Penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli merupakan pemenang termuda memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-33 pada bulan lalu.
Penyanyi berusia 22 tahun itu sememangnya diminati ramai apabila sering dipuji oleh peminat kerana mementingkan hal agama.
Baru-baru ini, akaun Tiktok bernama Jay Jusin berkongsi sebuah video menyatakan penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak pernah meninggalkan kewajipan solat.
“Tiap-tiap kali datang rumah memang tak pernah miss minta sejadah nak solat. Kekadang tengok kawan solat, tersentuh hati.. Harap satu hari nanti dapat solat penuh macam Haqiem,” tulis Jay.
@jayjusin1 such a pure heart ❤️ HAQIEM RUSLI @haqiem_1998 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT
♬ original sound – Jay Jusin
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui kejayaan dan rezeki yang dimiliki oleh penyanyi itu adalah kerana keutamaan dan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT selain kerja keras yang dilakukan.