Pada 29 Jun yang lalu, Budiey telah dijemput oleh MBSB Cheeky Savings Club untuk menjadi juri untuk Sesi Uji Bakat Over the Top Musim Ke-2. Eh, dah musim kedua dah? Cepatkan masa berlalu? Apa-apa pun, Budiey rasa beruntung dan bertuah benar sebab dapat bertemu semula dengan adik-adik di sesi ujibakat kali ini. Maklumlah, Budiey ni suka dengan kanak-kanak. Comel nya diorang ni. Suka tengok gelagat dan layan kerenah diorang ni. So cute!
[dropcap]I[/dropcap]ni adalah kali kedua Budiey dilantik menjadi juri kepada program realiti TV kanak-kanak. Budiey nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana tak serik-serik jemput Budiey jadi juri. Haa, kerja juri bukannya senang ya. Mencabar la juga. Ternyata, pengalaman ini telah mematangkan Budiey dalam mengenali karakter dan melayan kerenah adik-adik kita yang sedang meningkat dewasa.
Budiey kira, semua pembaca yang melayari blog ini dah tahu tentang program Over the Top di mana peserta diuji dengan macam-macam cabaran. Semua ini adalah bagi mencabar sejauh mana kekuatan, kemahiran peserta dan keupayaan untuk membuat keputusan.
[pullquote align=”right”]Program ini dikelolakan dan ditaja khas oleh MBSB Cheeky Savings Club dan dihasilkan serta diterbitkan oleh Island Talk Asia.[/pullquote]
Budiey dapat saksikan sendiri kemeriahan ujibakat kali ini, sangat berbeza dengan tahun lepas. Maksud Budiey, penyertaan dari adik-adik kita memang memberangsangkan sekali. Mungkin diorang dah dapat pemdedahan awal di Over The Top musim pertama. Buktinya, uji bakat yang diadakan pada 29 Jun 2013 telah mencapai satu rekod baru berbanding dengan jumlah peserta sebanyak 153 peserta yang hadir di audition tahun lepas.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta. Budiey dikhabarkan lebih 250 kanak-kanak muncul untuk uji bakat yang diadakan di Sri Pentas TV3, Bandar Utama. Wah, kalau nak hitung dari segi peratusan, sebanyak 66% peningkatan peratusan daripada jumlah peserta ujibakat yang hadir di Sesi Ujibakat Over The Top musim pertama.
Budiey rasa bertuah kerana Budiey ditugaskan untuk menjadi juri pada sebelah pagi. Di mana, pada masa ini, Budiey dapat lihat sendiri, kehadiran ramai peserta ditemani oleh ibu bapa dan kakak abang mereka masing-masing. Awal pagi lagi diorang dah bangun dan teruja untuk datang ke uji bakat.
Seawal jam 7 pagi mereka berkumpul untuk mendapatkan nombor giliran dan tak kurang ada yang meminta bantuan ibu bapa untuk mengisi borang uji bakat.
Peserta dari bahagian-bahagian lain di Malaysia juga telah menjadi sebahagian daripada uji bakat.
Apa yang hebatnya kali ini, juri yang terlibat tak semestinya dipilih dari profesional sahaja, malah ada selebriti juga turut diundang. Antaranya ialah penyanyi Najwa Latiff, pelakon Elfira Loy, selebriti internet MelakaBoy dan tak kurang jugak ada penampilan khas oleh selebriti kanak-kanak, Mia Sara.
Yang pasti, Budiey ditugaskan untuk memilih peserta yang layak. Dalam tempoh 2 jam menjadi juri, Budiey rasa sangat susah juga untuk memilih peserta yang handal kerana yang datang memang sangat berbakat dan personaliti mereka juga hebat.
Seperti musim yang lalu, para peserta telah diadili berdasarkan personaliti mereka, bakat terpendam dan karakter serta aura yang mereka ada. Sesi ujibakat ini juga dimeriahkan dengan kehadiran maskot MBSB Simpanan Cheeky Club dan pemenang Over The Top Musim pertama. Sekurang-kurangnya mereka hadir untuk memberi kata-kata semangat dan bersorak. Sangat supportive diorang nih.
Dari sesi uji bakat yang dijalankan ini, sebanyak 18 peserta berbakat akan dipilih untuk menjadi peserta-peserta Over The Top musim kedua dan berpeluang untuk memenangi perbelanjaan semua dibayar perjalanan ke Disneyland dan Ocean Park Hong Kong, ditambah lagi dengan wang tunai RM 30,000.00 simpanan ke dalam akaun Cheeky Club Simpanan mereka. Wow, memang gempak hadiahnya ya.
Over The Top musim kedua ini akan bersiaran sebanyak 8 episod di TV3 dari bulan Oktober hingga Disember 2013. Maklumat lanjut mengenai Sejak 2 Top boleh didapati di www.overthetop.my
Untuk info pembaca, MBSB Kelab Simpanan Cheeky ini yang telah dilancarkan pada 16 April, 2011 ini adalah khas untuk adik-adik yang berumur 18 dan ke bawah. Penyimpan muda MBSB Cheeky Savings Club ini layak untuk memohon Kad Keahlian eksklusif Cheeky yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran yang hebat, keistimewaan, diskaun, barangan percuma, penyertaan dalam aktiviti-aktiviti kelab dan banyak faedah besar yang lain.