Antara isi-isi dan agenda penting yang Budiey catat masa mengikuti sidang media tergembar Neelofa berlangsung tadi ialah:
- Neelofa melalui dua orang peguam yang telah dilantik telah mengeluarkan surat notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.
- Terdapat 9 perkara fitnah yang telah dilemparkan dalam artikel itu dan Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya.
- Menurut Neelofa, segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar adalah berunsur fitnah.
- Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya.
- Neelofa harap Anzalna memberi kerjasama untuk selesaikan isu ini.
- Pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus sejak Neelofa dan Anzalna bertanding dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010.
Gambar Neelofa di Sekitar Sidang Media Tergempar Neelofa