Menerusi kempen “Stronger2gether”, sambutan ulang tahun yang disiarkan secara virtual di Facebook live dan ganjaran berganda bakal diberikan sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan padu mereka.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkata sokongan padu daripada para pelanggan dan juga SitiZen (ejen BeauSiti) yang sah selama dua tahun ini amat dihargai dan beliau merasakan kepuasan pelanggan adalah penting untuk memastikan produk lebih terjamin bersaing di pasaran dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
“Para pelanggan boleh melayari www.beausiti.my atau dapatkan produk dari SitiZen dan menikmati potongan diskaun dari tawaran promosi semasa kempen ulangtahun ini.“
“Setiap pembelian Beautéssence, para pelanggan BeauSiti boleh dapatkan Beaukids dengan harga RM2 sahaja pada hari ini sahaja, 14 September 2021. Selain itu juga, rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin boleh mendapatkan tawaran sehingga RM25 melalui promosi di laman sesawang BeauSiti, “ kata beliau.
Dato Sri Siti berkata ini adalah salah satu cara untuk menyokong inisiatif Kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin dos pertama dan kedua. Promo ini berlangsung dari 16 September hingga 30 September hanya di laman web BeauSiti dan tertakluk pada terma dan syarat.
Harapan beliau untuk menghasilkan produk BeauSiti bukan sahaja meliputi wanita dan kanak- kanak, tetapi juga untuk para lelaki dan merangkumi kategori barang keperluan rumah. Dato Sri Siti juga ingin mengembangkan pasaran produk BeauSiti di luar negara serta negara Islam menjelang 2026.
Mengimbas sedikit kembali penubuhan BeauSiti, jenama BeauSiti telah dilancarkan pada bulan September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita yang dinamakan – Beautéssence. Diasaskan dua tahun yang lalu, BeauSiti diaspirasikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ingin berkongsi ilmu dan rahsia kecantikan luaran dan dalaman beliau dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan. Dan sebagai wanita yang menjalani gaya hidup yang sibuk, BeauSiti adalah pemakanan yang ideal dan berkhasiat untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan, luar dan dalam.
BeautéssenceTM adalah produk minuman kesihatan botani dan terdapat 7 bahan aktif (Cerepron-F, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, Kolagen Peptida, Ekstrak Delima, Roselle dan Aloe Vera) yang diformulasi khas untuk menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman. Bahan utama ini dapat diserap oleh badan dengan lebih efektif hasil teknologi Nutri-lock dan manfaat Cerepron-F dari Jepun dapat membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah dalam 8 minggu sahaja!
BeaunestTM merupakan Minuman Kesihatan Sarang Burung yang berasaskan sarang burun asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan makanan sunnah seperti madu, buah delima dan kurma. Ia juga telah terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh. Rasanya yang enak, sesuai diminum oleh semua peringkat umur dan boleh dijadikan sebagai minuman harian seisi keluarga.
BeaukidsTM adalah rangkaian produk terbaru ketiga iaitu Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab (Aafiyah Nutri-Jelly Drink from BeauKids by BeauSiti X WonderLab) yang enak rasanya dan dipenuhi dengan khasiat. Ia diperbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin, antaranya Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik. Minuman berkhasiat ini boleh boleh membantu meningkatkan sistem imun badan dan perkembangan otak kanak-kanak.
Kesemua produk BeauSiti menggunakan teknologi canggih terkini dan mempunyai rasa yang lebih segar. Ianya dipasarkan pada harga yang berpatutan dan berkualiti, BeauSiti Beautéssence berharga RM125.00 sekotak, BeauSiti Beaunest berharga RM75.00 sekotak dan Beaukids by BeauSiti berharga RM59.00 sekotak.
Produk minuman BeauSiti kini boleh dibeli dengan Dua (2) cara melalui:- SitiZen (ejen BeauSiti) dan laman web BeauSiti
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BeauSiti, layari
www.beausiti.my atau halaman Facebook dan Instagram BEAUSITI @beausitiofficial