Pada 30 Oktober 2009 lalu, Budiey ke majlis tahunan anjuran Media Prima – Television Networks Screenings 2010 yang diadakan secara ‘grand’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua, Budiey sebagai media dan pemerhati menyertai Pra-Tonton Rancangan TV 2010 yang diadakan khas untuk pengiklan, penaja dan pelanggan korporat. Selain media, ramai juga selebriti yang datang memeriahkan suasana.
Apa tujuan screening ni sebenarnya? Secara senangnya, screening ni macam prebiu untuk pengiklan mengetahui apakah program TV yang akan ditayangkan kepada penonton pada tahun 2010. Jadi, pengiklan dan klien akan tahu dan akan rancang macamana nak beli iklan di stesen TV di bawah naungan Media Prima iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9.
Tahun ini, dua orang kuat Media Prima iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan dan CEO 8TV, Ahmad Izham Omar telah buat presentation kepada lebih kurang 1,500 orang tetamu jemputan.
Beberapa bulan yang lalu, Budiey dah hadiri Screening yang dianjurkan oleh Astro. Ternyata, Media Prima lebih mendahului dari segenap segi. Namun, ironinya, walaupun Media Prima ditempat yang teratas, namun pastinya yang menonton TV rata-rata akan melanggan Astro. Jadi, macamana? Siapa NO. 1 Sebenarnya?
Ternyata, klien dan agensi menjadi tetamu yang dialu-alukan dalam majlis screening ini begitu terhibur dengan jenaka dan seloroh dari kedua presenter. Sebelum memulakan bicara, Dato’ Sri Farid Ridzuan berseloroh mengusik Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima. Kira boss besarla jugak. Dibezakannya Dato’ Amrin dengan Presiden Barack Obama. Tak jauh beza…. tak caya tengok ni:
Ada dua elemen buat pra tonton hari tu lebih meriah dan penonton pun tidak mengantuk.
Pertama: Ada BIG GIFT! Wow… memang semua ternganga bila Stephen Rahman yang juga ketua koreografer dan penari petang itu mengumumkan Media Prima akan memberikan banyak sekali hadiah besar untuk tetamu termasuklah melancong ke luar negara dan hadiah wang tunai! Ada seorang tetamu yang menyambut hari jadi pada hari itu telah mendapat percutian menarik ke Hollywood!
Kedua: Presentation diselang-selikan dengan persembahan hiburan.
Ketiga: Lawak yang menghiburkan dari presenter pun buat tetamu tak mengantuk.
Ke-empat: Dan… setiap yang datang… diberikan gula-gula untuk mengelakkan dari mengantuk. Ramai jugak gadis-gadis bertemakan seksi ni datang mengusung gula-gula untuk ubat mengantuk. Maklumlah kat dalam dewan besar ni memang sejuk. Kemudian nak kena dengar presentation pulak tu. Mesti punya mengantuk.
Tapi, dengan jokes dan lawak serta kejutan hadiah BESAR yang dihidangkan… rata-rata semuanya segar je mata.
Budiey kira, Izham Omar ni boleh buat lawak tak kering gusi. Macam-macam boleh jadi bahan ketawa. Sampai ada yang ter… sensor!
Sensor…
Oh, ramai juga selebriti yang datang. Antaranya:
Hos Quickie di 8TV dan juga pelakon, Belinda Chee, bergambar dengan rakannya.
Ben Ibrahim, hos Quickie 8TV dan pengulas sukan terkenal.
Ada artis lama dan artis baru. Semuanya berhimpun kat sini.
Pengarah Aziz M Osman, Kuswadinata yang kembali sihat dan Hero Sepanjang Usia, Rosyam Nor.
Macam tahun lepas jugak, diterbangkan selebriti dari luar negara untuk penampilan khas.
Darling, selepas kahwin ni nampak makin berseri dan pelakon yang dah lama tak jumpa… Annahita Bakavoli.
Dato Jin Shamsudin dah masuk awal-awal lagi ketika kerusi masih belum dipenuhi.
Back to bisnes. Selain present program baru yang akan menemui penonton pada tahun 2010, beberapa statistik juga diumumkan kepada pengiklan. Antaranya…
Tengoklah sendiri perbezaan antara persaingan antara Media Prima dengan Astro dan juga RTM yang telah mendahului dalam pasaran Melayu sebanyak 55%.
Peratusan saluran Melayu yang dikuasai oleh TV3 sebanyak 40%. Perhatikan saluran Astro… semua sangat sedikit peratusannya.
Ini, untuk pasaran produk kanak-kanak yang sesuai untuk diletakkan dalam program TV bagi kanak-kanak pula. Media Prima bolot 55%. Astro 30% dan RTM sebanyak 15%.
Budiey tak terkejut langsung bila mengetahui TV9 mendahului untuk pasaran bagi kanak-kanak. RTM dapat 10%.
Percaya tak? Percayalah… ntv7 dan 8tv memang banyak program berbahasa Inggeris dan urban.
Selepas selesai presentation, dua penyanyi terkenal high profile, Zainal Abidin dan Datuk Sheila Majid menghiburkan penonton dengan persembahan penutup.
Zainal Abidin melantunkan lagu Orak Arek
Datuk Sheila Majid pula… lagu Sinaran!
Kemudian dua penyanyi ini berduet dalam lagu Dekat Tapi Jauh…
Akhirnya semua selebriti yang hadir naik ke pentas, turut menyanyi lagu beramai-ramai.
Kenal tak sape tu… Marsha, Shahz Jazle, Ammar Alfian Aziz, Bob AF pun ada…
Mmmm… itu nampak macam Fouziah Gous… Sabrina Ali… Darling…
Acara tidak tamat setakat itu, kerana ada sidang media… Budiey sempat jenguk di sana…
Ms Lam Swee Kim… General Manager 8TV.
dan juga post party yang menyediakan makanan untuk makan malam. Tak macam tahun lalu, post kali ini kurang meriah. Tahun lepas, semua TV ada booth dan banyak sekali goodie dan hadiah menarik. Firasat Budiey, tahun ni terlebih bajet untuk bayar dua penyanyi high profile kot? Mungkin gak la. Tapi, takkanlah nyanyi dua buah lagu pun mahal? Mmm… mungkin jugak sebab dah ada BIG GIFT yang memang lumayan habis!
Di post party, Budiey ada bertemu dengan…
Pelakon Kartina Aziz, Anne Abdullah dan isteri David Teo, Miss Jane Lim.
Jehan Miskin
Shila OIAM
Semoga dengan program TV yang dikatakan terbaik untuk tahun 2010 dapat menyuntik sesuatu baru dalam dunia penyiaran di Malaysia.
Bak kata Datuk farid, “Tak kira apa penilaian anda, 4 stesen TV Media Prima berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai medium pilihan penonton, mengungguli 4+share meliputi semua TV dengan 49%.”
Tahniah!
Tahun depan, kat TV9, ada Mantera, Berita Hangit, 2X5 dan Londeh akan menemui penonton.
Tv3 pula ada Ewah-Ewah musim baru, drama Sarjan Sarji, Hati Ke Hati, Seri, Kecik Ku Cak dan Cerita Cinta. Selain itu, ada drama bersiri hebat berjudul Arjuna yang menggunakan CGI berkisarkan kisah purba kala hikayat satria. Ada Kolej Mania merupakan drama muzikal yang disuntik dengan elemen keremajaan dan romantik drama macam High School Musical. Mesti korang suka…
Malaysian Top Host, program realiti mencari pengacara baru dan berbakat akan diadakan pada tahun depan.
Di 8TV pula, ada program realiti tarian SHOWDOWN 2010, ada Welcome To The Rail World yang berbentuk travelogue, Whack It – sebuah game show, ada drama bersiri KAMI dan ada Butterfly S – sci fi drama. Shout! Awards pun ada lagi tahun depan!
Di NTV7 pula akan ada, Eastwick V, Glee, Drop Dead Diva, The Deep End dan 100 Questions yang pastinya menarik penonton.
Akhir sekali, Budiey tinggalkan korang dengan rakaman persembahan Cuci The Musical yang turut menghiburkan majlis ini.