Pelancaran di pagi yang indah itu telah dirasmikan oleh Yb Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa yang turut berterima kasih di atas segala sumbangan dari Insaf Malaysia yang telah dibuat demi menjaga kebajikan masyarakat sekitar.
Untuk pengetahun pembaca, Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia) adalah sebuah badan NGO yang menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada golongan yang kurang bernasib baik akibat bencana alam dan kemiskinan di dalam dan di luar Negara.
Ditubuhkan 10 tahun yang lepas di Kelab Darul Ehsan (Mesyuarat Penubuhan) pada tahun 2009. Insaf Malaysia yang diasaskan oleh Ishak Abdul Kadir dan juga Presiden pertubuhan ini.
Insaf Malaysia juga merupakan badan NGO yang mengamalkan sistem bercluster (Medical, Shelter, Food & WASH) dan merupakan sebuah badan BANTUAN TEKNIKAL pertama yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Video Sekitar Pelancaran Sambutan 10 Tahun Insaf Malaysia
YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri Malaysia) merupakan Penaung Insaf Malaysia.
Perasmian Sambutan 10 Tahun Insaf Malaysia & Ambulans Insaf Malaysia
Sepanjang penubuhan Insaf Malaysia 10 tahun yang lepas telah banyak menjalankan aktiviti bantuan di dalam dan luar negara. Secara peratusannya, 70% aktiviti adalah tertumpu kepada bantuan di dalam negeri sendiri seperti rumah-rumah anak yatim, warga emas, OKU, orang asal dan juga kepada yang memerlukan.
Manakala 30% lagi aktiviti dijalankan di luar negara terutamanya negara-negara yang dilanda musibah (bencana) seperti di Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Philippines.
Pada hari yang bersejarah ini, 29hb. Januari, 2019 ini, merupakan hari Perasmian Sambutan 10 tahun Insaf Malaysia dan Ambulans Insaf Malaysia.
Sidang media ini diadakan adalah bertujuan untuk mengabadikan perjalanan bantuan Insaf Malaysia selama 10 tahun, sama ada yang telah dilaksanakan ataupun sedang dijalankan dan aktiviti yang dirancang pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan oleh Insaf Malaysia.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti-aktiviti selama 1 tahun (Calendar of Events) yang telah menjadi aktiviti tahunan berjalan seperti biasa tetapi kali ini Insaf Malaysia merangka 10 aktiviti tambahan bersempena menyambut ulangtahun ke-10 yang akan melibatkan anak-anak yatim, warga emas, OKU dan orang asal.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini adalah kerjasama bersama IRAMA, manakala Padi Records dan Harithmai Production sebagai perunding acara.
Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan adalah Aktiviti-aktiviti sempena sambutan 10 Tahun Insaf Malaysia:
- Program Amal Insaf Malaysia & Orang Asal bersama Asyikfm
- Program Amal Karnival Insaf Malaysia bersama RIZS Management
- Majlis Berbuka Puasa Insaf Malaysia & B-Diva, RTM bersama anak-anak yatim asnaf
- Majlis Sambutan Hari Raya (Raya2kAY) & Forum Amal Insaf Malaysia
- Konsert Amal Insaf Malaysia bersama OKU (Harithmai Production)
- Debat Amal Insaf Malaysia & Kementerian Pendidikan bersama Universiti Tempatan
- Kursus Sembelihan Syariat Compliance Insaf Malaysia bersama Masjid Muadz B Jabal & Radio Zayan
8.Program Larian Amal Insaf Malaysia bersama Harithmai Production
9. Majlis Makan Malam Amal Insaf Malaysia bersama Padi records & IRAMA 10. Majlis Selawat Rasul Insaf Malaysia bersama KC
Artis-artis yang hadir pada hari pelancaran ini akan diundang untuk 10 aktiviti-aktiviti yang akan dijayakan. Antara artis-artis tersebut adalah Bagio, Amy Farrah, Nubahan Ahmad, Elda Susanti, Maisarah Ukulele, Hafizo, Danial Afif, Ana Mentor dan ramai lagi.
Insaf Malaysia ingin menyeru ramai lagi syarikat-syarikat korporat mahupun persendirian agar dapat memberikan sokongan dan sumbangan kepada Insaf Malaysia untuk disalurkan kepada yang memerlukan dengan cara yang betul.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Insaf Malaysia bolehlah menghubungi Juliana Ibrahim di talian 013 340 0447 atau pertanyaan mengenai aktiviti bolehlah menghubungi En. Ayob Abd Majid (Padi Records) di talian 019 368 2548 atau Puan Lisza Abd Kadir (Harithmai Production) di talian 019 339 1445.