in

Selamat Hari Jadi Ke-42 Adibah Noor

Hari ini, 3 September merupakan hari jadi atau hari ulangtahun kelahiran buat penyanyi berbadan gempal, Adibah Noor. Untuk info pembaca budiey.com, Adibah Noor dilahirkan pada 3 September 1970. Kini, beliau berusia 42 tahun dan masih solo, belum berkahwin.

Mengikut ramalam horoskop (tolongla jangan percaya sangat horoskop ni ya, ini sekadar mainan je), dikatakan pada usia 42 tahun, berlaku pembalikan dalam kerjaya dan peribadi beliau. Masalah kesihatan membimbangkan. Hindar dominasi, tidak berdiplomatik. Fikiran yang kerap berubah menjejaskan sokongan.

Selamat hari jadi buat Kak Dib dari kami di Budiey.com. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur ya. Dengan pertanyaa, bila nak kawin?

Hanya Adibah Noor yang ada jawapannya. Cakap pasal Adibah Nor, teringat Budiey dengan drama bersiri lakonan beliau di Astro Ceria yang mendapat sambutan hangat dari penonton hingga kasi meletop kat trending di Twitter iaitu Oh My English. Adibah Noor bawa watak sebagai guru besar bergelar Puan Hajar.

Budiey dapat berita, Oh My English akan mengadakan rumah terbuka sempena Syawal ini di sebuah restoran. Budiey dijemput dan insyaallah Budiey akan turut hadir memeriahkan rumah terbuka tu nanti. See you there ya!

Adibah Nor

“Syyy… walaupun dah usia 42 tahun, saya masih lagi muda jelita. Tengok, muka saya tiada kedutan pun.”

Adibah Nor

Adibah Nor

Adibah Nor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pengambaran Video Klip Lagu Waktu Sabhi Sadhi

Jom Sertai Peraduan Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew