in

Sekitar Pelancaran Projek Alpha Musim Kedua

Rancangan Dalam Talian Pertama Di Malaysia Kembali Untuk Mendedahkan Lebih Gaya Hidup Sebenar Pemblog-Pemblog Terkemuka Malaysia

Projek Alpha Musim Kedua yang dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dilancarkan dalam satu majlis rasmi oleh wakil-wakil daripada Kyanite.Tv, StarAsia (Malaysia) Sdn. Bhd., P1 W1MAX, Malaysia Airlines dan Nuffnang yang juga dihadiri oleh penaja-penaja korporat, pihak media, peminat-peminat aktif media sosial dan penulis blog.

Encik Sam Wong, Pengurus Pemasaran StarAsia (Malaysia) Sdn. Bhd. ketika berucap di majlis tersebut menyuarakan rasa keghairahan peranan Adidas Action 3 dalam menjayakan Projek Alpha Musim Kedua. “Adidas Action 3 berasa bangga dengan pengembaliannya sebagai penyampai Projek Alpha Musim Kedua yang dianggap sebagai salah satu aktiviti media sosial dalam talian yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini.

Sfera blog, sepertimana yang kita ketahui adalah satu platform kegemaran bagi ramai rakyat Malaysia untuk menampilkan gaya hidup mereka yang ria, bersemangat dan bertenaga.

Banyak juga pembaca talian dalam yang gemar membaca kisah hidup pemblog-pemblog terkemuka di Malaysia. Projek Alpha membawa pembaca-pembaca ini ke satu langkah lebih dekat kepada pemblog-pemblog terkemuka ini dengan membawa mereka kepada sebalik adegan untuk mengetahui kisah hidup sebenar pemblog-pemblog terkemuka ini.

Kami percaya Adidas Action 3 adalah jenama yang paling sesuai untuk bekerjasama dengan Projek Alpha kerana ia adalah satu jenama yang saling melengkapi gaya hidup yang cerdas dan penuh aksi serta menarik.”

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi P1 W1MAX, Encik Mohamad Idham bin Nawawi yang juga mengulangi kegembiraan beliau dalam ucapannya tentang penyertaan P1 W1MAX dalam Projek Alpha Musim Kedua. “Di P1, kami sentiasa menyokong media sosial. Kami memahami dalam sesuatu perniagaan, kami harus bersama-sama dengan media sosial dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan kami dengan berkesan. Pendapat atau pandangan yang diutarakan melalui media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam kuasa beli pengguna. Pada masa sekarang media sosial mempunyai cukup momentum dalam melahirkan impak segera dan berterus terang dalam kehidupan seharian kita dan ini adalah sesuatu yang kami amat selesa dengan,” kata Nawawi.

Beliau menambah, “Projek Alpha menjadi platform yang menghubungkan P1 dengan komuniti media sosial sekarang yang begitu aktif di Malaysia. Kami berasa amat bangga apabila digandingkan bersama mereka, dimana kami mampu untuk turut serta dan menjadi sebahagian daripada para pemblog yang terkenal dan mempunyai berjuta-juta pembaca di Malaysia. Ketika P1 berusaha untuk memastikan 45% kawasan di Malaysia diliputi oleh rangkaian WiMAX 4G, kami turut memberi perhatian dalam memastikan komuniti media sosial dekat dengan kami dan sentiasa berhubung sesama mereka dalam perkara atau isu yang penting.”

Encik Michael Lim, Pengarah Projek Alpha Musim Kedua serta pengasas bersama Kyanite.Tv juga mengatakan Projek Alpha musim ini adalah lebih besar dan menawarkan lebih kandungan yang menarik berbanding dengan musim pertama.

“Sebagai permulaan, krew produksi kami telah mengembara sehingga ke London untuk membuat perfileman di beberapa tempat yang terkenal, termasuk Mayfair, Trafalgar Square, Chelsea Football Stadium, Big Ben, dan London Eye. Salah satu episod akan menayangkan pengacara Jojo Struys menemuramah salah satu pemblog Asia terkemuka iaitu Xiaxue bersama dengan wartawan, artis serta peminat media sosial terkenal Malaysia, Niki Cheong”.

Untuk perfileman di lokasi tempatan, krew kami telah memilih Ipoh dan Kuching bagi mempertingkatkan jalan cerita musim baru dengan lebih elemen visual dan aliran.

“Sekilas pandang ke dalam gaya hidup dan drama sebenar pemblog-pemblog ini, para penonton boleh memahami lebih mendalam lagi siapa mereka, apa yang mereka buat dan apa yang mendorong mereka,” tambah Encik Michael.

Pada persekitaran yang selesa di Cathay Cineplex, e@Curve, yang dahulunya dikenali sebagai Cineleisure Damansara, tetamu jemputan dan ahli media adalah antara mereka yang diberi keutamaan bagi melihat pratonton episod pembukaan Projek Alpha Musim Kedua serta bergaul dengan tujuh penulis blog terkemuka dalam musim terbaru ini iaitu Duta Jenama Adidas Ninie Ahmad, selebriti tempatan Azwan Ali, wartawan dan artis terkemuka Niki Cheong, penulis blog makanan KY Teoh, Gareth Davies @ Shaolin Tiger yang lahir di Britain tetapi telah diserap ke dalam kebudayaan Malaysia, pengikut fesyen Ringo Tan @ Cheesie dan wartawan serba boleh Joe Lee @ Klubbkidd.

Penulis blog Singapura terkemuka, XiaXue, juga membuat kemunculan khas di majlis perlancaran tersebut untuk bergaul dengan ahli media serta berkongsi tentang pengalamanya sebagai bintang tetamu di Projek Alpha Musim Kedua.

Lapan penulis blog tersebut kemudiannya menghadiri satu sesi perjumpaan dengan peminat-peminat serta rakan-rakan pemblog mereka di mana permainan, makanan dan minuman disediakan. Hadiah-hadiah yang menarik juga merupakan sebahagian daripada sambutan pelancaran Projek Alpha Musim Kedua yang dipersembahkan oleh Adidas Action 3.

Project Alpha Musim Kedua persembahan Adidas Action 3 adalah di bawah naungan jalur lebar rasmi P1 W1MAX; syarikat penerbangan rasmi Malaysia Airlines; mikrosit social rasmi Ruumz.com; portal talian dalam rasmi thedailychilli.com; pendandan rambut dan persolekan rasmi A Cut Above; kosmetik rasmi Rimmel London; hotel rasmi 360 Hotel, Kuching; dan ribuan terima kasih kepada Millennium Hotel di Mayfair, London, UK.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jamal Abdillah Jemput Setiausaha Berduet

Maxis Plan VS ‘Pesaing’ Plan: Mana Lebih Baik?