Masih ingat lagi dengan Kempen Everyone Connects yang dilancar oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) tahun lalu? Untuk pembaca yang tak tahu, kempen ni adalah untuk memberi mesej positif kepada anak-anak muda kita bahawa pentingnya kita berhubung antara satu sama lain. Connecting, Communicate dan Collaborate.
Pada yang dah lupa, mungkin lagu tema kempen Everyone Connects ini yang Budiey letak kat bawah ini mungkin boleh mengimbas semula ingatan anda.
Pada 21 November lalu, maka genaplah setahun kempen EC. Untuk itu, TM sekali lagi telah menganjurkan satu event sambutan First Birthday of Everyone Connects yang diadakan di Center Court @Curve, Mutiara Damansara dari jam 3 petang hingga 7 malam.
Budiey sebagai penulis blog sepenuh masa terpanggil untuk join event ni. Bukan sekadar nak meramaikan atau nak meriuhkan lagi keadaan tapi gara-gara nak bergambar dengan Hunny Madu, penyampai radio FlyFM yang sangat mesra dan tak lokek dengan senyuman comelnya untuk peminatnya.
Sebenarnya, Budiey kat rumah pun guna Streamyx untuk menulis blog. Jadi, sesuailah. Event ni sebenarnya bukan untuk pengguna TM je, bukan pengguna TM pun boleh join. Pendek kata, untuk semua orang lah!
Turut menyerikan event ialah Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Group Chief Executive Officer of TM, Rozalila Abdul Rahman, Chief Marketing Officer, TM and Imri Mokhtar, Executive Vice President, Consumer, TM.
Khabarnya, kempen ini dianggap satu kejayaan bagi TM kerana telah mendekatkan pelanggan dengan TM dengan adanya 65 ribu orang ahli di Facebook Fanpage. Jadi, tak hairanlah kalau setiap kali ada event anjuran TM, pasti gempak dengan kehadiran ramai pengunjung.
Anniversary Party ini turut dihiburkan oleh Bunkface, Summer Ash dan banyak lagi permainan yang menyeronokkan di sana.
Kalau tahun lepas, Budiey rasa korang masih ingat lagi, pertama kali dalam sejarah diadakan The Biggest Karaoke Event di Bukit Bintang yang dihoskan oleh Bunkface yang turut menyanyikan lagu tema EC ini. Happening!
Lagu Through My Window terus mendapat sambutan hangat terutama golongan muda. Apatah lagi selepas penyanyi popular Mila, Tomok, Dafi, Shila (One In A Million), Reshmonu, Akim dan Bunkface menampilkan dengan cara tersendiri.
Tahun ini TM telah menyambut ulangtahun pertama dengan penampilan kempen yang lebih segar dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik.
Di event yang dihoskan oleh Hunny Madu dan Benjern dari FlyFM ini, TM juga melancarkan website The World of EveryoneConnects yang kini berwajah baru di mana pengguna boleh berinteraksi, dapat berkenalan antara satu sama lain. Selain boleh dengar muzik, pelayar website ini juga boleh menyertai event dan acara yang diatur oleh TM pada masa akan datang.
Menerusi kempen ini orang ramai boleh menyanyikan lagu Through My Window dengan cara memuat naik melalui laman web www.everyoneconnects.net .Selain itu mereka juga boleh mengenengahkan bakat mereka melalui kaunter promosi Everyone Connects yang diperkenalkan oleh TM di tempat-tempat terpilih.
Semasa Budiey sampai di ruang legar Center Court, ecurve, Budiey lihat beberapa booth yang mana menjadi features di website www.everyoneconnects.net iaitu Stadium, the Jamming Garage, Open House and Sini Maa.
Kalau korang masuk website EC yang berwajah baru ni, boleh lihat sendiri features Stadium yang dibuat seperti locker room sebuah lokasi sukan atau gym. Di sini, pelayar boleh melibat berita terkini, topik menarik, temubual dan videos tentang Manchester United TV. Isi kandungan kat sini sememangnya ditawarkan oleh TM dengan kerjasama Manchester United di Malaysia. Selain boleh bermain game, pelayar juga boleh berborak atau chit chat dengan pelayar lain.
The Jamming Garage menawarkan keseronokan kepada peminat Bunkface di mana peminat boleh mendengar lagu-lagu terkini Bunkface dan menonton prebiu video dan bertukar-tukar info tentang muzik.
Untuk gambaran lebih jelas bagi korang yang tak hadir, sila tonton Video Sekitar Ulangtahun Pertama EveryoneConnects:
Part 1
Part 2
Sini Maa (mungkin dari perkataan Cinema yang bermaksud pawagam) ini sememangnya direka khas untuk kaki wayang di luar sana. Di laman ini, pelayar boleh menonton trailer dan video tentang filem terkini yang tersedia di Hypptv (UniFi) dan Hypp.tv (saluran web) termasuklah video klip Pilih Kasih di mana program ini ditaja khas oleh TM.
Satu lagi features yang menarik perhatian Budiey ialah Open House. Memang sesuai sangat dengan tema EC iaitu Connect, Communicate dan Collaborate. Di sini peminat boleh kasi ucapan hari jadi atau apa sahaja kepada rakan-rakan atau kaum keluarga. Ia seperti e-card yang boleh dihantar kepada sesiapa sahaja bersesuaian dengan masa dan perayaan.
Event ulangtahun EC kali pertama ini mendapat kerjasama dari Sony, Universal Music dan lain-lain lagi. Antara aktiviti lain ialah pertandingan main games PS3, acara pentas dan penampilan khas dari Bunkface. Yang paling dinantikan adalah sesi memotong kek ulangtahun pertama EveryoneConnect oleh pengacara dan artis.
Gambar selebriti, hos dan duta UniFi tengah tiup lilin & potong kek ulangtahun.
Summer seorang pemain game profesional sedang berlawan dengan 3 orang pengunjung.
TM juga telah melancarkan iklan TV broadband berkelajuan tinggi iaitu UniFi di mana menjadi servis terbaru TM tatkala ini. Dalam iklan TV yang berjudul We Love the UniFi VIP Lifestyle ni, menampilkan Bunkface, Summer (seorang pemain game profesional) dan Zeffri Yusof, seorang pengguna UniFi dan juga keluarganya yang sedang menonton HyppTV dengan menggunakan UniFi. Ketiga-tiga ikon atau duta UniFi ini turut hadir untuk memeriahkan event ulangtahun ini.
Untuk info lanjut, jom layari: www.everyoneconnects.net
Ini antara gambar yang sempat Budiey snap: