in , , ,

Selalu Digosipkan Dengan Uqasha Senrose, Kamal Adli Bongkarkan Hubungan Sebenar

Keserasian pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran membuatkan ramai mahu melihat mereka bercinta di dunia realiti sehingga ke jenjang pelamin.

Tidak melatah dengan usikan tersebut, Kamal berkata dia berterima kasih buat mereka yang mendoakan agar dia bertemu jodoh dengan Uqasha. Ujarnya, dia tidak menolak andia dijodohkan dengan Uqasha.

“Sebelum ini untuk drama Setelah Terlafaznya Akad dan baru-baru ini, pula kami ‘penggambaran’ selama tiga bulan di Kuantan dan Terengganu, ia sama sekali buatkan kami lebih rapat.

“Yang mendoakan saya agar berjodoh dengan Uqasha, diucapkan terima kasih dan alhamdulillah. Namun saya tak menidakkan, jika ada jodoh dengan dia, saya terima. Kalau ada jodoh oklah,”

– Kamal Adli
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE

Pernah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaan, Kamal berkata dia tidak mahu lagi membuang masa untuk menjalin hubungan cinta. Ujarnya, dia mahu terus berkahwin jika sukakan seorang wanita.

“Sekarang kalau dah ada pasangan yang sesuai, saya tak nak buang masa bercinta bagai. Rasa suka sahaja, terus kahwin. Perkara yang lalu biarlah berlalu dan saya anggap tiada jodoh. Tak perlulah, dikenang lagi,”

– Kamal Adli

Mengulas mengenai video pengarah Michael Ang memuat naik kesahihan gosip yang mengatakan dia dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan, Kamal menafikan perkara itu dan menganggap sekadar gurauan.

“Dia sengaja buat cerita dan benda ini tak betul. Takkanlah waktu penggambaran kami sempat nak pergi.

Lagipun dalam keadaan Covid-19 ini, mana ada kursus kahwin dianjurkan. Jangan percaya. Dia hanya bergurau.

“Sebenarnya, sekarang pun saya tak boleh fikir apa-apa dengan Covid-19 yang masih membelenggu kita.

Saya bersyukur kerana masih ada peluang untuk terbabit penggambaran dan ada pendapatan,”

– Kamal Adli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karier Makin Berkembang, Yonnyboii Kini Pertaruh Versi Terbaharu SALAHKU 3.0

Pawagam Tutup, Tayangan Filem MENCARI RAHMAT Terpaksa Ditunda Lagi