in

Vie Shantie Khan Lancar Koleksi VHIJRAH

Jam 8 malam, Budiey dapat jemputan untuk menghadiri Pelancaran Busana Muslimah dari Vie Shantie dengan jenama VHIJRAH yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Acara yang sangat mewah bertemakan elegan dan semua yang hadir mengenakan jubah ini dihadiri oleh ramai selebriti. Antaranya Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin, Rebecca, Nur Fazura dan ramai lagi.

VHIJRAH

Nampaknya, sekarang ini adalah zaman kebangkitan gaya fesyen tudung dan ini satu fenomena yang positif terutama sekali fesyen tudung yang memenuhi syarak. Macam-macam tudung kita dapat lihat. VHijrah tidak mahu ketinggalan dalam meneruskan legasi fesyen modest yang semakin mendapat tempat terutama dalam melopor tudung Ready-To-Solat. Budiey kira, ini adalah kali pertama diperkenalkan di Malaysia.

Debut VHijrah tampil dengan tiga koleksi istimewa iaitu VHijrah Exclusive bersama dua kolaborasi khas VHijrah x Putra Aziz dan VHijrah x Rizman Ruzaini. Setiap koleksi ada keunikan tersendiri dan punya signature yang menawan.

Ada 10 orang supermodel ternama tempatan bersama seorang bintang yang diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Syahrini.

VHIJRAH V PUTRA AZIZ

Koleksi asas VHijrah terditi daripada rangkaian jubah, tudung, niqab dan seluar diserikan dalam 8 padanan rona pastel yang cukup lembut termasuk warna asas putih sebagai kunci gaya koleksi VHijrah x Putra Aziz.

Menurut pengasas VHIJRAH, Vie Shantie Khan konsep Ready-To-Solat yang eksklusif dari rekaan Putra Aziz. Yang penting setiap rekaan tu sangat selesa dan fleksibiliti dalam pemakaian. Jadi, nak bergerak sana-sini pun senang. Ini diterapkan dalam koleksi VHijrah x Putra Aziz ini dilihat sesuai untuk para jemaah haji dan umrah.

Jenis fabrik yang digunakan dari stretchable satin dipilih menjadi material utama koleksi VHijrah x Putra Aziz. Mudah nak bawa ke mana sahaja dan dipakai dalam keseimbangan gaya dan keselesaan maksima.

VHIJRAH EXCLUSIVE

Dilhamkan sendiri oleh gaya pengasas VHijrah iaitu Vie Shantie Khan, VHijrah Exclusive mengambil inspirasi muslimah moden yang sentiasa mahu memadukan fesyen dan dalam penggayaan asas harian. Sesuai untuk semua acara dan nak gi mana-mana.

Ada 20 koleksi kesemuanya. Direka dengan penuh ketelitian, bercitarasa tinggi serta mementingkan eksklusiviti.

Pilihan warna pula daripada pastel, rona alam dan warna-warna premium seperti hitam, biru gelap, hijau dan maroon diperincikan dengan elemen mewah seperti sulaman renda Perancis dan beberapa corak yang ditempah khaa bagi menambah eksklusiviti pada setiap rekaan. Untuk nampak moden, rekaan ni dilengkapkan dengan tatahan berlian bagi menambah seri. Teknik rekaan Pleated Fabric Trimming digunakan dalam koleksi ini dalam memberi sentuhan semasa yang banyak digunakan rumah fesyen mewah antarabangsa hari ini.

VHIJRAH

Sebagai klimaks pada pertunjukan fesyen pada malam tu, Budiey menyaksikan kolaborasi istimewa bersama pereka fesyen duo ternama tempatan, Rizman Ruzaini. Koleksi yang diberi nama VHijrah x Rizman Ruzaini (Black Label) ini adalah rangkaian premium bagi yang mahukan sesuatu yang lebih eksklusif.

Sebanyak 10 rekaan eksklusif dicipta khusus untuk koleksi Vhijrah x Rizman Ruzaini dan ia diinspirasikan daripada busana permaisuri dan puteri-puteri diRaja Arab menggunakan fabrik Beaded Lace dan Fancy Lace yang dipilih buat wanita yang sentiasa dahagakan kemewahan dalam penggayaan.

Paduan warna mewah seperti Sapphire Blue dan Ruby Pink sempurna dalam mendefinisikan ilham mewah dalam rekaan. Disamping itu rona Nurde yang semakin digilai dan digunakan cukup meluas turut dipilih menyerikan koleksi ini bersama padanan warna gelap yang sentiasa menjadi pilihan seperti Kelabu. Ungu dan padanan timeless Hitam dan Putih.

Seramai 10 supermodel tempatan memperagakan rangkaian VHijrah x Rizman Ruzaini (Black Label). Antara nama besar yang melewati pentas peragaan ialah Nasha Aziz, Tengku Azura, Tinie, Amber Chia, Elaine Daly, Anita Aziz, Fadzlun Abas, Thanuja, Karmen Khor dan Eyza Iskandar.

VHIJRAH

Kepada yang berminat, boleh buat tempahan awal secara online menerusi www.vhijrah.com bermula 15 Januari 2017.

Rangkaian koleksi ini boleh didapati di butik VHijrah yang akan dirasmikan tak lama lagi.

Facebook: V_Hijrah

Instagram: @v_hijrah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jessie Chung Holding Strong

Amy Mastura Lancar Single Terbaru KALIMAH