Siang tadi, jam 11.40 pagi telah berlangsung Majlis Sidang Media & Pelancaran Gang Starz Musim Ke-2 di C 18, Bangsar Avenue, Bangsar, Kuala Lumpur.
Budiey kira, program realiti TV yang melangkah ke tahun kedua ini perlu mencapai tahap kematangan setelah kejayaan musim pertama. Untuk musim kedua ini, khabarnya Gang Starz kembali lebih mantap dengan pengacara, para juri yang berkarisma dan para penasihat yang berbeza.
Kepada pembaca yang meminati program ini, jangan lupa untuk mengikutinya mulai 27 April 2008.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad; Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin, Pengurus Besar Pemasaran Segmentasi Maxis Communication Berhad, Rozalila Abdul Rahman, Pengarah Jualan dan Pemasaran Oxy, Ms Lim Mei Yuan dan Eksekutif Mee Segera, Wan Ziauddin Haizam bin Harun.
Maka, sejarah tercatit di mana program ini menjadi program realiti TV pertama yang menggabungkan bakat grup berkumpulan dari 5 buah negara. Menariknya, Budiey rasa akan ada lebih drama apabila mengetahui Gang Starz musim ini diperluaskan dengan menambah 2 buah lagi negara iaitu Filipina dan Thailand menjadikan 5 buah negara kesemuanya. Sudah tentu akan ditugaskan penterjemah kerana Thailand dan Filipina mempunyai budaya dan bahasa yang berlainan dengan kita. Ini satu perbezaan dan keunikan dalam Gang Starz.
Budiey dapat tahu, peserta dari Thailand dan Filipina dipilih dengan pakej dan mementingkan kiut, cantik dan comel. Manakala, peserta dari Indonesia khabarnya power dari segi vokal. Malaysia pula bagaimana?
Budiey suka memetik kata-kata Helen Yap, katanya:
“Tahun ini, dari segi persediaan muzik dan lagu, akan lebih mencabar kerana banyak genre lagu akan diberikan untuk memenuhi citarasa dari peserta luar negara iaitu Thailand dan Filipina. Kita sedia maklum kedua negara ini mempunyai budaya dan bahasa mereka yang tersendiri.”
Untuk peserta yang disenarai pendek, 3 grup dipilih dari negara Malaysia dan Indonesia. Manakala 2 grup dipilih dari negara Filipina, Thailand dan Singapura. Jadi, 12 grup kesemuanya akan mempertaruhkan bakat persembahan dan keharmonian vokal mereka.
Majlis dimulakan dengan tayangan promo dan beberapa babak menarik ketika sesi ujibakat dan konsert musim lalu untuk mengembalikan ingatan para hadirin. Juga turut ditayangkan beberapa komen dari Azmeer yang sangat ‘laser’ kepada para peserta ujibakat.
Pentas dibuka dengan persembahan juara musim lalu, The Lima dengan lagu Buronan Cinta. Sebuah lagu single terbaru berentak rancak. Hos Aidil mengambil pentas dengan memberikan sedikit penerangan tentang Gang Starz musim ini. Kemudian, Aidil memperkenalkan satu persatu personaliti yang terbabit dan juga penaja untuk rancangan TV ini. Tidak sah kalau tidak ada gimik. Kali ini majlis dilancarkan dengan kepingan bongkah ais dibawa dari bawah pentas disertai dengan alunan lagu dari The Lima.
Hari ini, sidang media diadakan bagi memperkenalkan barisan pengacara, juri dan penasihat Gang Starz.
Pengacara Gang Starz:
- Fara Fauzana – Konser
- Faizal Tahir – Konsert
- Kartini Kamarul Ariffin (Tini Hot FM) – hos bersama untuk slot Aksi Gang Starz
Tenaga Penasihat:
- Azmeer – Vokal & Persembahan
- Damien V.E – Vokal & Persembahan
- Shazlan – Penasihat Koreografi
- Helen Yap – Pengarah Muzik
- Hanizam Abdullah – Penasihat Komunikasi
- Dr. Fadzley – Penasihat Motivasi
- Faizal Hamid – Penasihat Penampilan dan Imej
Juri Tetap Gang Starz:
- Ajai
- Sheikh Haikal
Penaja GangStarz:
- Hotlink – Penaja Utama
- Maggie – Penaja Bersama
- Oxy – Penaja Bersama
Fakta Menarik:
- Juri undangan akan dijemput setiap minggu pula terdiri daripada artis terkenal dari dalam dan luar negara.
- Juara Gang Starz 2 akan memenangi hadiah lumayan bernilai USD100,000 serta kontrak rakaman album.
- Seramai 18,000 orang telah menyaksikan Konsert Final Gang Starz musim lalu.
- Pelayar internet boleh mendapat info di dalam blog SuperStarBabe dan boleh join grup di Facebook.
- Pengisian Gang Starz musim ini dibahagikan kepada 4 iaitu Konsert, Aksi, Blog dan Teropong Gang Starz.
- Kalau semalam, di Majlis Pelancaran Portal Gua Muzik, Faizal Tahir diusik oleh M. Zul, kali ini Superman Malaysia itu disinidir oleh Fara Fauzana dan Tini pula. Nasiblah Faizal.
Untuk menjadikan program realiti TV dekat di jiwa penonton memerlukan masa. Gang Starz harus ada peningkatan dari segi penganjuran dan persembahan dari peserta. Dengan kos RM5 juta, rasanya Gang Starz musim ini akan lebih gempak dan havoc lagi. Kita tengoklah macamana ya.
Layari laman web Gang Starz:
http://www.tv3.com.my/gangstarz08
[tags]buronan cinta, the lima, gang starz 2, youtube, faizal hamid, helen yap, sheikh haikal, fadzley, damien, azmeer, fara fauzana, tini hot fm[/tags]