Hap Seng Consolidated Berhad (“Hap Seng”) telah meraikan pembukaan besar-besaran Hyatt Centric Kota Kinabalu dengan upacara pemotongan reben pada 21 November 2022. Acara bertuah ini dijalankan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Menteri Kerajaan Tempatan bersama Pengerusi Hap Seng Consolidated Berhad, Thomas Karl Rapp, Pengarah Pengurusan Hap Seng Consolidated Berhad Datuk Edward Lee Ming Foo dan Presiden – Pertumbuhan dan Operasi, Asia Pasifik, Hyatt, Stephen Ho.
Bertapak di Signal Hill dengan pemandangan yang indah, seni bina dan hiasan dalaman hotel yang kontemporari dan mengalu-alukan rekaan Kengo Kuma, arkitek termasyhur global, mencerminkan warisan alam semula jadi Sabah. Hyatt Centric Kota Kinabalu merupakan debut hotel sulung Hap Seng Consolidated Berhad, dengan tiga lagi hartanah Hyatt bakal dibuka dalam masa beberapa tahun akan datang di Malaysia.
Hyatt Centric Kota Kinabalu terletak di pusat kawasan makanan dan hiburan bandar yang amat aktif, menyediakan kemudahan penginapan untuk pengembara dan penduduk tempatan teroka pengalaman yang tulen dan keunikan yang tersembunyi di ibu kota tepi pantai negeri Sabah, Malaysia yang terletak di pulau Borneo ini. Hotel 23 tingkat ini menampilkan sebanyak 222 buah bilik tetamu moden yang dilengkapi balkoni, dengan kolam tanpa batas, restoran dan bar dupleks di tingkat bumbung, yang menyediakan pemandangan Signal Hill, kepulauan di Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan Laut China Selatan secara meluas. Hotel ini juga menawarkan tujuh ruang mesyuarat serba guna, sesuai untuk pelbagai tujuan.
“Pelaburan seperti Hyatt Centric hotel juga akan menghasilkan kesan yang berganda dalam meningkatkan ekonomi. Saya mahu melihat hotel yang dibina di Sabah dapat memberi peluang pekerjaan untuk rakyat kita dan menyumbang kepada pembangunan modal insan. Kami mahu memastikan bahawa pelaburan yang dibawa masuk ke Sabah dapat memberikan kesan positif kepada seluruh masyarakat tempatan.” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
“Kami berbesar hati memperkenalkan Hyatt Centric Kota Kinabalu sebagai hotel Hyatt Centric pertama Hyatt di Asia Tenggara sementara kami terus mengembangkan jenama gaya hidup ini di Asia Pasifik,” kata Stephen Ho, Presiden, Pertumbuhan dan Operasi, Asia Pasifik, Hyatt. “Kami amat menghargai kepercayaan dan kerjasama yang kukuh daripada pasukan Hap Seng, sokongan Ketua Menteri dan komuniti tempatan, serta dedikasi seluruh pasukan hotel – yang bersama-sama telah menyumbang kepada penyiapan hotel ini yang berjaya.”
“Hotel ini merealisasikan hasrat sepanjang masa kami untuk membina hotel kelas dunia di Kota Kinabalu, Sabah, iaitu negeri yang telah menyaksikan permulaan kumpulan kami lebih daripada 60 tahun yang lalu dan kami pasti bahawa Hyatt Centric Kota Kinabalu akan dapat menarik pengembara daripada seluruh dunia,” kata Thomas Karl Rapp, Pengerusi, Hap Seng Consolidated Berhad.
“Di Hyatt Centric Kota Kinabalu, kami bertujuan memberikan inspirasi kepada individu yang ingin tahu dan muda di hati, kami terletak di pusat bandar sebagai tapak pelancaran moden untuk pengembara kami menemukan sumber semula jadi dan pengalaman yang menarik, menghubungkan inti pati yang mewakili Negeri Di Bawah Bayu, berpandukan pasukan orang Sabah tempatan kami yang penyayang” kata Ruben Schrijver, Pengurus Besar, Hyatt Centric Kota Kinabalu.
Penempahan meja restoran dan bilik tetamu di Hyatt Centric Kota Kinabalu kini dibuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terma penuh atau untuk menempah penginapan, sila layari www.hyattcentrickotakinabalu.com atau dail +60154 874 1234.
World of Hyatt Memberi Ahli 500 Sebab untuk Menginap di Tempat Baharu
Untuk memberikan ahli World of Hyatt lebih banyak cara untuk menerima ganjaran, World of Hyatt menawarkan ahli peluang untuk memperoleh 500 Mata Bonus untuk malam kelayakan di Hyatt Centric Kota Kinabalu, dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, sebahagian daripada tawaran ahli hotel baharu World of Hyatt. Imbuhan hotel-hotel yang mengambil bahagian dan tempoh penginapan tawaran mereka boleh didapati di worldofhyatt.com/newhotelbonus. Tiada pendaftaran diperlukan dan ahli boleh memperoleh ganjaran diatas tawaran-tawaran lain.
Terma & Syarat
Tawaran sah untuk 500 Mata Bonus bagi penginapan setiap malam kelayakan oleh ahli World of Hyatt dalam kedudukan baik semasa tempoh tawaran hotel di hotel dan resort yang mengambil bahagian. Tawaran sah di hotel dan resort yang mengambil bahagian untuk penginapan dengan tarikh daftar keluar semasa tempoh tawaran setiap hotel. Untuk tempoh tawaran setiap hotel, lawati worldofhyatt.com/newhotelbonus. Untuk layak menerima tawaran ini, anda mesti menjadi ahli World of Hyatt yang mempunyai kedudukan yang baik pada masa tempahan dan penginapan, menginap di hotel yang mengambil bahagian dengan tarikh daftar keluar semasa tempoh tawaran hotel tersebut, berikan nombor keahlian World of Hyatt anda semasa daftar masuk, dan sama ada membayar Kadar Layak atau menebus pemberian malam percuma. “Kadar Layak” dan “Kadar Tidak Layak” ditakrifkan dalam Terma dan Syarat World of Hyatt (terletak di worldofhyatt.com/terms). Hanya satu mata bonus boleh diperolehi bagi setiap ahli, setiap penginapan, tanpa mengira bilangan bilik yang ditempah. Hanya bilik yang diduduki oleh ahli akan dikira dalam tawaran ini. Dua atau lebih malam berturut-turut di hotel yang sama akan dianggap sebagai satu penginapan. Semua mata yang diberikan di bawah tawaran ini adalah Mata Bonus.
Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat lengkap program World of Hyatt. Sila tunggu 3-4 minggu selepas perjalanan selesai untuk Mata Bonus World of Hyatt dikreditkan ke Akaun anda. Untuk menyertai World of Hyatt, lawati world.hyatt.com. Malam kelayakan akan dikesan secara automatik apabila anda memberikan nombor keahlian World of Hyatt anda semasa daftar masuk. Bilangan bilik yang terhad diperuntukkan untuk tawaran ini; tempahan tertakluk pada ketersediaan. Tawaran tidak sah dengan kumpulan, konvensyen, tawaran promosi lain, pakej pelancongan atau program kadar istimewa.
Tempoh pemadaman promosi mungkin dikenakan disebabkan oleh tempoh bermusim atau acara khas, dan sekatan ketibaan/berlepas biasa dikenakan. Hyatt berhak untuk mengubah atau menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa tanpa notis. Tanda dagangan Hyatt®, World of Hyatt® dan tanda berkaitan adalah tanda dagangan Hyatt Corporation atau sekutunya. © 2019 Hyatt Corporation. Hak cipta terpelihara.
Untuk maklumat lanjut, lawati worldofhyatt.com/newhotelbonus