in

Sekitar Perasmian Power Rangers Samurai Di Sungei Wang Plaza

40 ANAK – ANAK YATIM PIATU DARI TRINITY CHILDREN HOME DAN PRECIOUS CHILDREN HOME PETALING JAYA DIJEMPUT MENGHADIRI PERASMIAN POWER RANGERS SAMURAI DI SUNGEI WANG PLAZA

POWER RANGERS SAMURAI SEDIA BERAKSI HEBAT UNTUK KANAK- KANAK DARI 25 MEI – 3 JUN 2012

Empat puluh anak – anak yatim piatu dari Trinity Children Home dan Precious Children Home, Petaling Jaya pasti tidak akan lupakan memori cuti sekolah ini kerana mereka telah dijemput khas ke Perasmian Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza pada 25 Mei 2012 di mana mereka telah berpeluang berjumpa dengan kesemua lima – lima watak Power Ragers Samurai ( Pink Ranger, Green Ranger, Red Ranger, Blue Ranger dan Yellow Ranger) dan pada masa yang sama juga mengambil gambar individu bersama wira – wira hebat tersebut.

885D5103

Precious Children Home & Trinity Children Home Petaling Jaya merupakan rumah kebajikan yang menempatkan anak – anak yatim piatu yang telah ditinggalkan, diabaikan dan didera. Kedua- dua rumah memberikan tempat perlindungan dan khidmat sosial kepada anak – anak tersebut untuk membolehkan mereka mempunyai masa depan yang cerah.

Mary Moses, penjaga rumah Trinity Children Home meluahkan perasaan gembiranya apabila mendapat tahu bahawa mereka telah dijemput khas untuk berjumpa dengan Power Rangers Samurai. “Anak –anak tidak dapat tidur malam sebelum ke Sungei Wang Plaza kerana terlalu gembira. Pihak kami sangat gembira kerana telah dijemput khas ke sini.” Kata Mary.

Evelyn yang merupakan penjaga Precious Children Home pula berkata, anak – anak sangat gembira mendapat anak patung Power Rangers Samurai dan ini merupakan memori cuti –sekolah yang paling bagus untuk mereka kerana dapat beraksi serta berjumpa dengan wira-wira mereka.

Selain mendapat peluang untuk berjumpa dengan Power Rangers Samurai, anak – anak ini juga telah diberikan “goody bag” yang mempunyai barangan mainan Power Rangers Samurai dan gula – gula oleh Cik Alicia Yuen, Chairman of Council of Sungei Wang Plaza Management Corporation, En James Lim, Director Litt Tak Sdn Bhd dan En Peter Foo, Executive Director Juita Viden Licensing and Merchandising. Selepas pemberian ‘goody bag” dan sesi fotografi di pentas, anak – anak dijemput ke KFC untuk hidangan tengah hari.

“Bukan semua kanak-kanak datang dari keluarga yang gembira terutamanya mereka yang didera dan ditinggalkan. Oleh itu, pihak kami telah menjemput mereka ke Sungei Wang Plaza untuk bergembira dan beriang-ria dengan keistimewaan sebagai kumpulan pertama untuk menyaksikan Power Rangers Samurai. Ini merupakan suatu detik istimewa dan gembira buat anak-anak ini. Tambahan pula, ini adalah antara tanggungjawab korporat sosial kami untuk membantu golongan yang memerlukan,” Kata KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi / Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza.

Beberapa aktiviti Power Rangers Samurai akan diadakan sepanjang musim cuti sekolah ini di Sungei Wang Plaza. Antaranya;

A) Sesi Bertemu Power Rangers Samurai
Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Power Rangers Samurai dalam aksi hebat mereka di samping mengambil peluang untuk menangkap gambar. Saksikanlah mereka pada 25 – 27 Mei & 1 – 3 Jun 2012 pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang di Pentas Concourse Sungei Wang Plaza.

B) Pesta Barangan Power Rangers
Bukan itu saja, anda juga dapat membeli barangan koleksi Power Rangers Samurai di Pesta Barangan Power Rangers Samurai yang berlangsung dari 25 Mei – 3 Jun 2012 (10 pagi – 10 malam). Barangan menarik seperti Figura Power Rangers Samurai, alat mainan kenderaan, alatan menulis, DVD dan lain- lain lagi dijual di pesta ini. Tambahan pula, koleksi terhad Power Rangers Samurai seperti figura pedang Samurai, “Cycles Megazords Roleplay – Morpher juga boleh didapati di pesta ini.

C) Peraduan Mewarna Power Rangers Samurai
Tunjukkanlah kehebatan mewarna anda dalam Pertandingan Mewarna Power Rangers Samurai pada 3 Jun 2012 , pukul 5.30 petang dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Pemenang tempat pertama akan mendapat baucer beli-belah berjumlah RM 300 dan RM 500 barangan Power Rangers Samurai, pemenang tempat kedua akan mendapat baucer beli-belah berjumlah RM 200 dan RM 300 barangan Power Rangers Samurai manakala pemenang tempat ketiga akan mendapat RM 100 baucer beli belah dan RM 100 barangan Power Rangers Samurai. Selain itu, tiga pemenang sagu hati akan juga mendapat RM 100 barangan Power Rangers Samurai setiap satu.

Bukan itu saja! Pelanggan yang membuat belian sebanyak RM100 ke atas dalam resit terkumpul layak untuk mendapat satu (1) pas sesi bertemu Power Rangers Samurai, berdasarkan siapa-cepat-dia-dapat.(100 pas untuk diberikan setiap hari dan tertakluk pada terma dan syarat tertentu.

885D5144

885D5180

885D5248

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Spy Kids & 102 Dalmations Hiburan Cuti Sekolah

Selamat Ulangtahun ke-20 KRU