‘Histeria – Versi Seram Hollywood’
Pada 18 November yang lalu, majlis pra tonton filem seram Histeria telah diadakan di GSC Mid Valley. Budiey lihat kesemua pelakon muda yang membintangi filem ini datang untuk turut sama berdepan dengan sekalian media dan bloggers.
Budiey ingin mengucapkan tahniah kerana filem ini telah berjaya merasuk fikiran dan memang ianya menyeramkan. Mungkin penceritaaan filem ini yang berlatarkan suasana asrama sekolah yang membuatkan ramai mengatakan filem ini begitu mengerikan dan ada unsur-unsur suspense.
Filem ini juga begitu berani memaparkan satu babak lesbian yang daring di mana watak untuk Norliana Shamsudin pegang tangan Alissa (lakonan Scha) dan mahu cium mulut Alissa. Huhu… tapi memang lesbian ada berlaku jugak di dunia realiti tambahan pula untuk asrama perempuan.
‘HISTERIA’, filem arus perdana pertama arahan James Lee terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) adalah sebuah filem seram bersifat lebih universal. James Lee adalah pengarah ‘ indie’ terkenal dengan hasil sentuhan seperti “Beautiful Washing Machine” dan “Before We Fall In Love Again” yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean pada Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005.
Pertemuan James Lee dan Gayatri Su-lin Pillai, Pengurus Besar TUSB lima (5) tahun lalu di Festival Pasaran Filem Hong Kong telah menghasilkan Histeria yang berkonsep rentas budaya. Setelah menjelajah ke Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2008, Histeria telah mendapat banyak kata pujian dari pengkritik pengkritik filem antarabangsa.
Dengan kos pembikinan sebanyak RM 1.4 juta, Histeria boleh dikategorikan sebagai sebuah filem seram versi Hollywood yang amat popular di era 80-an seperti ‘Evil Dead’ dan ‘Friday 13th’. Filem bercorak sebegini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami. Selain menerapkan “Asian twist” dengan acuan dan unsur mistik Melayu popular; “Hantu Raya”, James turut menggunakan pencahayaan yang kurang bagi memberangsangkan mood filem ini.
Pengarah James Lee
Kemunculan Histeria sebagai sebuah filem seram yang diberi sentuhan berbeza dalam konteks lebih segar dengan nafas seram versi Hollywood akan menemui peminat layar perak di 47 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Disember 2008.
Selain itu, lagu tema filem Histeria nyanyian Nadia AF6 hasil gubahan Nur Zaidi Abd Rahman kini telah mula berkumandang di stesen stesen radio tempatan. Bagi menghangatkan aktiviti promosi filem Histeria, barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra, Vanida Imran dan lain lain akan menemui peminat melalui beberapa siri jelajah di beberapa negeri terpilih Semenanjung Malaysia.
Antara pelakon yang sempat Budiey rakamkan gambar mereka ialah:
Scha
Liyana Jasmay
Norliana Shamsudin
Vanida Imran sebagai Ustazah. Kena pakai bertudung dalam filem ni.
Ainul Aishah