Suria KLCC pada pagi Sabtu itu agak sesak juga. Saya tiba di lokasi gathering di hadapan Topshop Suria KLCC pada jam 11 pagi. Bahu agak lenguh menggendong 2 buah beg berisi goodie bag. Erin, Feza dan Liza aka Cik Lijah sudah lama tiba. Katanya berlegar-legar window shopping dulu sebelum kaunter pendaftaran dibuka. Semasa goodie bag diisi dengan T-shirt, CD album soundtrack, poster dan notebook Filem Waris Jari Hantu, beberapa pembaca sampai teruja dan berebut untuk tiba seawal mungkin untuk mendapatkan free gift untuk gathering kali ini.
Antara yang datang awal ialah Coinsss, Erin, Feza dan Liza. Seramai 21 orang telah berjanji untuk join tetapi hanya 19 orang yang datang. Hanya Nelly dan suaminya tidak datang. Itulah pasal. Saya cuba menghubungi Nelly melalui Yahoo Mesengger tapi tiada jawapan. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang datang. Mazen dari Putrajaya, Fariz dari Gombak, Erin dari Kelana Jaya, Ajieb dari Dewan Bahasa & Pustaka, Liza dari Ampang, Budiey Ottomo (Saper tak tau!), Nur Rahdznitazura dari Singapura, Ramlah Bte Idris dari Singapura, Pakcik Faiz MMA dari Banting, Coinsss dari Kelana Jaya, Abdul Syukor dari Cheras, Ekin dari Petaling Jaya, Bro Ajami dari Ampang, Isteri Bro Ajami, Aida dari Ampang, Feza dari Kelana Jaya, Judd dari Puchong, Shahriel dari Jakarta (Kawan Ajieb) dan Rasidin dari UK (U. Klang. Hehehe).
Kali ini gathering didukung juga oleh 2 orang pembaca dari Singapura iaitu Nur Rahdznitazura dan ibunya, Kak Ramlah. Terima kasih sebab sudi datang dari jauh. Cakap siapa yang paling jauh datang ni… alau ada Headsteadi, dia yang paling jauh katanya datang dari Kuching hehehehe… Nak kira si Mazen lagi jauh sebab datang dari Sabah. Bukan itu saje, kawan Ajieb, Shahriel dari Jakarta juga bersetuju untuk join. Memang kenalah dengan tema Gangstarz Final Konsert malam tu…
Kali ini, saya juga turut terharu dengan sokongan dari rakan blogger hiburan popular yang lain seperti Pakcik Faiz MMA, Bro Ajami dan Judd. Sokongan dan galakan dari kalian banyak memberi semangat buat Budiey untuk menganjurkan gathering di lain masa.
Jam 11. 50 pagi, kami bergerak dari lantai Concourse ke tingkat 3. Di sana, saya hampir menjual 3 lagi tiket yang belum dituntut. Tapi nasib baik tidak menjual tiket tersebut sebab rupa-rupanya saya belum berikan tiket tersebut kat Ajami. Kalau tak, memang naya kena beli tiket lagi. Mazen pula tiba agak lewat kerana ada sedikit masalah.
Jam 12.10 tengahari, semua pembaca masuk ke dewan yang rasa saya paling kecil di TGV KLCC. Mungkin pada awal pagi, tidak ramai penonton. Itu sebab diberi dewan yang agak kecil. Biarpun dewan tu kecil tetapi saya kira hampir 80% penuh. Kebanjiran filem Hollywood sekali lagi masih menjadi masalah besar untuk produk filem tempatan untuk mencuri perhatian penonton kita. Itu tidak dinafikan. Dari dulu lagi, filem kita masih diketepikan oleh kita sendiri kerana kita banyak mengagung-agungkan filem luar dari filem keluaran tempatan. Di mana salahnya? Di mana silapnya?
Selesai menonton filem Waris Jari Hantu, kami berpakat untuk berkumpul di food court di tingkat 2. Asyik-asyik ke tempat yang sama tu jugak. Saya dah bosan dengan tempat yang sama. Pembaca lain apatah lagi. Mungkin pada gathering akan datang, kita boleh mengadakan di tempat lain seperti di One Utama atau di GSC Mid Valley.
Pembaca setia, Mazen bertuah kerana menyambut hari jadi pada hari yang sama. Jadi, ramai kenalan lain yang sudi bagi hadiah untuk dia. Mazen juga dengan murah hatinya menjamu kitorang dengan kek pisang dari Secret Recipes. Terima kasih Mazen. Buat susah-susah saje. Tapi, saya kira happening juga sebab ramai yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama celebrate birthday Mazen. Sensasi Selebriti ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke-25. Wah! Muda lagi tu, tapi bila nak ajak kitorang makan nasi minyak? Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Lebih kurang jam 4 petang, gathering bersurai. Akhir kata, sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada penaja goodie bag kali ini iaitu Pesona Pictures Sdn Bhd dan semua pembaca yang sudi hadir. Hingga bertemu lagi di ruang masa yang lain dan di lokasi yang lain.
Goodie bagi dari Pesona Pictures. Ada lagi 2 set untuk diberikan kepada pembaca di luar KL. Anda boleh join peraduan Jom Menonton Waris Jari Hantu sekarang!
Sempat berikan hadiah Peraduan Album Terbaru Waheeda kepada pemenang saguhati…. Coinsss. Tahniah!
Cik Lijah.
Saya bersama Nur Rahdznitazura (kanan) dan ibunya, Kak Ramlah (kiri).
Feza dan erin yang ceria-ceria sokmo.
Bergambar bersama Coinsss.
Bersama Bro Ajami & Faiz Nordin.
Masa makan-makan.
Selamat Hari Jadi Mazen. Berseri-seri nampak befday girl kita ni ya…
Antara pemenang cabutan bertuah, Tahniah Faiz, dapat T-shirt Afundi AF. Tak muat kasi je kat Fiza ek.
Ini dia Judd bersama CD Album Runut Filem Waris Jari Hantu.
Wah! Sakannya Mazen dapat hadiah…
Terima kasih pada semua… see you all next time!