Pada 8 Oktober lalu, Budiey telah dijemput oleh Dewan Filharmonik PETRONAS untuk menonton persembahan Dato’ Sheila Majid dan Harvey Malaihollo yang telah bergabung menjayakan konsert amal In A One Night Only Charity Concert anjuran Kelab Sukan & Rekreasi PETRONAS. Budiey mendapat khabar, tiket untuk konsert eksklusif yang menggabungkan dua ikon ternama dari Malaysia dan Indonesia ini telah habis dijual dengan begitu cepat. Sambutan yang sangat hebat dari para peminat membuatkan mereka tak sabar untuk perform. Itulah magis sebenar dua legenda ini. Namun, Budiey rasa tak puas! Mahu lagi!
Ini adalah kali pertama Budiey menyaksikan gabungan dua suara secara langsung. Menurut Ratu Jazz ini, kali terakhir berkolaborasi dengan Harvey pun pada tahun lepas semasa kunjungannya di Indonesia. Dato’ Sheila pernah berduet bersama Harvey dalam sebuah lagu berjudul Begitulah Cinta pada tahun 2000 dan 13 tahun selepas itu, sekarang mereka diketemukan semula di Malaysia.
Budiey memang enjoy layan kesemua lebih 27 buah lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Dato’ Sheila Majid dan Harvey Malaihollo. Dendangan repetoire yang semuanya meninggalkan kesan dan sejarah dalam hidup peminat setia.
Konsep persembahan juga sangat menarik dengan menampilkan dua orang anak Harvey iaitu Joshua, 22 tahun dan Ben, 10 tahun yang turut perform bersama ayahnya untuk lagu Permata Hati. Sangat menyentuh hati bila anak beranak menjayakan persembahan untuk sebuah lagu yang menurut Harvey dia sangat nervous untuk perform.
Budiey juga tertarik semasa Sheila Majid dan Harvey bergabung ‘menghuru-harakan’ lagu masing-masing secara mash up iaitu lagu Dia & Katakan Saja. Huru-hara tu, Budiey sengaja petik kata-kata dari Harvey. Menurutnya, nama sahaja huru-hara tapi dari apa yang Budiey dengar, semuanya perfect. Dengar pun rasa macam serasi je.
Memang best bila dengar dua buah lagu dinyanyikan dalam satu susunan muzik. Irama kedua-dua lagu ini pun menjadi satu! Dato’ Sheila kata, dia mengambil idea setelah menonton drama muzikal yang mempunyai idea kreatif seperti ini.
Dato’ Sheila Majid menggayakan dua persalinan busana elegan moden dan menawan berona hitam, satu rekaan dari pereka terkenal, Michael Ong dan satu lagi dari Syomir Izwa.
Menutup tirai, sebuah lagu wajib iaitu lagu Lagenda yang memberi sejuta makna buat peminat dan semua penonton berdiri memberi penghormatan atas kejayaan menghiburkan hadirin.
Sejurus selepas konsert berdurasi 90 minit itu selesai, kami para media dan juga pembeli tiket VIP berpeluang untuk bersama-sama memeriahkan acara post party. Peminat berpeluang beramah mesra di Meet & Greet & sessi sain autograph.
Nantikan ulasan lanjut di entry yang seterusnya bersama gambar-gambar menarik semasa persembahan.