Kegirangan dan kenangan akan ditelusuri menerusi sebuah program TV Road Home With Smiles. Penonton akan dapat saksikan kehidupan peribadi selebriti secara lebih dekat dan mengikut mereka untuk pulang ke kampung di musim perayaan ini. Program yang menampilkan selebriti seperti Betty Benafe, Aishah Sinclair, Belinda Chee dan Jehan Miskin ini akan ditayangkan pada setiap Rabu, 9 malam mulai 8 Oktober 2008.
Program kembara 13 episod ini memaparkan pengembaraan balik kampung mereka yang menyeronokkan dan ada masanya menyentuh hati di samping memberi pendedahan kepada penonton mengenai kehidupan terkini dan silam selebriti menerusi paparan kehidupan masing-masing.
Pembuka tirai rancangan adalah pelakon dan penyanyi wanita jelita Betty Benafe, diikuti dengan pelakon tegap Azizan Nin dalam episod kedua. Antara selebriti lain ialah Daphne Iking, Hannah Tan dan Hattan.
Setiap episod dimulakan dengan pengenalan mengenai selebriti dan sedikit informasi mengenai asal usul mereka. Di samping itu, kami akan membawa anda mengembara ke tempat-tempat yang telah mencipta seribu kenangan manis terhadap diri selebriti berkenaan dari tempat makan yang paling istimewa mereka sehinggalah paparan mengenai mereka yang tidak pernah didedahkan di mana-mana sebelum ini.
Kata Airin Zainul, pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Pemasaran.
“NTV7 amat berbangga untuk melancarkan sebuah lagi siri menghiburkan Road Home With Smiles yang memberi penonton gambaran yang lebih telus mengenai kehidupan selebriti berikut apabila mereka pulang ke tempat asal mereka.
Selain memaparkan kehidupan rakyat Malaysia yang beraneka melalui pengalaman selebriti balik kampung.
Program kembara ini turut menghidangkan panduan keselamatan jalan raya yang bukan sahaja menjadikan program ini menarik tetapi juga bersifat informatif.”
– Airin Zainul
Ditaja khas oleh Esso dan Mobil, rancangan ini turut memuatkan faedah kegunaan Smiles Card dan penggunaannya di stesen Esso atau Mobil sepanjang perjalanan.
Kata Faridah Ali, Pengarah Perniagaan Runcit, Esso Malaysia Berhad,
“Di Esso dan Mobil, kami menyediakan program ganjaran pemandu Smiles setelah mengambil kira faktor pelanggan.
Melalui program TV ini, penonton akan mempelajari tentang penjimatan yang ditawarkan oleh Kad Smiles.
Pelanggan boleh mendapatkan mata Smiles dalam hampir kesemua pembeliaan di samping memperolehi nilai hebat apabila mereka menebus mata Smiles untuk petrol dan barangan runcit.
Contohnya, sepanjang musim perayaan, pelanggan boleh menukar mata Smiles mereka untuk barangan asas seperti minyak masak dan beras atau produk lain seperti tertera di katalog.
Ia sememangnya balik kampung bersama Smiles untuk semua.”
– Faridah Ali
Kepada pembaca, jangan lupa untuk menonton program ini kerana selebriti anda akan menceritakan secara eksklusif pengalaman mereka di kampung. Untuk siaran ulangan, layarilah www.ntv7.com.my untuk catchup TV.