Pada jam 2.15 petang tadi telah berlangsung Sidang Media dan Prebiu Stirring Odissi (sebuah Festival Odissi Antarabangsa 2008) di Concourse, Bangsar Village II. Dianjurkan oleh Maxis dan Sutra Dance Theater, Festival Stirring Odissi ini akan berlangsung selama 3 minggu dari 23 Mei hingga 14 Jun sempena Ulangtahun Hubungan Diplomatik Malaysia-India yang ke-50. Pertunjukan di Penang pula akan diadakan pada 21 Mei ini.
Di majlis prebiu yang ringkas itu, dua pertunjukan tarian India telah dipersembahkan iaitu persembahan dari Gotipua (Bandha Nrutya) dan Sutra Dance Theatre bertajuk Mukhari Pallavi.
Turut hadir di majlis itu, Mr Nagendra, K. Saxena, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan India dan Mr. Sandip Das, Ketua Pegawai Operasi Maxis Communication Bhd.
Stirring Odissi adalah sebuah showcase kesenian dan kebudayaan yang kaya dengan tarian bertenaga dan bersifat universal. Festival ini juga membawakan para pemuzik, artis visual, pengamal seni dan karyawan seluruh dunia yang akan berkongsi semangat inspirasi dan ilmu seni persembahan tradisional di satu lokasi.
Odissi berasal dari tradisi purba dan sebahagian dari pembelajaran ini memerlukan penari Odissi mempelajari tradisi Gotipua dalam memahami asal usul tarian ini dan juga evolusi kontemporari Odissi seperti yang kita lihat pada hari ini.
Tarian Akrobatik yang sangat mengujakan
Camna? Berani ke buat camni?
Stirring Odissi adalah untuk meraikan tradisi baru dan lama dalam bentuk yang paling menarik bagi tarian klasik India.
Dalam tempoh acara ini berlangsung, persembahan tarian akan diadakan di tiga buah tempat iaitu di Amphi-Sutra, KL Performing Arts Centre (KLPac) dan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MTC). Selain itu beberapa syarahan, seminar dan demonstrasi percuma diadakan di Galeri PETRONAS.
Hari ini merupakan hari pertama prebiu Stirring Odissi 2008 diadakan dan Maxis berbangga menjadi penaja utama. Gotipua Troupe yang diterbangkan khas dari India telah mempersembahkan tarian akrobatik yang berjudul Bandha Nruty. Turut mempersembahkan tarian klasik drama daripada Ramli Ibrahim dan January Low dari Sutra Dance Theatre yang berjudul Rageshree Pallavi.
Yang menariknya, Kumpulan Gotipua diasaskan di Orissa (India Timur) yang mempraktikkan tarian yang ditarikan oleh kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh yang memakai pakaian tarian perempuan dan berlatih tarian yang dinamakan Odissi.
Tarian ini dipraktikkan sejak zaman pertengahan dan bergerak dalam Vaishnavism. Apa itu? Sila klik sini untuk info lanjut.
Kata Ramli Ibrahim dari Sutra Dance Theatre:
“Saya cukup bertuah kerana beberapa kali dapat menyaksikan persembahan goitpua ketika melancong ke India. Walaupun saya telah melengkapkan tarian Odissi selama beberapa tahun saya berasa teruja dengan kematangan serta kemahiran anak muda ini dalam memberi persembahan.”
Menurut Wikipedia, Odissi bermaksud:
Whatever mention Odissi has in caves and treatises, the living tradition of the Odissi dance form has been kept up by the Maharis and the Gotipuas. Maharis are the devadasis from Orissa. ‘Mahan’ – ‘Nari’ or ‘Mahri’ are – the great one, chosen one for the seva or service to the Lord. The Maharis would sing and dance for the Deity. That was their seva to the Lord. The Maharis performed dance sequences based on the lyrics of the Geet Govind (Gita Govinda) of the poet Jayadev. Before the time of Jayadev, the Maharis performed mainly nritta (pure dance) and abhinaya based on mantras & shlokas.
Â
[tags]stirring odissi, festival odissi antarabangsa, klpac, Amphi-Sutra, rebecca taylor, shoes, sue wong, yves saint laurent, aksi dangdut, azimat batin mat rempit, balik dari tanah suci, blog artis malaysia, celcome broadband review, enchanted the movie, galeri petronas, mtc, imc, mca, Vaishnavism, orissa, gotipua[/tags]