in ,

Sekitar Pelancaran Single Terbaru ALTIMET – AKU TAHU

Tanggal 22 Oktober lalu, satu tarikh yang sangat padat dengan events. Nasib baik semua events tu diletakkan dalam satu lokasi iaitu Bukit Bintang. Kalau tidak jenuh nak berulang alik. Kebetulan barangkali hari Khamis tu, ada fitting baju dengan penaja suit untuk Budiey pakai di Anugerah Skrin iaitu Sacoor Brothers. Kemudian ke event bersantai dan minum petang bersama NUr Fazura yang dianjurkan oleh saluran E! sempena dengan tayangan program realiti FACING UP TO FAZURA musim kedua.

Kemudian Budiey ditemani pembantu, Nabil Azri berjalan kaki dari Starhill Gallery ke Menara KLCC. Jenuh juga nak menapakkan. Di bawah Menara Maxis terserempak dengan Tomok yang buat penampilan dalam lagu terbaru Altimet berjudul AKU TAHU.

Okay, aku tahu yang korang nak tahu pasal single terbaru AKU TAHU ni, apa kata baca info kat bawah ni orait?

Altimet - Aku Tahu

ALTIMET MELANCARKAN VIDEO MUZIK BARU, ‘AKU TAHU’, SECARA EKSKLUSIF MELALUI APLIKASI RED HOTLINK

Bintang hip-hop tempatan, Altimet, telah melancarkan video muzik terbarunya bertajuk ‘Aku Tahu’ secara eksklusif melalui Aplikasi RED Hotlink semalam pada jam 8 malam, dengan itu membolehkan pelanggan Hotlink menjadi yang pertama untuk menonton video muzik lagu terbaru beliau.

Satu jam sebelum pelancaran video muzik tersebut, peminat juga telah mengikuti Hotlink (@hotlink) di Periscope, satu aplikasi penstriman video langsung, dimana mereka telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama Altimet, yang menandakan kali pertama beliau telah mengadakan sesi soal jawab secara langsung bersama peminat. Para peminat telah mengemukakan soalan-soalan mereka dengan menggunakan hashtag #HotlinkAkuTahu.

#Liveupdate : Budiey.com skrg berada di Pelancaran Premiere Muzik Video AKU TAHU  nyanyian Altimet dgn penampilan khas Tomok. Kini dipancarkan secara langsung di Periscope @altimet_ @tomokofficial #periscope #hotlinkakutahu #budieydotcom #budieyators

“Sekali lagi, Hotlink membawa satu pengalaman istimewa kepada pelanggan kami dengan melancarkan video terbaru Altimet secara eksklusif di Aplikasi RED Hotlink dan menjadikan pengalaman dengan artis kegemaran mereka lebih bermakna pada peranti mudah alih mereka melalui interaksi secara langsung di Periscope. Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami melalui aplikasi dan memberi mereka sesuatu yang istimewa yang tidak boleh didapati di tempat lain. Melalui kerjasama ini dengan Altimet, Hotlink juga meneruskan usaha kami dalam memperjuangkan muzik dan bakat tempatan, dengan memberikan mereka platform untuk mempamerkan kerja terbaru mereka dan mendekati para peminat,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Sebelum ini, Hotlink telah bekerjasama dengan artis-artis tempatan lain seperti band indie, Hujan, untuk memperkenalkan koleksi gambar dan rakaman video yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini, yang merangkumi 10 tahun perjalanan Hujan.

Hotlink juga merupakan salah satu daripada penaja utama Akademi Fantasia tahun ini dan telah bekerjasama dengan The Wknd untuk melancarkan The Wknd Sessions Live dan The Wknd Recording Fund untuk membantu memupuk bakat artis-artis baru.

Aplikasi RED Hotlink (yang kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia) membolehkan para pelanggan menambah nilai, menyemak baki, menambah data mudah alih mereka dan banyak lagi. Aplikasi RED Hotlink boleh dimuat turun di Google Play untuk pengguna Android atau di App Store untuk pengguna iOS. Pengguna baru Aplikasi RED Hotlink juga akan mendapat data 1GB secara percuma untuk masa yang terhad sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi RED Hotlink, lawati www.hotlink.com.my

Altimet - Aku Tahu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert Bigbang [MADE] World Tour In Sydney

MTV Lancar Instagram BOOMERANG Untuk Interaksi MTV EMA 2015