in

Sekitar Pelancaran Program Oh My English Astro IQ

Hari ini, 24 Mei 2012 antara hari yang sibuk jugaklah bagi Budiey. Jadual pagi, petang dan malam… penuh dengan event. Nak buat macamana, dah ditakdirkan kerja sebagai blogger sepenuh masa macam nih, terima aje lah.

Ironinya, semua event pada hari ini adalah event pelancaran. Pada pagi tadi, ada majlis pelancaran program Oh My English, pada petangnya, ada majlis pelancaran BANANANA anjuran Media Prima dan pada malam ini berlangsungnya Pelancaran Samsung Galaxy S III. Oh, kiranya semua event hari ini boleh dikategorikan sebagai event yang gempak-gempak kot.

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Oh My English di Ballroom C, Hilton Hotel Kuala Lumpur.

Sangat meriah. Temanya pun Back to School… jadi, Budiey rasa macam seronok pulak dengan suasana mengikut tema, dapat lihat keceriaan budak-budak sekolah yang turut hadir dengan uniform sekolah. Oh lupa, yang pakai baju sekolah tu sebenarnya pelakon siri ini.

Kalau boleh, nak sekolah semula dan nak ubah segala-galanya, nak belajar betul-betul sampai masuk U tapi memang tak dapatnya… sudahnya jadi blogger gak. Nak buat macamana.

3

Rasanya, Budiey tak perlu perkenalkan program ini kerana Budiey rasa ramai yang sedia maklum. Maklumlah, program yang bertujuan untuk memperbaiki percakapan Bahasa Inggeris kita ini menjadi trending di Twitter. Maknanya, program ini antara yang banyak diperkatakan dan kiranya mendapat sambutan daripada penonton.

Lagu tema yang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay dan Altimet juga dipersembahkan semasa majlis pelancaran. Rancak energetik, bertenaga dan hype!

Dihoskan oleh Azrul Zaidi (BM) dan Sazzy Falak (Bahasa Inggeris) dalam duo bahasa, majlis pelancaran ini dirasmikan dan ucapan oleh Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro.,ru

Yang bagusnya, program ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran di mana ia satu usaha yang bagus. Bukan apa, program ini bagi Budiey, satu program yang kelakar sebab ada lawak jenaka yang mengeletek hati.

2

Pelancaran ini membuktikan usaha Astro untuk menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan ini adalah kesinambungan dari inisiatif membawa rancangan pembelajaran bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh tanahair melalui Program Tanggungjawab sosial Korporat, iaitu Kampus Astro.

Kampus Astro telah melengkapkan 10,000 buah saluran pendidikan dan informasi termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro IQ dan macam-macam lagi.

Zaman sekarang ni Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua memang sangat penting. Kalau tak tahu nak bercakap BI, susah nak pergi mana-mana negara atau susah nak minta kerja. Jadi, Oh My English dipandang dapat memenuhi dasar Kementerian Pelajaran iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMMBI) yang menyasarkan untuk memupuk kecemerlangan dalam kedua-dua bahasa.

Budiey dah tonton episod pertama. Itu pun setelah Budiey dapati ramai yang bercakap dan bertweet. Jadi, nak tak nak kena tonton, nak tengok apa istimewanya program ni. Pertama sekali, Budiey rasa ianya menghiburkan. Kedua, banyak sekali yang kita dapat pelajari dari program ni. Budiey suka dengan karakter pelakon yang macam-macam perangai dan kerenah.

Pengambaran dibuat di studio Finas di Petaling Jaya di mana ada set sebuah sekolah bernama SMK Ayer Dalam yang direka khas. Kita akan dapat lihat gelagat pelajar-pelajar daripada kelas 3 Merah yang terkenal dengan kenakalan mereka serta rekod pencapaian akademik yang kurang memuaskan.

Subjek paling teruk? Sudah tentu mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun, segalanya berubah setelah seorang guru baru yang berasal dari United Kingdom yang dikenali dengan nama Henry Middleton (lakonan Zain Saidin) tiba-tiba muncul.

Jadi cabaran Cikgu Henry sangat besar di mana beliau kena mengubah dan mengajar betul-betul pelajar menjadi bijak bertutur dalam BI.

Ramai sekali cameo atau pelakon jemputan yang tampil bersama pelakon utama. Antaranya termasuklah Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Greyson Chance dan Maher Zain. Tak ketinggalan pelakon komedi yang lain seperti Mr. Os, Nabil dan Harun Salim Bachik.

Oh My English dilakonkan oleh bintang muda Izara Aishah, Addy Ashraf, pasangan adik beradik Ahmad Ezrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy, Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohmad Nazri.

Jika korang rasa nak belajar dan mahu perbaiki bahasa English secara santai, tontonlah program ni. Yelah, ada setengah dari kita yang malu dan segan untuk belajar secara formal, maklumlah dah tua bangka baru sedar betapa pentingnya bahasa kedua nih kan. Jadi, tonton je lah setiap Ahad, 10 pagi. Sempoi je beb.

Fakta menarik tentang Oh My English:-

  1. Lagu tema Oh My English dinyanyikan oleh Liyana Jasmay dan Altimet.
  2. Oh My English menggegarkan dunia siber bila menjadi topik hangat atau trending di Twitter.
  3. Laman fanpage Oh My English pula dah diLIKE oleh seramai 50,000 peminat.
  4. Di Youtube pula, video-videonya ditonton oleh lebih 900 ribu penonton.
  5. Setiap episod berdurasi selama 30 minit. Merangkumi tema-tema santai dalam kehidupan seperti sukan, makanan dan sebagainya.
  6. Setiap episod ada 3 kapsul pendek yang menerangkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul.
  7. Astro bekerjasama dengan British Council dalam membangunkan kandungan pembelajaran BI.

Jangan lupa layari laman web rasmi: www.ohmyenglish.com.my dan di Youtube www.youtube.com/ohmyenglishtv.

Yang penting, pastikan korang semua menonton Oh My English pada setiap hari Ahad pada jam 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)

Untuk pelanggan Njoi juga boleh tontonnya pada setiap hari Jumaat jam 9.30 malam.

5

4

Dihoskan dengan jayanya oleh Azrul Zaidi yang sangat kelakar & Sazzy Falak yang bijak menarik audien dengan gaya ala-ala cikgu English.

1

Liyana Jasmay dengan semangatnya mendendangkan lagu tema Oh My English.

Lisa

Lisa Surihani pun ada gak. Tengok la dia pun boleh buat gaya “Oh My English!”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Izara Aishah di Pelancaran Oh My English

Peluang Wakili Negara ke Digista Teens International 2013