in

Sekitar Shout! Awards 2010 Nomination Party

Acara anugerah paling hangat diperkatakan di dalam industri hiburan tempatan abad ini, Shout Awards kini kembali! Kita sedang menghitung hari menantikan anugerah paling hip di Malaysia!

Merangkumi sektor Muzik, TV & Filem dan Radio tanahair, Shout! Awards 2010 merupakan sebuah rancangan majlis anugerah yang memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak besar kepada industri hiburan Malaysia.

DSC_0002

Beratus-ratus penyertaan diterima pada tahun ini dan juri-juri professional terdiri daripada industri muzik, filem dan penyiaran telah selesai menilai dan menetapkan enam (6) finalis bagi setiap kategori. Tahun ini telah menyaksikan 30% peningkatan dalam penyertaan berbanding tahun lepas.

Pemenang akan dipilih menerusi undian SMS dan ‘online’ yang akan dibuka pada 18 Oktober 2010 dan segala undian akan ditutup pada 19 November 2010. Untuk mengundi finalis kegemaran anda, sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau SMS ke SHOUT dan hantarkan ke 33399.

DSC_0069

“Shout! Awards tahun lalu berlangsung dengan jayanya dan ini membuktikan bahawa anugerah ini telah menyediakan platform yang baik untuk artis-artis mendapat pengiktirafan dan menjadi pemangkin untuk mereka berkarya dengan lebih kreatif.

Mengungguli kemenangan di Anugerah membuka peluang kepada bakat terbaik di Malaysia untuk melebarkan sayap ke luar negara, dan peluang ini terbuka luas sekali lagi pada tahun ini dan secara tidak langsung memberi semangat kepada bakat baru mencapai impian mereka menonjolkan potensi yang ada di pentas terbaik.

Malaysia mempunyai ramai bakat besar dan ada di antara mereka layak untuk diketengahkan.” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah, “Anda mempunyai satu bulan untuk mengundi artis kegemaran anda melalui ‘online’ di laman sesawang www.shoutawards.com.my atau menerusi undian SMS. Undian anda semua sangat penting kerana anda yang bakal menentukan siapa yang berhak membawa pulang piala. Pemenang-pemenang ditentukan ditangan anda semua.”

“Kami berbesar hati dapat turut serta dalam majlis yang cukup berprestij ini untuk mengiktiraf bakat-bakat kreatif di dalam industri hiburan Malaysia. Kerjasama ini cukup sesuai dengan produk kami Xpax yang menjanjikan sesuatu yang segar

Shout! Awards 2010 yang memenuhi gaya hidup urban. Kami membawakan apa yang terhangat, paling hip dan paling ‘funky’ serta pada masa yang sama menawarkan hanya yang terbaik melalui produk kami. Komitmen bukan sahaja untuk membawa hiburan tempatan dan antarabangsa yang terbaik, tetapi pada masa yang sama juga untuk memupuk, mendorong dan mengilhamkan bakat-bakat tempatan melalui pengenalan satu anugerah yang baru iaitu Anugerah “Mobile Artiste of the Year”.

Shout! Awards 2010. dihangatkan oleh merupakan platform terbaik untuk mengenengahkan bakat dan kreativiti artis dan selebriti yang banyak menyumbang dalam industri hiburan Malaysia,” ujar Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengarah Pemasaran, Celcom Axiata Berhad.

Calon-calon bagi “Mobile Artiste of the Year” dipilih berdasarkan muat turun lagu yang terbanyak dimuat turun menerusi ‘The Ultimate Mobile Music Channel, Channel X’ serta muat turun dari syarikat telekomunikasi lain di Malaysia. Kategori ini dibuka kepada semua artis di Malaysia yang telah menerbit dan melancarkan album mereka dalam pasaran tempatan dari 1 Januari 2008 sehingga 30 Jun 2010.

Pemenang bagi kategori ini akan dipilih berdasarkan jumlah keseluruhan muat turun yang diterima sehingga 15 November 2010. Untuk mengundi lagu kegemaran anda, sila dail *118# dan tekan butang ‘panggil’.

Pelanggan-pelanggan Xpax boleh mendapatkan 2 (dua) tiket ke Shout! Awards 2010 dengan hanya membeli tiga (3) ‘Call Me Tones’ daripada enam (6) finalis bagi kategori “Mobile Artiste of the Year”. Mereka juga berpeluang menukar tiket biasa ke tiket VIP dengan hanya menambah satu lagi pembelian ‘Call Me Tones’. Tiket-tiket adalah terhad.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri jelajah Shout! Awards 2010, yang akan membariskan artis-artis popular dan juga untuk menebus tiket-tiket ke anugerah berprestij ini.

DSC_0037

Selain itu, Shout! Awards turut menampilkan sesuatu yang baru, segar dan cukup mengujakan! Pasukan Kreatif 8TV bekerja keras untuk menghasilkan pecahan ‘Shout! City’ yang direka dan dibina khas untuk tujuan perfileman `promo / teaser’ anugerah ini.

Pecahan-pecahan `Shout! City’ terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama yang juga melambangkan tiga (3) kategori .

Ia dinamakan `Shout! City’ kerana pasukan kreatif kami benar-benar membina sebuah bandar Shout! bagi membenarkan kamera menangkap `angle-angle’ yang menarik dan menghidupkan lagi sebuah emosi sebenar sebuah bandar yang menandakan industri tempatan merangkumi Muzik, TV & Filem dan Radio.

Bandar ini didirikan sebagai simbol industri hiburan tempatan manakala karektor-karektor yang dicipta sebagai pelengkap menjadikan Shout! City sebagai sebuah bandar yang cukup ‘happening’ dan mengujakan!

DSC_0032

Tahun ini kami telah menyediakan sesuatu yang lebih besar, lebih baik dan lebih mengujakan untuk khalayak!

akan berlangsung pada 20 November 2010 (Sabtu) jam 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil. Anugerah berprestij ini akan dimulakan dengan liputan acara karpet ungu yang membariskan artis dan selebriti popular negara.

DSC_0035

Hos Party~

Shout! Awards 2010 dengan bangganya dibawakan khas secara eksklusif kepada anda oleh penganjur dan penyiar utama stesen hip 8TV dan dicetuskan oleh
penaja utama .

turut mengalu-alukan rakan media Fly FM, Hot FM, Red FM dan Suria FM. Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan info-info terkini sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my .

DSC_0077

Gaya Yuna yang lain dari biasa dengan pleated trouser

DSC_0004

Henry Golding & Patricia dari 8TV

DSC_0013

Mizz Nina yang banyak juga tercalon

DSC_0016

Afdlin Shauki

DSC_0028

DSC_0041

Miss Lam Swee Kim, orang kuat 8TV

DSC_0042

Antara penyampai nominasi Yuna dan Monoloque.

DSC_0059

Floor Fever

DSC_0065

Daphne Iking

DSC_0083

Joe Flizzow

DSC_0087

Black

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8 Telefilem Terpilih Pencetus Demam Anugerah Skrin 2010

Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia 23