in

Sekitar Showcase Nidji Top Up Tour di Ruums KL

Pada 23 Januari 2008, hari Rabu yang lalu… dalam suasana warga Kuala Lumpur semuanya bercuti kali pertama bagi perayaan Thaipusam, Budiey dan Azwan meluangkan masa untuk ke Showcase Tour Nidji Top Up di Ruums Kuala Lumpur. Sebelum showcase bermula pada sebelah malamnya, satu sidang media diadakan pada jam 5 petang yang menyaksikan satu penyampaian penghargaan buat Nidji sempena penjualan nada dering album Breakthru’ sebanyak 60 ribu unit di Malaysia. Budiey kira, ini satu jumlah dan angka yang agak besar berbanding dengan muatturun lagu-lagu dari Indonesia yang lain. Selain itu, ada ucapan dari pengurus A&R Warner Music Malaysia iaitu Encik Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) serta soal jawab bersama media. Kebanjiran artis dari Seberang banyak memberi impak kepada artis tempatan. Ramai artis tempatan marah sebab mereka tak dapat sponsor untuk buat konsert. Sedangkan, artis Indonesia diberi keistimewaan dan penajaan berleluasa dari syarikat komunikasi gergasi di Malaysia.

Masa makan-makan di lantai loteng atas RUUMS, Budiey dan Azwan sempat bergambar dengan vokalis Nidji, Giring.

Berbanding dengan showcase pertama Nidji pada 23 Mac tahun lalu, Budiey merasakan bahawa peminat band popular ini sudah kian ramai dan membiak dengan begitu cepat. Pada showcase tahun lepas, bilangan peminat yang datang tidaklah seramai showcase pada malam itu. Mungkin sebab warga KL bercuti, jadilah ramai yang melapangkan masa mereka untuk enjoy dengan persembahan live malam itu. Hos pada malam itu, Nana dan Reza, penyampai dari Radio Era juga telah memilih seorang pemenang bagi hadiah sebuah gitar yang ditandantangani oleh Nidji.

Tahniah buat Nidji kerana telah menampilkan satu daerah baru dalam peta muzik dan membuatkan nama Nidji sering meniti di bibir peminat. Terbukti, Nidji yang dianggotai oleh 6 orang anak muda berbakat iaitu Giring sebagai vokalis, Andra dan Rama sebagai gitaris, Ariel sebagai pemain bass, RunD sebagai pemain keyboard dan Adri sebagai pengetuk dram, kembali dengan album baru yang memukau, Top UP!

Single pertama, Biarlah yang sudah pun meletop di stesen radio ini, memperlihatkan satu karakter Nidji yang kita kenali. Semangat suka-suka dan enjoy dengan gaya muzik yang melodius dibawa Nidji dalam irama yang begitu smooth tapi berjiwa. Jangan Lupakan pula ada keunikan sendiri sebab ada gabungan English dan Bahasa Indonesia. Budiey juga sangat menggemari lagu Arti Sahabat kerana liriknya begitu positif bercerita tentang nilai persabahatan disampaikan dalam irama yang begitu simple, catchy dan masyuk ke ruang hati. Mengasyikkan! Oh ya, sebenarnya lagu Arti Sahabat telah dipilih sebagai lagu tema MTV Staying Alive, kempen HIV yang dianjurkan oleh MTV.

Yang datang, pastinya terhibur dengan persembahan bertenaga daripada vokalis Nidji, Giring yang sentiasa memukau dengan alunan suaranya disertakan dengan gaya-gaya lompatan cerianya. Walaupun ada 2-3 lagu daripada album Breakthru’, showcase kali ini sebenarnya lebih gempak dengan lagu-lagu daripada album Top Up seperti Jangan Lupakan, Penantian, Biarlah, Shadow, Pulang, Akhir Cinta Abadi, Lovers, Arti Sahabat, Never Too Late dan Cinta Tak Pernah Sama. Cuma Budiey terkilan sebab lagu favorite Budiey iaitu lagu Airin tidak dinyanyikan oleh Nidji. Memang suka sangat dengan lagu Airin sebab lagunya berkarakter rancak dan sangat menceriakan.

Sempena pelancaran album baru ini, pihak Warner Music Malaysia telah membentuk satu kelab peminat iaitu NidjiHolic. Peminat yang mahu join fan club ini, boleh menghantar email kepada nidjiholic.malaysia[at]gmail[dot]com.

Ini dia gambar yang Budiey sempat rakam untuk korang.

[tags]showcase nidji, giring, konsert dewa, orcestra, cinta, lirik, album, photos, hot, youtube, niji, biji, misha, nana, reza[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OIAM: Pre-Record, Iz Tersingkir & Nasib Top 7

Teater Makyung Endeng Tejeli di Istana Budaya 25 & 26 Jan