in

Sekitar Penyampaian Hadiah Pencarian Lelaki LISA.MY 2014

Majalah gaya hidup yang padat dengan pelbagai info berkaitan kecantikan, fesyen, karier, kewangan, idea percutian dan rekaan dalaman, LISA Malaysia, melangsungkan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang Pencarian Lelaki LISA.MY 2014 hari ini. Berlangsung di bilik pameran Renault, Petaling Jaya, Pencarian Lelaki LISA.MY 2014 menamatkan pencariannya apabila tiga pemenang diumumkan dalam upacara ini.

Boys with Annahita & Editor

Untuk pengetahuan, Pencarian Lelaki LISA.MY 2014 telah memasuki tahun ketiga penganjurannya dan kempen untuk penyertaan telah pun bermula sejak Jun 2014 lalu. Kesemua penyertaan telah disaring dan penilaian turut dibantu oleh rakan media, stesen radio HotFM. Peserta yang telah disenarai pendek kemudiannya dihubungi untuk menjalani ujibakat di ibu pejabat LISA Malaysia. Selepas melalui fasa ujibakat, 17 nama yang menepati kriteria telah dipilih sebagai finalis Lelaki LISA.MY 2014.

Berbeza dari pencarian sebelum ini, Lelaki LISA.MY 2014 mengkehendaki setiap finalisnya mengikuti aktiviti dan tugasan yang telah direncanakan sepanjang pertandingan berlangsung. Komitmen dan daya juang yang dipamerkan oleh setiap peserta diambil kira dalam pemberian markah oleh panel pengadil dan ditambah dengan hasil undian SMS dari pembaca setia LISA.

Menurut Editor LISA Malaysia, Cik Marini Mat Zain, selain daripada mencari pria sejati pilihan pembaca majalah LISA, program ini turut mempunyai visi untuk menyuntik rasa konfiden dalam diri peserta dengan membawa mereka bertemu pembaca bersama MYLISA Cruiser ke universiti, pusat membeli-belah dan bazaar untuk rangka promosi pencarian ini. Ia dilihat sebagai persiapan paling awal bagi para peserta berdepan dengan orang ramai walau apa pun bidang yang diceburi kelak.

“Pencarian Lelaki LISA.MY 2014 ini berbeza dengan pertandingan yang sedia ada kerana kami bukan mencari wajah semata-mata tetapi mencari satu pakej lengkap yang memiliki kelebihan lain seperti kerjasama berkumpulan, komitmen dalam aktiviti dan cara berkomunikasi dengan orang sekeliling,” ujar Cik Marini Mat Zain.

Pencarian Lelaki LISA.MY 2014 mendapat tajaan utama dari Ubermen, Triple M Vacations Sdn Bhd, Zalora, tajaan lokasi Renault serta kerjasama rakan media, Hot FM dan Gua.com.my.

Senarai pemenang:

Pertama: Haliman
Ist Prize
Percutian 3 hari 2 malam ke Bali tajaan Triple M Vacation
Produk Ubermen bernilai RM800

Kedua: Shafiq
2nd Prize
Percutian 3 hari 2 malam ke Phuket tajaan Triple M Vacation
Produk Ubermen bernilai RM600

Ketiga: Hery
3rd Prize
Percutian 3 hari 2 malam ke Medan tajaan Triple M Vacation
Produk Ubermen bernilai RM400


Tiar Zainal & Marini (Editor)

Budiey, Ezwan (hot.fm)

Couple

Boys Watching the Video

Amanda Imani

DSC_0118

DSC_0147

3rd Hery Azahari

2nd Shafiq

1st place Haliman

DSC_0196

Yubi Perform

Boys with Triple M (Sponser)

SENARAI FINALIS LELAKI LISA.MY 2014

 

No Nama Umur Asal Kerjaya Hobi dan minat
1 Razman

 

19 Ipoh Pelajar Aktif dalam aktiviti kebudayaan terutamanya teater bersama kumpulan teater negeri Perak. Bagi Razman, teater adalah satu medium yang mampu mendewasakan manusia menerusi penghayatan terhadap sesuatu cerita dan turut memberikan kepuasan yang besar terhadap dirinya
2 Haliman 23 Shah Alam Konsultan Teknikal Gemar mencuba makanan di pelbagai tempat dan berkongsi pengalaman bersama teman-teman terutama sekali di laman Instagram. Haliman juga meminati aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan kini aktif bermain mini bike.
3 Aley 22

 

Marang Site Safety Supervisor Memiliki kedai shishanya sendiri. Mesra disapa sebagai Aley, dia turut mempunyai team workout sendiri yang diberi nama Barragazz yang mengetengahkan sukan Calisthenics. mencintai aktiviti air seperti selam Scuba malah turut memiliki lesen khas.
4 Mubin 24 Perlis Pelajar Menuntut di Institut Kemahiran Penerbangan. Amat meminati aktiviti ekstrem seperti bungee jumping. Gemar memerhati tingkah laku orang sekeliling terutama sekali di kawasan yang padat orang. Dia akan duduk bersendirian di satu tempat seperti di pusat membeli-belah dan pelbagai gelagat manusia.
5 Hairul 27 KL Eksekutif Projek (Minyak & gas) Sibuk dengan kerjaya dan perlu bergerak aktif, Hairul akan pastikan dia sempat meluangkan masa di gim setiap hari bagi mengekalkan stamina.
6 Shafiq 20 KL Pelajar Walaupun bergelar pelajar, Shafiq pernah merasai pelbagai pengalaman bekerja yang banyak mengajarnya erti hidup seperti sebagai jurujual, pekerja pasar malam, jurulatih peribadi dan pelakon tambahan. Selain itu, dia juga aktif dalam sukan Calisthenics dan bergerak aktif bersama kumpulan Barragazz
7 Hery 23

 

Ipoh Penasihat Servis Pemalu namun mudah mesra, Saiful juga seorang yang gemar memasak dan tidak kekok membantu ibunya di dapur. Dia juga gemar berkaraoke bersama teman-teman dan menganggap ia sebagai satu terapi bagi mehilangkan tekanan kerja.
8 Aiman 24 KL Pelajar Pencinta kopi dan gemar menghabiskan hujung minggunya dengan mencari kedai kopi yang menyediakan kopi terbaik. Baginya, cukup dengan aroma pekat kopi, ia mampu menghilangkan tekanan.
9 Amir

 

21 Muar Pelajar Gemar melancong, akan mula mengumpul duit beberapa bulan lebih awal dengan bekerja sambilan ketika cuti semester bagi mengumpul wang. Amir juga aktif dalam sukan dan pernah mewakili Johor dalam sukan angkat berat di temasya sukan SUKMA.
10 Amar 25 Alor Setar Jurutera Mekanikal Gemar aktiviti ATV, wall climbing dan meredah hutan. Berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan bagi merealisasikan minatnya iaitu memiliki perniagaan sendiri
11 Luqman

 

18 Kuantan Pelajar Meminati dunia pemotoran dan pernah cuba beraksi di Litar Sepang bagi menguji keupayaan menunggang superbike. Berkebolehan bertutur dalam bahasa Perancis dan Rusia, aktif dalam sukan dan pernah menyertai SUKMA 2012 di Pahang dalam acara menembak.
12 Haziq 24 Keramat Pengusaha Gemar untuk travel ke satu-satu tempat secara bersendirian dan memilih untuk menggunakan kenderaan awam. Baginya, apabila menjelajah ke tempat orang, semua perkara harus dilihat dan dirasai sendiri supaya pengalaman yang dimiliki memberikan kenangan manis.
13 Yubi 25 Bandar Baru Kedah Story Board Artist Aktif sebagai penyanyi dan pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik, Anugerah Industri Muzik 2013 menerusi lagu, “Bila Kau Pergi”. Bercita-cita untuk dikenali sebagai komposer berjaya pada masa akan datang.
14 Aqid 21 KL Pengusaha Aktif dalam pernigaan yang dimiliki, Aqid turut aktif sebagai model freelance dan pernah terlibat dalam beberapa buah iklan komersial.


Budiey nak kalungkan sekalung tahniah buat @marinimz editor @lisamalaysia yg vass di atas penganjuran Pertandingan Pria Sejati Lisa 2015 pada hari Sabtu lalu. Tahniah juga semua pemenang dan team #LisaMalaysia Terima kasih sudi menjemput #BudieyDotCom

With @samkassim jurugambar @RifaeeIsa & The gang di Pencarian Pria Sejati Majalah Lisa 2015 @lisamalaysia #LisaMalaysia #LelakiLisa2015

Hadir di Pencarian Pria Sejati Majalah Lisa 2015. Thank you Shawn Cutler Bangsar #LisaMalaysia #LelakiLisa2015 #BudieyDotCom #budiey

Bersama @EzwanAriff Brand Executive Hot FM di Pencarian Pria Sejati Majalah Lisa. Hot FM antara rakan penaja rasmi #LelakiLisa2015 #LisaMalaysia

Untunglaa my PA @abil93 kena peluk dgn @shafiqrohizat pemenang NO.2 Pencarian Pria Sejati Lelaki Lisa Malaysia. Nak jugak kena pelok plis muahahaha @lisamalaysia #LisaMalaysia

By @hery_azahari "With my Bro @budiey #RENAULTPJ #LLM14 #LISAMALAYSIA #PRIASEJATIPILIHAN #HOTFM #FINALISTPENCARIANLELAKILISA14" via @PhotoRepost_app

Bersama pemenang Pertandingan Pria Sejati Lisa Malaysia yg diadakan pada hari Sabtu lalu. Tahniah buat semua pemenang. Banyak hadiah korang dapatkan? (Yg kanan sekali tu bukan pemenang. Itu my PA yg bertugas pada hari tersebut) @lisamalaysia #LisaMalaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SayWho Meriahkan Muzikal Khas Anak Dunia

Self Check-In For Travels During The Festive Season