Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengumumkan ‘persaraan’ dari dunia pelaburan mata wang asing (Forex).
Menerusi entri dimuat naik di Instagram, Zizan berkata dia berbuat demikian atas sebab tertentu namun tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai keputusannya itu.
“Assalamualaikum semua. Hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.
“Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah,”
– Zizan Razak
Pengumuman Zizan tersebut mendapat maklum balas baik daripada orang ramai termasuk para peminat yang rata-rata mendoakan dirinya agar terus berusaha menjadi seorang Muslim lebih baik.
Perkongsian Zizan itu disambut baik oleh netizen yang bersetuju Zizan memilih untuk mendapatkan sumber rezeki yang ‘bersih’ berbanding pelaburan itu.
Itu antara komen ditinggalkan netizen menerusi ruangan komen akaun Instagram Zizan yang memiliki 7.9 pengikut dalam media sosial berkenaan.
Turut mencuri tumpuan menerusi komen adalah rakan artis, Remy Ishak menulis supaya Zizan mula memulakan pelaburan emas yang halal di sisi agama: “Gold (emas) on tak on.”
Umum mengetahui, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.