Pada 11 Jun lalu, satu sesi rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur pada jam 8 malam.
Rakaman yang julung kali menggabungkan pasangan adik beradik bersuara mantap, Ziana Zain dan Anuar Zain ini akan disiarkan pada hari raya pertama Aidilfitri jam 9 malam di TV2.
Turut mengundang dua orang penyanyi terkenal, Liza Aziz dan Jay Jay.
Ziana Zain tampil dengan busana rekaan Rizalman.
Walaupun konsert ini disiarkan sempena hari raya, namun hanya empat buah lagu raya sahaja yang dinyanyikan. Selebihnya adalah lagu-lagu yang dipetik daripada album Ziana dan Anuar.
Walaupun sudah menjangkau usia 40 tahun, Ziana Zain masih lagi kekal gaya vokal lantangnya untuk lagu Dalam Kesakitan Ini, Dirimu Satu, Kehadiranmu dan Dingin.
Ziana juga turut menjemput Jay Jay untuk berduet dalam lagu yang penuh nostalgia, Kita Insan Biasa. Manakala Jay Jay membawa lagu Cukuplah Sekali untuk mengubat rindu peminat.
Begitu juga dengan Liza Aziz yang membawa lagu Semoga dengan gaya vokal yang disifatkan terlalu international. Tidak hairan, penyanyi yang popular di awal 90an ini sentiasa mendapat perhatian dan tawaran persembahan luar negara. Walaupun lagu Semoga jarang diperdengarkan, namun Liza Aziz mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.
Liza Aziz juga menyampaikan lagu Dari Jauh berduet bersama Anuar Zain.
Peminat Anuar Zain seakan terpesona dengan lagu Kau Bunga Cintaku, Medley lagu Keabadian Cinta & Mungkin, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.
Antara lagu raya yang dinyanyikan oleh mereka, Suasana Hari Raya, Selamat Hari Raya, Bersabarlah Sayang dan Menjelang Hari Raya.