Penyertaan berganda bukti sokongan padu masyarakat Sabah
Kunjungan kali kedua ke Sabah untuk mencari pelapis bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro ternyata tidak menghampakan apabila pihak Astro menerima sambutan yang amat menggalakkan pada tahun ini. Malah, penyertaan dari negeri ini bertambah lebih sekali ganda berbanding ketika pertama kali mengadakan sesi ujibakat di Sabah tahun lalu.
Kumpulan Kecik meredakan gemuruh peserta
Ujibakat yang dijalankan di 1Borneo Hypermall selama dua hari pada hujung minggu lalu diacarakan Alex, pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim lalu. Kehadiran Afdlin Shauki sebagai juri serta persembahan istimewa Johan, Zizan, dan kumpulan Kecik menarik kira-kira lebih 2,000 orang untuk membanjiri ruang legar kompleks membeli-belah itu seawal jam 10 pagi lagi.
Peserta menunggu giliran dan pengunjung yang cuba menonton dari dekat
Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, ”Kami yakin sambutan hangat yang kami terima merupakan tempias dari populariti kumpulan Kecik dan Alex yang masing-masing telah muncul sebagai Juara dan pemenang tempat ketiga pada musim lalu.
Kami juga amat terharu dengan kualiti serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta yang hadir pada sesi ujibakat kali ini. Selepas empat musim, ternyata mereka sudah memahami format dan konsep Raja Lawak Astro.
Setelah berjaya menjelajah ke Kuantan, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu, pasukan produksi Raja Lawak musim kelima akan meneruskan pencarian di Johor Bahru dan Kuching sebelum berakhir di Kuala Lumpur.
Nizam menambah, ”Kami juga akan berkunjung ke sebuah lagi negeri iaitu Sarawak bagi mencungkil bakat-bakat baru kerana menerima sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari penduduk di negeri itu.
Melalui pertambahan sebuah lagi negeri untuk sesi ujibakat ini, kami yakin pihak produksi akan mendapat lebih ramai bakat-bakat baru yang pastinya akan memeriahkan lagi dunia hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak.”
Kepada yang berminat untuk menyertai sesi ujibakat, bolehlah menghadirkan diri di tempat-tempat berikut:
23 & 24 Oktober 2010 Plaza Kotaraya, Johor Bahru Johor
30 & 31 Oktober 2010 Go Down Theatherette, Kuching Waterfront Sarawak
6 & 7 November 2010 The Mall Kuala Lumpur
Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.
”Kami akan mengumumkan senarai baru barisan juri pada minggu pertama gelanggang Raja Lawak bersiaran kelak. Sama ada kami akan mengekalkan barisan juri yang sedia ada dan mencari seorang pengganti bagi kerusi Allahyarham Din Beramboi, atapun membuat rombakan secara keseluruhan, semuanya akan terjawab apabila Raja Lawak Astro (musim kelima) mula bersiaran pada 7 Januari 2011. Nantikan sahaja,” tambah Nizam.
Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.
Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program raja Lawak Astro memasuki musim kelima ini.
Afdlin Shauki sebagai juri
Peserta wanita yang turut ambil peluang