in

Sekitar Rakaman Perang Rendang Lagi TV9

Hari ni dah pun raya yang ke-3. Budiey harap korang semua sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Budiey percaya ada di kalangan korang yang dah kembali bekerja dan ada juga yang melanjutkan cuti sehingga minggu depan. Raya sakan korang ek? Apa yang penting, amalan ziarahi-menziarahi sanak saudara dan rakan taulan adalah satu kemestian di hari yang mulia ini. Bermaaf-maafanlah antara kita, moga-moga dapat dibersihkan hati kita dari segala dosa.

Jadi, di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada semua pembaca. Semoga kita semua mendapat rahmat dan barakah dari Ilahi~!

Time~time macam ni, banyak sekali rakaman program TV untuk mengisi ruang musim raya diadakan. Stesen TV memang berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk mengadakan rakaman program raya demi memastikan rating stesen TV lebih gempak dari biasa bila menjelang raya. Hari tu pun ada rakaman raya untuk Wanita Hari Ini TV3. Siap kena datang dengan pakaian raya. Juga pada penghujung bulan Ogos lepas, Melodi TV3 telah mengadakan rakaman Melodi di Sunway Theme Park. Mmmm… mesti gempak sebab Nas Ahmad cakap hari tu, walaupun buat kat tempat yang sama macam tahun lepas, tapi kali ini diorang akan buat pentas atas air. Pergh~! Biar benar~!

Baru-baru ini, Budiey ada terlibat dengan salah satu program TV berbentuk explorace + masak-masak yang diterbitkan oleh TV9 iaitu PERANG RENDANG LAGI. Kalau Budiey tak silap program TV yang dihoskan oleh Chef Ismail ini mendapat sambutan pada tahun lepas. Jadi, untuk tahun ini, Perang Rendang Lagi akan bersiaran lagi untuk tatapan penonton setia pada hari raya Aidilfitri nanti.

Jadi, korang jangan lupa tengok ek~!

Ini gambar masa kitorang tengah tunggu untuk lepak-lepak sambil bersarapan. Yang baju biru dua dari kanan tu ialah hos dan juga pelakon bernama Qishz.

Kepada pembaca semua, jangan lupa tonton PERANG RENDANG LAGI di TV9, jam 6.30 petang pada Hari Raya Aidilfitri Ke-2, ke-3 dan ke-4, okay?

Sebenarnya, pertandingan ini bukannya mengira siapa dulu sampai awal ke garisan penamat atau dalam erti kata lain, ianya bukan satu perlumbaan tetapi yang mengira kalah menang ialah grup mana yang masak RENDANG KERANG lebih sedap. Ianya diadili oleh tukang masak tersohor, Chef Ismail dan beberapa orang juri jemputan.

Untuk memasak rendang, kami terpaksa mengumpulkan semua bahan-bahan di check point di mana sebelum mendapatkan bahan-bahan tu, kami dikenakan melakukan tugasan yang sangat mencabar. Nak tahu apa dia cabaran yang kami telah lalui, itu korang kena tontonlah.

Satu pengalaman yang menyeronokkan bila mana Cat menjadi driver dan Budiey pulak jadi boss duduk kat belakang. Kira jadi pemandu arah la kononnya. Nasib baik ada GPS kat iPhone. Jarak antara check point bukannya dekat. Jauh la jugak. Kami singgah banyak tempat untuk kumpulkan semua bahan. Tapi semua tu, kira enjoy, siap boleh gelak-gelak lagi dengar Cat dan diaorang ni buat lawak. Happening giler~!

Saksikan grup selebriti seperti:

1. Amy Mastura + Kenchana = Anak Ayam
2. Dina + Adeed The Fabulous Cats = Da Di Du
3. Nabila Huda + Azwan (reporter) = Ntah Apa2 Ntah
4. Ebi Yus + Qish (pengacara Maxis Jomheboh) = Seghomban
5. Budiey + Cat Farish = Ek Eleh Lantak lah

Budiey sangat enjoy menyertai rakaman ini. Ianya satu pengalaman yang sangat best walaupun agak meletihkan…

Terima kasih kepada TV9 kerana sudi menjemput Budiey.

Chef Ismail tengah hafal skrip~!

Penerbit PERANG RENDANG LAGI sedang memberikan taklimat akhir sambil diawasi oleh Amy Mastura.

Gelak habis masa ni tengok lawak yang dibuat oleh Cat Farish dan Adeeb. Diorang tiru apek Cina tengah jogging.

Tengah ambil makan pagi~!

Memperkenalkan grup ANAK AYAM yang terdiri daripada MAMA-MAMA yang HOT. “Kami bukan ibu ayam, ek?”

Ini lak grup Da Di Du, grup yang paling happening dan ada chemistry orang kata. Lagi pun diorang ni kelakar giler buat lawak.

Salah satu cabaran pertama kami iaitu menyiang ikan….

Ini masa kat penamat di mana kami perlu masak rendang kerang sedap~!

Inilah dia rendang kami, sedappp~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Kanak-Kanak Khas Aidilfitri di TV1

Program Menarik Sempena Hari Raya 1430H di TV3