersebut dan berharap pengacara baharu yang akan mengantikanya Janna Nick dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.
“Pihak stesen TV mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan in-house talent yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima bermula Ogos ini, sebagai mana kami diberitahu.
“Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati… tapi saya percaya kepada rezeki, qada dan qadar… Bukanlah niat untuk menongkat langit.
“Usia lapan tahun sudah cukup untuk mana-mana pengacara matang dan beroleh kepuasan dalam program kelolaan mereka,”
– Awal Ashaari
Awal sempat mengucapkan terima kasih dan memohon maaf jika ada salah silapnya sepanjang mengendalikan rancangan berkenaan. Dia turut berharap agar pengacara baharu yang bakal menggantikannya dan Janna Nick dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Awal mula mengacarakan program Melodi bersama rakan selebriti, Janna Nick sejak tahun 2013. Melodi bersiaran pada setiap Ahad, pukul 12 tengah hari di TV3. Sebelum ini, nama pelakon popular Nabila Huda disebut-sebut sebagai pengacara baharu program berkenaan.
Bagaimanapun, TV3 akan mengadakan sidang media secara virtual Isnin ini bagi mengumumkan pengacara baharu Melodi yang dikatakan bakal diterajui pelakon popular, Nabila Huda.