in

Sekitar Pertunjukan Fesyen Lebaran Fashion Vanguard 2012

LEBARAN FASHION VANGUARD 2012

Busana Segar Gaya Signatur Tiga Siaga Pereka Muda Lebaran ini

Tiga nama baru di persada pentas peragaan fesyen Malaysia, Afiq M., Fizi Woo dan Zakwan Anuar telah mempamerkan koleksi busana Aidilfitri mereka di acara pertunjukan fesyen Lebaran Fashion Vanguard 2012, pada 14 Jun 2012 di Blackbox, Publika Solaris Dutamas.

Lebaran Fashion Vanguard 2012 adalah hasil cetusan idea tiga pereka muda ini untuk megadakan majlis pertunjukan fesyen bagi mempamerkan koleksi lebaran mereka yang unik dan menepati citarasa kini serta berkongsi rasa cinta mereka kepada stail, fesyen dan kesungguhan mereka untuk memberikan seleksi berbeza kepada penggemar fesyen tempatan mahupun antarabangsa.

Seleksi rekaan mereka mengenengahkan interpretasi busana baju kurung tradisional hingga kepada rekaan blaus kontemporari yang pasti memberikan anda seri, bukan sahaja pada musim perayaan ini malah boleh digayakan untuk majlis –majlis koktel, makan malam mahupun resepsi formal.

Kemeriahan lebaran dimulakan dengan mood retro serta kegemilangan fesyen 60an. Afiq M memilih era ini sebagai konsep bagi koleksinya dengan penekanan terhadap potongan kolar dan cuff. Afiq M, mengenengahkan palet warna monotone dengan padanan warna terang seperti mustard yellow serta oren mewarnai helaian koleksi beliau.

Seterusnya, Zakwan Anuar mengambil alih pentas dengan koleksi lebaran yang menggoda, dihidupkan aura jelita tetapi misterius persis Rooney Mara – aktres jelita yang menjadi ilham disebalik koleksi lebaran beliau. Pelajar jurusan perundangan yang meneruskan minatnya terhadap fesyen ini lari dari palet warna konvesional yang terang bagi perayaan dengan memadukan rona merah, hijau dan hitam bagi gaya lebaran yang lebih elegan serta sofistikated.

Tirai pentas peragaan Lebaran Fashion Vanguard 2012 dilabuhkan dengan percikan rona pastel yang dihidupkan oleh koleksi dari Fiziwoo. Gaya elegan sepanjang zaman, adalah definisi yang ditampilkan menerusi koleksi kali ini. Duo disebalik jenama ini – Fizi Woo dan Izree Kai Haffiz menyelitkan elemen glamor di sebalik gaya lembut dengan perincian lace menghiasi koleksi mereka.

Jemputan yang hadir pada malam Lebaran Fashion Vanguard 2012, turut dihiburkan dengan persembahan vokal yang hebat dari Imran Ajmain yang tampak segak bergaya dalam satu persalinan hasil gabungan idea 3 pereka ini sendiri. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan media, selebriti tempatan serta sosialit.

Melengkapkan kemerihan gaya lebaran, para model turut mengayakan busana 3 siaga pereka muda ini dengan kasut serta aksesori dari Shoes, Shoes, Shoes! dan Kluctched. Lebaran Fashion Vanguard 2012 juga menerima tajaan dekorasi majlis dari Le Prestige. Para tetamu juga membawa pulang majalah-majalah terbitan dari Bluinc Media sebagai bingkisan.

Tampil bergaya lebaran kali ini dengan helaian eksklusif dari tiga label ini. Butiran pereka adalah seperti berikut:

Afiq M.
Alamat :No. 21, Jalan AU 1C/3H, Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur E-mel :[email protected]
Tel : 017 641 8871
Web : http://www.facebook.com/pages/Afiq-Mohamed/223027634402580

Fiziwoo
Emel : [email protected] / [email protected] Tel. : 012 502 3800 / 012 348 4894
Web : www.facebook.com/officialfiziwoo

Zakwan Anuar
Alamat : 41, Jalan SG 1/6 Taman Sri Gombak, 68100, Batu Caves Emel : [email protected]
Tel. : +6019 277 8038
Facebook: www.facebook.com/ZakwanAnuarOfficial

DSC_1726

AFIQM007

AFIQM09

rinie_diana& afiq Mohamed

FIZIWOO1

FIZI WOO03

Zakwan

FIZIWOO12-1

IZREE_KAI_HAFFIZ&FIZI_WOO

ZAKWAN3

ZAKWAN6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Lebaran Fashion Vanguard 2012

Viewing Party Separuh Akhir EURO 2012 Jerman VS Itali