Pada 22 Januari lalu, Remaja sebuah rancangan khusus untuk remaja terbitan TV3 telah disuntik dengan wajah baru, wadah yang lebih segar dan lebih bertenaga.
Bertempat di Lepaq Cafe, Desa Sri Hartamas, para media dan remaja jemputan turut sama-sama lepak sambil menyaksikan pengisian baru dalam Remaja musim baru ini.
BUNKFACE
Adzriefaiz sebagai Emcee
Turut dimeriahkan dengan persembahan grup indie yang kini melonjak naik iaitu BUNKFACE. Juga ada cabutan bertuah untuk semua media yang datang sumbangan LG Electronic (M) Sdn Bhd, Plaza Low Yatt dan Aztech (M) Sdn Bhd. Budiey menang pakej spa… hehehe… tq TV3.
Menjangkau usia 16 tahun, semestinya Remaja sudah dimatangkan dengan pelbagai isi kandungan yang lebih mantap. Mula diperkenalkan pada Mei 1993 dengan nama RSB, ia menjadi rancangan berbentuk majalah untuk tontonan remaja yang pertama dan Budiey ingin mengucapkan tahniah kerana Remaja menjadi program TV paling lama bertahan di Malaysia.
Turut tampil seiring dengan aspirasi trend masa kini, sentuhan baru dari pengacara yang baru, Remaja tampak lebih ceria dengan montage dan grafik yang lebih bertenaga.
Sherina
Menurut Sherina, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “Remaja musim baru ini menampilkan konsep baru, wajah baru dengan feel yang saya percaya boleh menarik lebih ramai lagi penonton remaja. Kami juga menampilkan pembaharuan dengan memperkenalkan R-Clix iaitu E’One, Azura dan DeQ’Wan yang akan menceriakan program ini. Ketiga-tiga mereka akan membawa penonton mendalami lagi topik yang diperbincangkan di mana mereka sendiri akan turun padang mencari bahan, melakukan tugasan sambil mengacarakannya dengan cara mereka sendiri.”
Budak pompuan ni nyanyi macam Ferhad. Mantap tu joe!
Remaja kali ini memperkenalkan dua segmen baru iaitu:
- Remaja Open-Mic
- Career @ Remaja
- Refleksi
- Hot, Happening & Stylo
- Gadgets
- Buletin
Remaja diterajui oleh Azura karim, selaku penerbit Ekskutif, manakala Ahmad Shaifullizam Arshad pula bertindak sebagao penerbit. Turut membantu adalah Ismail M. Rasakh sebagai penolong penerbit.
Di pelancaran itu juga, diperkenalkan pengacara baru iaitu E’One, Azura dan DeQ’Wan yang sempoi giler.
Jangan lupa untuk menonton Remaja mulai 1 Februari setiap Ahad jam 7 malam.