in ,

Sekitar Pra Tonton Filem Talentime Arahan Yasmin Ahmad

Pada 11 Mac lalu, jam 2.30 petang, telah berlangsung majlis pra tonton filem Talentime di Cathay Cineplez, Cineleisure, Damansara. Dihadiri oleh ramai para pelakon dan juga pengarah tersohor Yasmin Ahmad.

Sering tampil dengan garapan yang membawa pengisian penuh makna tersirat di balik paparan visualnya, Yasmin Ahmad meneruskan penjelajahan itu dengan Talentime yang dijadual memulakan tayangan pada 26 Mac ini.

  1. Beberapa adegan dalam filem ini akan buat anda menangis. Jadi, penonton yang berhati rapuh dinasihatkan agar membawa sapu tangan dan tisu bersama. Anda pasti terharu. Terutama sekali untuk adegan penamat cerita.
  2. Filem ini mengajar kita, kehidupan perlu berpaksikan kepada kasih sayang, cinta sesama insan, erti persabahatan suci dan satu perasaan yang begitu ajaib akan anda rasakan sepanjang menonton filem indah ini.
  3. Anda akan rasa dunia ini begitu indah dengan tawa-tawa ceria yang menggelikan hati sehingga anda menangis menontonnya.
  4. Permulaan cerita dan pengakhiran cerita… satu bahagian yang berbeza akan dirasai penonton.

Ia adalah filem ketiga Yasmin bersama Primeworks Studios selepas Mukhsin pada 2007.

Yasmin Ahmad, siapa yang tidak kenal dengan pengarah prolifik ini. Nama yang bukan asing, malah menyebutnya saja sudah menyerlahkan kewibawaannya. Garapan yang sentiasa bersifat kritis dalam soal perhubungan, keunikan setiap satu daripadanya diperlihatkan dengan keupayaan Yasmin mengangkat kepelbagaian kehidupan masyarakat Malaysia. Dia membuatkan penontonnya sering berasa dekat dengan paparannya kerana setiap pengkisahannya adalah realiti.

Soal perhubungan dalam setiap pengkisahan Yasmin di layar perak, juga menjadi paparan “Talentime” yang bertumpu pada kehidupan dua keluarga berlainan latar pendidikan, bangsa dan agama. Berbanding filem sebelumnya, “Talentime” memperlihatkan sentuhan berbeda daripada Yasmin, namun masih mengekalkan mainan emosi yang dalam dan cukup bermakna. 

Pengurus Besar Filem & Drama, Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, berkata sebagaimana penghasilan Yasmin sebelumnya, Talentime juga bersifat kritis dalam soal perhubungan dengan mengangkat kepelbagaian kaum di Malaysia.

Dalam ucapannya di majlis pra-tonton filem Talentime di sini, hari ini, dia berkata: “Yasmin mengangkat kehidupan masyarakat Malaysia. Dia membuatkan penontonnya sering berasa dekat dengan paparannya kerana setiap pengkisahannya adalah realiti.

“Soal perhubungan dalam setiap pengkisahan Yasmin di layar perak, juga menjadi paparan Talentime yang bertumpu pada kehidupan dua keluarga berlainan latar pendidikan, bangsa dan agama.

“Berbanding filem sebelumnya, Talentime memperlihatkan sentuhan berbeda daripada Yasmin, namun masih mengekalkan mainan emosi yang dalam dan cukup bermakna. Talentime, karya Yasmin Ahmad yang cukup menyentuh jiwa.”

Berlatar pertandingan adu bakat antara pelajar di sebuah sekolah, Talentime bertumpu pada kehidupan dua keluarga; satu, keluarga campuran Melayu-Inggeris, manakala satu lagi, sebuah keluarga India yang konservatif.

Dan, bagaimana dua kehidupan itu bertembung apabila keperitan yang dilalui menjadi hikmah yang memutikkan cinta, dalam kisah ini antara Melur dan Mahesh.

Ia juga membicarakan hal perhubungan antara seorang anak dan ibu yang terlantar sakit, mengenai erti kasih dan pengorbanan, serta menyentuh mengenai hati dan perasaan dua guru.

Ahmad Puad berkata, pihaknya yakin dengan keupayaan Talentime untuk menggamit minat penonton, terutama dengan reputasi Yasmin yang tidak pernah mengecewakan.

Ia menampilkan dua muka baru, Pamela Chong dan Mahesh Jugal Kishor sebagai pelakon utamanya, selain turut dibintangi Mohd Syafie Naswip yang digilap bakatnya menerusi “Mukhsin”, Azean Irdawaty, Adibah Noor dan Jit Murad, antaranya.

Dia berkata, kepercayaan yang diberikan pihaknya kepada Yasmin tidak pernah dipersiakan.

Di antara Yasmin dan Primeworks Studios, menurutnya bagai terjalin persefahaman dan ikatan yang tidak dapat digugat.

“Rabun menjadi titik permulaan selepas ia, asalnya bagi slot Cerekarama di TV3 menjadi filem pertama Malaysia yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik pada Festival Antarabangsa Torino 2003.

“Maka, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan apabila beliau mengusulkan Mukhsin yang menggembirakan kami apabila ia merangkul penganugerahan antarabangsa, termasuk di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 dan kini, Talentime.

 “Pengiktirafan yang diberikan karyawan antarabangsa kepada Yasmin ikut memanfaatkan Primeworks Studio sebagai penerbit karya-karya bermutu, sekaligus mengangkat martabat perfileman tanahair di mata dunia.” katanya lagi.

Antara gambar sekitar prebiu Talentime:

Masa pendaftaran

Ramai juga media yang datang menyokong

 

Talentime, kisah kehidupan dari sisi yang berbeza

Filem yang pasti dinantikan oleh peminat filem Yasmin Ahmad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert

Ujibakat Bersama Jaclyn Victor dan Mas Idayu Untuk Mentor Musim ke-3