in ,

Sekitar Pengumuman Pemenang Gadis Simply Pretty Avon 2011

Chinta Ily Mokhtaruddin; 20, Amirah Amran; 20 dan Nurul Nasha; 18 muncul sebagai 3 pemenang Gadis Simply Pretty AVON 2011 manakala Nur Shafiqah, 20 adalah pemenang fotogenik.

Mereka diraikan dalam satu majlis pada hari Ahad lalu dengan dihiburkan oleh Akim dan Adira. Best tu!

Akim Adira Avon

Ketiga-tiga gadis Simply Pretty ini terpilih dari sejumlah 180 penyertaan Peraduan Gadis Simply Pretty di Facebook Avon Malaysia bulan Oktober baru baru ini; sempena pelancaran rangkaian barangan mekup Avon untuk golongan remaja. Keputusan peraduan ini adalah berdasarkan kesesuaian solekan dan personaliti peserta (80%) dan bilangan “likes” di facebook Avon Malaysia (20%).

Chinta dari Shah Alam muncul sebagai pemenang pertama dengan sejumlah 894 ‘likes’ dan beliau menerima wang tunai RM3,000 dan produk Avon bernilai RM1,000.

Manakala Amirah yang berasal dari Bangsar; adalah pemenang kedua dan menerima wang tunai sejumlah RM2,000 dan produk Avon bernilai RM800.

Nurul Nasha dari Johor Bahru yang baru menduduki peperiksaan SPM muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima RM1,000 bersertakan produk hamper Avon bernilai RM500. “Saya amat gembira apabila menerima berita baik ini; terima kasih, AVON” ujar Nasha dengan gembira.

Walaubagaimanapun, perkara yang paling menyeronokkan para pemenang adalah majlis high tea esklusif untuk mereka yang diraikan bersama selebriti Akademi Fantasia; Akim dan Adira. Kedua-dua selebriti ini juga mempersembahkan lagu popular; Ombak Rindu untuk para tetamu.

Bercakap tentang produk terbaru dari Avon – Simply Pretty, ianya diperbaharui untuk merubah penampilanmu menjadi yang teranggun, segar, ceria dan mekar mempersonakan. Namun tetap seayu peribadi anda. Rangkaian produk termasuklah bedak asas, bedak, pemerah bibir, pembayang mata, maskara, lip balm, lip gloss, pensil kening, pensil mata dan pensil bibir.

Untuk info lanjut, sila layari www.facebook.com/AvonMy atau hubungi talian bebas Avon di 1800 22 AVON 2866.

Adira Akim Avon Malaysia

Chinta Ily Mokhtaruddin Tempat Ke-3 membawa pulang RM3,000.

Adira Akim Avon Malaysia

Nur Syafiqah Shamsul Kamal – Kategori Paling Fotogenik

Adira Akim Avon Malaysia

Amirah Amran – Tempat Kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000

Adira Akim Avon Malaysia

Nurul Nasha Binti Rosman – Tempat Ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Adira Akim Avon Malaysia

Dihoskan oleh Elaine

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Adira Akim Avon Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Flying High Across Australia Airasia X

Future Music Festival Asia