in

Sekitar Pra Tonton Filem Budak Kelantan Lakonan Danny X-Factor

“Kehidupe jaoh bezo…”

Tagline hok nih pung buat Budiey raso nok gi tengok filem ni untuk kali keduo. Meme tok puah. Raso mace jolo koh oghe Kelate nih jahat mace dalam filem nih. Jange cayo sangat sebab meme ceghito nih hanya ceghito semato-mato. Tapi Budiey dok segho… meme ado oghe Kelate kito hok jadi samseng kat KL.

Tulah, mace ceghito nih, mencalarkan imej oghe Kelate hok baik-baik. Tak semuo la hok jahat nyo… ado hok baik pun ado.

Nok suko tengok Jaha bilo jupo ngan Buchek tuh… habih takdok Amerika dio, siap suruh Bbong berhenti kat tepi jale nok kasi maso kat Buchek gi semaye sejik. Huhu…

Menate jahat la Jaha nih siap jual tino… sebelung jual tuh, dia baham dulu tino tuh. Menate ni baso baik demo!

“Tujuh tahung aku duk sini Chek, duo tahung mulo-mulo jah aku khijo… lepah tu aku segho malah aku begheti. Tapi jual tino sedap Chek. Rezeki aku mughoh nga tino. Aku keceh pulok sene buleh. Mulo-mulo aku pakai sendiri. Lepash tu lamo-lamo aku jual.”

Lepas tu, budiey suko maso jaha oyak ko saing dio…

“Kito kalu jahat pun Li, jangan sekat oghe buat baik.” Kiro ado la jugok jiwa baik dalam hati Jaha nih.

Hok nakal sekali bilo Jaha keno sindir. Sebab bilo saing nga Buchek, jaha mace nok jadi baik sikit.

“Aaaah, tok amerika doh la saing nga budok sejik (masjid)”

Budak Kelantan adalah filem yang dikatakan unik dan berani kerana menjadikan fenomena penghijrahan anak Kelantan ke ibu negara Kuala Lumpur sebagai latarbelakang ceritanya.

Sememangnya, Kelantan dari segi kebudayaan dan politiknya adalah sebuah negeri yang menarik dan sentiasa mencetuskan kontroversi. Budak Kelantan juga, sebagai suatu filem berunsurkan negeri tersebut, dijangka akan membangkitkan berbagai tanggapan yang kritis. 

Pada 21 Oktober lalu, satu pra tonton filem lakonan mantap Asrul dan Danny ini telah diadakan untuk tontonan media di Cathay CIneplex, Cineileisure Damansara.

Bagi Budiey, filem ‘raw’ ini banyak menggambarkan kejahatan orang Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Manakala, watak Buchek lakonan Danny menjadi penyelamat di mana ada karakter positif. Walaupun terheret ke lembah maksiat, namun masih tidak melupakan akar umbi dan agama. Budiey sangat salute dengan lakonan Asrul sebab lakonan dio nampok power gilor. Meme menjadi lah lakonan dio. Kiro hidup. Biasolah sebab dio keh asal dari teater keh. So, tak po la. Lakonan Bienda masih lagi napok mace tak hidup dan kaku. Tapi tak po, satu percubaan yang baik la deh.

Ngeri jugok sebenarnya filem ni sebab ado adegan rogol merogol secaro beramai-ramai.. pah tu ado scene hok kawe raso mace jahat gila baban punyo mace babak Jaha bunuh oghe Saboh tu… gilo sengoti la demo…

Adegan yang Budiey tak suka… maso Jaha jatuh dari motosikal dia… tapi nampok mace takdolah sapa dio akan mati… tapi Jaha mati sebab jatuh gitu jah. Jatuh ringan-ringan pun boleh mati koh?

Tapi memey Budiey harap oghe Kelate kito gi la tengok filem nih sebab memey besh gilo. Hok penting sekali, Budiey raso dialog dia nampak natural Kelate. Ada adegan flashback boleh buat kito rindu zaman budak-budak kito dulu. Asyik nok gocoh jah keh.. hehehe

Filem pertama arahan Wan Azli Wan Jusoh dan terbitan Alternate Studio mengisahkan sekumpulan pemuda yang semasa kecil membesar bersama di kampung mereka di Kelantan dan bertemu kembali di Kuala Lumpur bila dewasa. Di sini, kita ikuti sisi hitam yang mewarnai pergaulan mereka.

Genre remaja yang memaparkan kehidupan lasak di jalanan adalah trend yang menarik penonton tempatan ke panggung, dan Budak Kelantan adalah sajian filem  terkini mengisi acuan genre tersebut.

Namun, Budak Kelantan adalah lebih dari hanya memaparkan kehidupan pemuda yang merbahaya dan penuh kekasaran, tetapi melihatkan bagaimana pilihan hidup kita dapat menjahanamkan atau menyelamatkan seseorang—mahupun orang sekeliling. 

Budak Kelantan unik dengan lebih 80 peratus daripada dialognya menggunakan dialek Kelantan (untuk memudahkan penghayatan penonton, sarikata dalam Bahasa Melayu dan Inggeris telah disediakan oleh penerbit).

    Baris pelakon untuk Budak Kelantan terdiri daripada bakat-bakat anak Kelantan sendiri seperti Danny X-Factor (watak Buchek) dan Bienda (watak Che Nor).

Danny X Factor

Asrulfaizal Kamarulzaman dah berisi sikit. Kalau dalam filem ini, Asrul lebih kurus. Yelah, filem ini diperap selama 3 tahun!

Lakonan pelakon dari Kelate ni ganah jugok.

Filem ini juga didukung oleh muka-muka baru yang berpotensi besar seperti Along Eyzendy (graduan Akademi Seni kebangsaan). Salah satu watak utama iaitu Jaha, dilakonkan dengan berkesan sekali oleh Asrulfaizal Kamarulzaman, seorang pelajar seni teater di Universiti Malaya dan juga pengiat Mak Yong.

    ‘Koya Best’, yang digunakan sebagai cogankata filem ini, adalah sebuah frasa yang biasa terutama di kalangan komuniti anak muda Kelantan yang bermaksud “khayal best”.

Demi mengukuhkan lagi realiti cerita ini, beberapa pengalaman dan kisah kenalan peribadi Wan Aazli telah disadurkan ke dalam naskhah.

   Budak Kelantan mengisahkan bagaimana pertemuan dua sahabat sekampung ini, Buchek dan Jaha yang berlainan corak hidup memberi kesan terhadap perjalanan itu. Buchek yang cuba membantu Jaha kembali ke jalan lurus, sedia melepaskan teman wanitanya, Che Nor yang diminati temannya.

Wan Azli Wan Jusoh   

Namun, mampukah cinta mengubah kehidupan manusia seperti tanggapan Buchek?

“Ia memperlihatkan dua peranan utamanya yang berbeda sifat dan hidup. Danny sebagai Buchek, seorang anak muda yang baik, menjaga solat dan berpelajaran. Berbeza dengan Jaha, teman sekampungnya yang apabila ditemui semula di Kuala Lumpur, dalam noda dan melalui kehidupan liar, dengan perempuan serta dadah.”

   Pada majlis itu, lebih 200 jemputan, terutama wakil media tempatan, pelakon serta penggiat teater menghadirkan diri. Juga hadir, Pengurus Besar Grand Brilliance, Ahmad Puad Onah.

  Dibikin pada bajet sekitar RM600,000, Budak Kelantan lebih daripada cuma sebuah eksperimen oleh Alternate Studio dalam usahanya untuk mengangkat seni aliran baru dan pengkaryanya ke arus perdana.

   Sekalipun dihasilkan dengan bajet yang terhad berbanding filem cereka yang lebih komersil, Budak Kelantan masih berupaya menampilkan sebuah karya yang jujur.

 Malah, tenaga kerja produksi yang terlibat dalam pembikinan Budak Kelantan juga berpengalaman dalam filem besar tempatan seperti Cinta, Sepi dan Susuk.

   Dan itulah yang menjadi kekuatan dalam penghasilan Budak Kelantan, sebuah karya aliran baru yang menuntut penghayatan dengan sebuah pemikiran yang lebih terbuka.

   Hayati sebuah kejujuran dalam Budak Kelantan, di pawagam bermula 30 Oktober ini.

Antara scene menarik…

Maso Jaha gi cari oghe hok khenak adik saing dio. Cari sapa dapat tuh.

Maso nih Jaha gi ngeceh (ngorat) Nor.. lakonan Bienda, gewe si Buchek.

Segiau sengoti la kawe…. maing nga pisa golok gini weh… jange gedebe gak mung Jaha!

Maso Jaha tepon Bbong suguh mai ambik dio kat Pertama Complex

Maso Jaha nok rogol budok umur 18 tahun. Beh ko demo rogol? Jahat la mung menate!

Tengokla kameraman dia bawak kamera macamana. Ingat senang ke? Berat oooo

Adegan rogol beramai-ramai dalam sebuah bilik. Kesian sungguh budok tuh. Baso jahat ko setan!

 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Jam Tangan Personaliti TV

Jawaban Trivia: Jam Tangan Personaliti TV Ally Iskandar