Program Jerayawara “Rio To Malaysia†dan Wayang Padang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik serta hiburan yang telah dianjurkan. Destinasi kedua dalam siri jelajah kali ini berlangsung di Padang Astaka Ketengah Jaya, Felda Gugusan Kerteh, Terengganu pada 26 April 2014, hari Sabtu. Acara bermula dengan Senamrobik beramai-ramai pada pukul 7.30 pagi bersama komuniti FELDA hinggalah aktiviti menonton Wayang Padang pada sebelah malamnya.
Justeru program kali ini mendapat sambutan hangat dikalangan komuniti FELDA Kerteh, Terengganu kerana selain menjalankan aktiviti yang dianjurkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya meraikan kehadiran perlawanan Piala Dunia 2014 bulan Jun nanti. Dianggarkan lebih 1500 pengunjung serta warga penduduk Felda Kerteh yang hadir memeriahkan lokasi program Rio To Malaysia.
Selain aktiviti sukaneka, para pengunjung juga berpeluang mengunjungi pelbagai gerai jualan seperti Adabi, AVON, pakaian dan buah buahan tempatan dari FELDA. Pengunjung juga berpeluang melihat aksi DJ Radio Di Lokasi serta beramah mesra bersama artis dan personaliti RTM.
Program Jeyarawara Rio To Malaysia Dan Wayang Padang di Felda Kerteh 5, Terengganu Berlangsung Meriah
Berkonsepkan rekreasi dan riadah bersama keluarga, program jeyarawara ‘ Rio To Malaysia’ menjadi platform terbaik untuk RTM mendekati penonton – penonton setia melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di gerai ‘Rio To Malaysia’. Ia adalah sebagai salah satu aktiviti promosi dan publisiti bersama masyarakat setempat.
[pullquote]‘Rio To Malaysia’ diadakan sempena Sambutan Piala Dunia Rio De Janeiro Brazil 2014. Sebagai stesen penyiar berlesen dalam acara meriah ini, RTM mengambil peranan penting bagi mempromosikan FIFA 2014.[/pullquote]
Menariknya kali ini program “Rio To Malaysia†bekerjasama dengan pihak FELDA yang nyata begitu menyokong usaha mengeratkan hubungan dengan komuniti FELDA di mana mereka bakal turut sama ‘turun padang’ memeriahkan program ini.
Sempena kehangatan perlawanan Piala Dunia 2014, RTM yang kini menyambut ulang tahun ke – 68 lebih peka dengan perisian program sukan dan hiburan yang lebih padat dan terus memberikan manfaat kepada para pengunjung dan peminat.
Artis popular seperti Azrul Raja Lawak dan Munir turut sama memeriahkan para pengunjung dan peserta sukaneka. Tidak ketinggalan personality dan Ikon RTM juga memeriahkan acara pada hari tersebut. Antara aktiviti menarik sempena ‘Rio To Malaysia’ ialah Pertandingan Mewarna, Kuiz Rio2 Malaysia, Teka Bola, Fault Ball, Futsal Tradisional, Bola Beracun, Timbang Bola, Pening – Pening Bola, Jaringan Emas, Kaki Bajang serta pelbagai lagi permainan dan telematch yang menghiburkan. Selain itu para pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta cenderahati istimewa dari RTM.
Siri jelajah Rio To Malaysia ditaja oleh penaja ADABI Consumer Industries Sdn Bhd, AVON Cosmetic (M) Sdn Bhd, Figos Sdn Bhd, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd, Hyrax Oil, Skop Production Sdn Bhd, Glaxo Smith Kline Consumer Helathcare Sdn Bhd dan Bright Network Sdn Bhd.
Lokasi seterusnya Rio To Malaysia akan berlangsung di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Baru Selangor Darul Ehsan pada 11 Mei 2014, Ahad dan Felda Wilayah Mempaga, Bentong Pahang pada 25 Mei 2014.