in

Sekitar Sambutan Hari Jadi Stacy Ke-19

Pada 3 Ogos 2009, 8.30 malam, Budiey telah menghadiri majlis meraikan hari ulangtahun Stacy yang ke-19 di Hotel Crystal Crown, Kepong yang dianjurkan oleh Stacy Angie Frenz. Kali ini, ramai juga kawan-kawan Stacy di kalangan artis yang hadir iaitu Chaq (abang Stacy sendiri), Naizle (penyanyi baru yang bakal meningkat naik), Diddy, Hairul (In-Heart), Sin Chan (grup duo kanak-kanak), Thye Mentor dan ramai lagi.

Peminat setia Stacy pun ramai yang hadir. Juga kali ini, ramai sekali para penaja yang sudi menghulurkan tajaan.

Sesi potong kek… ada dua kek… meriah betul

Di samping dapat enjoy dengan juadah makan malam yang enak dan hadiah cabutan bertuah, peminat juga dapat berpeluang mengucapkan ucapan hari jadi dan memberi hadiah kepada Stacy.

Yang pasti, tema Funky Rock pada malam itu membuatkan suasana jadi lebih gempak dan meriah. Terima kasih buat Untie Thalasiah dan Aswad atas jemputan.

Stacy juga bakal buat persembahan di Festival Filem Malaysia di Sabah hujung minggu ini.

Selamat hari jadi, Stacy. Semoga terus sukses dalam bidang nyanyian.

RM55 seorang

Thye, protege Mentor Adibah Nor pun ada buat persembahan

Diddy turut menghadiahkan 2 buah lagu buat Stacy

Tak cukup korum… Mana lagi sorang?

Persembahan hebat dan seksi dari grup Sin Chan

Tak ketinggalan, Stacy menghiburkan lagu ‘Kenapa Bah Kau Berubah’… hehehe

Ini dia Naizle, yang juga meminati bakat Stacy…

Naizle nyanyi lagu Pendeta dan juga sebuah lagu Dewa.

Chaq turut menyanyikan lagu single terbarunya dan juga berduet dengan Stacy.

Gaya Glam Rock dari Stacy… macam pernah tengok baju ni…

Stacy juga turut nyanyi lagu Gagap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira dan Aleesya di Selebriti Room Suria FM Esok

Sony Pictures Animation’s Cloudy with a Chance of Meatballs