PROGRAM MAJALAH DAN PENDIDIKAN BUAH TANGAN TERBARU DARI TV9
– MENGHIBUR MEMBINA NILAI –
Dengan wajah dan nafas baru pada tahun 2010 ini, TV9 telah berusaha memperbaiki kandungan intisarinya supaya ianya menjadi lebih padat dan mantap untuk para penonton setianya. Dalam peranannya menyajikan pelbagai rancangan yang menarik, menghiburkan, TV9 juga merupakan adalah stesen yang begitu prihatin dalam menghasilkan rancangan-rancangan terbaik berbentuk ilmiah dan keagamaan.
Seperti sedia maklum, TV9 sudah sinonim dengan kekuatannya mendidik dan membentuk nilai budaya murni. Lebih istimewa, kita akan berusaha untuk menampil dan mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuan dan motivasi terbaik tanahair dan berpengalaman di bawah satu bumbung dalam melaksanakan menyampaian mesej yang inovatif, informatif, interaktif dan lebih penting menjanjikan input bermanfaat dan terbaik untuk tatapan penonton.
Sehubungan dengan itu, TV9 ingin berkongsi beberapa program TV9 yang terbaru dan diberi nafas baru untuk sajian para penonton iaitu Geng Bahasa Arab, Halaqah, Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz, Nasi Lemak Kopi O, Usrah, Akademi Al-Quran 4 (AQ4). Rancangan-rancangan ilmiah ini adalah satu tanggungjawab sosial TV9 yang pastinya dapat mendekatkan masyarakat Malaysia kepada pelbagai panduan berguna dan pendidikan Islam dalam era moden ini. Secara tidak langsung ia juga dapat menarik minat masyarakat bukan Islam untuk sama-sama mengenali nilai murni yang universal dalam ajaran Islam.
Pada tahun ini, TV9 telah menerbitkan sebuah lagi rancangan ilmiah dan mendidik penonton menerusi Geng Bahasa Arab. Ini merupakan rancangan pertama seumpanya di Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan para penonton kita untuk mempelajari Bahasa Arab, tidak mengira usia, bangsa dan agama. Konsep rancangan ini juga telah dicipta supaya menjadi lebih menarik dan informatif serta mudah dipelajari. Geng Bahasa Arab akan menemui penonton buat julung kalinya pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6.30 petang, bermula 13 Januari 2010. Geng Bahasa Arab ini dikendalikan oleh Ustazah Sarah Al-Jauhary yang merupakan seorang guru berlatarbelakangan JQAF (Jawi, Quran, Arab & Fardhu Ain) dan beliau juga turut terlibat secara langsung dalam sukatan pelajaran dan dalam penulisan buku teks bagi sekolah rendah.
Selain daripada menjadi tuntutan kepada umat Islam, mempelajari Bahasa Arab amat penting untuk memperkasakan kefahaman tentang Islam dan sekaligus dalam penghayatan bacaan Al-Quran. Menerusi rancangan ini akan menyaksikan 6 pelajar yang berumur 7 ke 11 tahun mempelajari huruf, perkataan, nombor dan perbualan harian Bahasa Arab dengan lebih efektif. Ia juga memberi perspektif segar kepada semua lapisan masyarakat yang teruja untuk menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti menyeronokkan seperti menyanyi, berpuisi dan juga berlakon.
Halaqah, sebuah lagi rancangan pendidikan yang berbentuk ilmiah khusus untuk santapan rohani penonton. Rancangan bual bicara agama yang menjadi pilihan utama penonton kini berwajah lebih segar & informatif. Ia lebih memberikan keseimbangan duniawi & ukhrawi penonton berasaskan nilai insan, iman & Islam. Dengan slogan Akar Tradisi Ilmu, Halaqah bakal membawakan kelainan di mana topik-topiknya tahun ini akan lebih menjurus ke arah pembaharuan baru dalam mengukuhkan asas spiritual yang ada dalam penyucian diri sebagai seorang Islam.
Tidak seperti program lain seumpamanya menekankan aspek isu semasa sahaja Halaqah akan mengupas topik yang lebih ke arah membentukan akhlak dan insaniah seseorang manusia dari segi fardhu ain, tauhid, fiqah setiap minggu akan berkisarkan kerohanian dan kemasyarakan serta isu semasa secara menyeluruh. Setiap episod rancangan ini menjemput dua ahli panel berpengalaman dan mengupas topik-topik mengikut isu semasa bersama hos berpengalaman iaitu Ustaz Shukri Yusof.
Semanis Kurma pula merupakan program bual bicara berkisarkan rumahtangga dan kekeluargaan yang pertama seumpamanya di dunia yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri Dato’ Ustazah Nur Bahyah Mahmood dan Ustaz Akashah. Program yang telah memasuki tahun kedua ini disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Setiap minggu mereka akan mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh pasangan yang bakal berkahwin dan telah berkahwin dan melayari kehidupan berkeluarga. Setiap topik yang bakal dibincangkan akan diwar-warkan seminggu lebih awal di kaca tv supaya penonton dapat berkongsi masalah mereka sebelum ia disiarkan secar langsung. Penonton yang ingin berkongsi permasalahan dan persoalan boleh menghantarnya kepada [email protected]. Pasangan pakar motivasi ini akan meneliti masalah mereka serta membincangkannya di dalam episod minggu itu. Pada waktu yang sama, mereka akan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.
Lebih menarik lagi, orang ramai juga berpeluang berjumpa dengan pasangan Ustaz dan Ustazah ini di acara padang Sua Rasa TV9 dan TV9 juga akan berusaha untuk mengadakan pelbagai aktiviti turun padang seperti kursus pra-perkahwinan dan kaunseling perkahwinan. Program ini juga menjadi panduan dan rujukan bagi pasangan muda khususnya dalam melayari hidup bekerluarga dalam alam rumahtangga. Ini amat penting kerana Islam mendidik masyarakat untuk berusaha mewujudkan sebuah institusi keluarga yang bahagia dan kukuh untuk membentuk masyarakat yang harmoni berasaskan aqidah Islam.
Tanyalah Ustaz yang telah mencecah audiens syer sebanyak 20 peratus setiap hari telah bersiaran pada setiap hari bermula jam 7.00 malam selama satu jam. Rancangan ini berbentuk soal jawab interaktif yang menampilkan tiga orang personaliti ustaz dan tiga topik setiap minggu yang akan menjawab sebarang pertanyaan dari penonton mengenai kemusykilan atau meminta kepastian tentang topik atau masalah berkaitan dengan agama Islam menerusi panggilan telefon mahupun emel. Topik yang dibincangkan setiap hari merupakan topik masalah harian yang dihadapi oleh mereka. Malah topik yang bakal dibincangkan pada setiap minggu akan diwar-warkan seminggu awal supaya penonton dapat berkongsi persoalan mereka melalui email [email protected] .
Usrah yang disiarkan setiap Jumaat pada jam 12 tengahari akan menjadi lebih mantap apabila ia banyak menekankan topik-topik berkaitan kaum hawa bersama gandingan hos yang hebat dan berpengalaman iaitu Dato’ Dr. Fatma Elzahraa Muhammad Ramadan dan Ustazah Asni Abdul Mansor Al- Hafizah. Untuk musim baru ini, Usrah akan menampilkan kelainan di mana pengambarannya bukan sahaja dilakukan di studio malahan juga dilakukan di luar studio. Penonton di lokasi berpeluang untuk bertanya soalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara contoh-contoh tajuk yang akan dibicarakan adalah ”Zikrullah”, ”Taat Pada Suami”, ”Mustajabnya Doa”, ” Taat Kepada Ibu Bapa”, ” Syukur Alhamdullilah” dan banyak lagi.
Tidak sempurna hujung minggu anda tanpa Nasi Lemak Kopi O (NLKO), satu- satunya program bual bicara hujung minggu yang mengupas pelbagai isu semasa dengan gandingan mantap pengacara baru dan lama seperti oleh Aziz Desa, Farrah Adeeba Mohd Ashraf, Zuhaili, Aida (Gadis Melayu) dan Sharifah Shahirah bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Menerusi NLKO 2010 ini, Segmen Berpantun Bersama Selebriti akan menemui penonton setiap Jumaat. Setiap minggu seorang artis atau personaliti diundang untuk berbalas pantun secara langsung menerusi telefon dengan penonton dan lebih menyeronokkan pemanggil yang menjadi pemantun terbaik akan menerima cenderamata daripada NLKO. Segmen Ayat Suci (yang dihoskan oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman (finalis AQ2)) pula akan dimantapkan dengan grafik dan visual untuk kemudahan penonton di rumah mengenalpasti kesalahan lazim dalam bacaan dan surah yang dibaca. Selain daripada itu pelbagai segmen baru diwujudkan antaranya ialah Dr. Baby, Hati Lelaki, Hati Wanita dan Guano Weh! Yang merupakan selingan mengenai dialek bahasa yang dipergunakan di seluruh Malaysia. Selain itu, segmen Langsung Dari Mahkamah Syariah akan memaparkan kes kes dari Mahkamah Syariah. Segmen lain yang pasti menarik penonton muda ialah Indie@NLKO dan Gizmo yang menampilkan produk teknologi terkini.
Akademi Al-Quran yang telah berjaya melakar penanda aras baru dalam acara tilawah iaitu kini muncul dengan musim keempat (AQ4). Sambutan yang amat memberansangkan ini telah membuatkan TV9 menambah lokasi ujibakat ke lapan lokasi bermula bulan Februari 2010 ini. Antara lokasi yang bakal dijelajahi oleh krew penerbitan AQ4 dalam mencari calon terhebat ialah :
No Tarikh Tempat / Lokasi
1 2-3 Februari 2010 Dewan Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak
2 5-6 Februari 2010 Dewan Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah
3 9-10 Februari 2010 Dewan Kompleks Islam, Kota Bharu, Kelantan
4 12-13 Februari 2010 Auditorium Kompleks Sri Iman, Jabatan Hal-Ehwal Agama, Terengganu
5 15-16 Februari 2010 Dewan Pejabat Agama Islam, Kuantan, Pahang
6 19-20 Februari 2010 Auditorium Kompleks Islam, Hjohor Bahru
7 22-23 Februari 2010 DEWAN Masjid Al-‘Azim, Ayer Keroh, Melaka
8 27-28 Februari 2010 Auditorium Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur
Seperti yang sudah diketahui ramai, rancangan realiti ini bertujuan melahirkan generasi Al-Quran yang mempunyai bakat dan kemahiran dalam membaca kitab suci Al-Quran. Musim terbaru AQ4 akan memperkenalkan banyak kelainan dan beberapa konsep baru dan lebih menarik. Ujibakat juga turut dilebarkan untuk memberi peluang golongan yang lebih muda meliputi usia 13 – 25 tahun. Segala butiran akan diumumkan dalam majlis yang berasingan selepas sesi ujibakat diadakan pada bulan Februari ini.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton rancangan-rancangan ini dalam mempertingkatkan ilmu dan rohani kita. Marilah kita bersama-sama menjana minda dan menonton rancangan-rancangan ini hanya di TV9, saluran Di Hatiku!