in ,

Sekitar Pertunjukan Pentas Fesyen Raya Anjuran LAZADA Malaysia

Pelanggan dari seluruh negara telah mengikuti aplikasi Lazada untuk menonton pertunjukan fesyen Hari Raya, LazAda Style. Buat julung kalinya Lazada Malaysia menyiarkan pertunjukkan fesyen inovatif ini menerusi penstriman langsung (livestream)’ dalam aplikasi. Ia juga membolehkan penonton untuk menambah produk ke dalam troli beli-belah dalam masa nyata sebaik sahaja model-model berjalan di pentas peragaan dan menggayakan fesyen terkini sempena Hari Lebaran yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Photo 2
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow bersama-sama dengan pereka dan selebriti di pertunjukan fesyen.

Menampilkan label-label tempatan seperti Fazbulous by Fazura, Mawarred dan Rumah Kebaya Bangsar, busana-busana ini turut diperagakan bersama dengan barangan kemas dari Habib, jam tangan ICE dan Daniel Wellington, dan juga aksesori serta beg tangan Carlo Rino dan BONIA.

Pesta gilang gemilang ini dimeriahkan lagi dengan persembahan bertenaga oleh artis bervokal mantap, Dayang Nurfaizah, De Fam dan Aisyah Aziz. 

Photo 5 De Fam
Trio semua wanita, De Fam, mempersembahkan #Supergirls, sebuah lagu pop berinspirasi untuk memulakan pelancaran Festival Wanita.

Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, memulakan pelancaran acara dengan sorotan kempen Raya Lazada yang bakal diadakan selama sebulan.

Ia dimulakan dengan Festival Wanita yang berlangsung selama 24 jam pada 25 April 2019. Di samping itu, Lazada Malaysia juga akan memperkenalkan tawaran mingguan yang bertemakan LazRaya Together-getheruntuk kategori produk yang berbeza seperti kesihatan dan kecantikan, barangan isi rumah, elektronik serta pengembaraan. 

Photo 1
Pertunjukan LazAda Style Fashion merupakan perlancaranbagi kempen Raya selama sebulan Lazada, yang bermula dengan Festival Wanita pada 25 April 2019. 
Photo 3 Dayang Nurfaizah
Ratu R&B Malaysia, Dayang Nurfaizah mempesona penonton dengan lagu-lagu popular beliau. 
Photo 4 Aisyah Aziz
Penyanyi wanita sedang meningkat naik, Aisyah Aziz memikat hati penonton dengan persembahan hebat beliau.
Photo 6 Fazbulous
Model-model di pentas fesyen memperagakan busana rekaan terkini daripada Fazbulous by Fazurauntuk mempamerkan gaya fesyen Raya, dengan suntikan gaya kontemporari.
Photo 7 Mawarred
Mawarred mempersembahkan rekaan unik pakaian wanita tradisional Raya dalam koleksi terkini mereka. 
Photo 8 Rumah Kebaya
Barisan baju raya yang diperagakan oleh Rumah Kebaya Bangsar berjaya menarik perhati penonton.

Foto #9: LazAda Style disiarkan secara penstriman langsung dalam aplikasi Lazada yang membolehkan pelanggan menambah produk ke dalam troli beli-belah mereka secara masa nyata semasa model memperagakan produk tersebut di pentas fesyen

Mengenai Lazada Group

Dilancarkan pada tahun 2012, Lazada merupakan destinasi beli-belah dan jualan dalam talian nombor satu di Asia Tenggara – dengan kehadiran di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Dengan 300 juta SKU (Unit Penyimpanan Stok) tersedia, Lazada menawarkan siri produk paling meluas dalam pelbagai kategori dari kecantikan, fesyen dan elektronik pengguna kepada baragan isi rumah seperti mainan, peralatan sukan and juga barangan runcit. Dengan fokus terhadap penyampaian pengalaman pelanggan yang cemerlang, Lazada menawarkan penjagaan pelanggan yang komprehensif, dan pemulangan yang mudah menerusi ejen penyerahan batuan pertama dan batuan terakhirnya sendiri yang disokong oleh hampir 100 rakan kongsi logistik. Lazada Group dimiliki secara majoriti oleh Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIFFA

Senarai Pencalonan Top 5 di AIFFA 2019

Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM32,000