in ,

Sekitar Pelancaran Program Baru Astro Warna

Jam 3 petang (16 Februari 2011), Astro Warna telah mengadakan sidang media dan pelancaran program baru Astro Warna di Restoran D’Saji Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Antara pelakon yang hadir ialah pelakon Rozita Che Wan, Azhan Rani, Norman Hakim, Balkisyh Semundur Khan, Datuk Baharudin Omar (Anjang Aki), Ifa Raziah, Kuna, Azlee Khairi dan Syed Ali.

IMG_2357

Untuk terus mengukuhkan sebagai satu-satunya saluran komedi di Malaysia, Astro Warna dalam Pakej Mustika amat teliti dalam pemilihan setiap program komedi tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan. Ini supaya, saluran ini akan terus menjadi saluran pilihan kelompok penonton sasaran.

Berita baik bagi pelanggan Astro Warna dalam pakej Mustika kerana saluran itu menyediakan empat program baru pada Februari dan Mac ini. Program-program tersebut adalah Zizan Show, Kalau Aku Bukan Artis, Darling dan Iparku Diva.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, saluran tersebut akan memperkenalkan dua hingga tiga produk baru pada setiap bulan.

“Astro Warna sentiasa berhati-hati untuk menyusun strategi bagi memastikan program yang ditawarkan menepati citarasa setiap penonton. Matlamat kami jelas untuk memberikan yang terbaik dan penonton akan rasa puas hati. Kami akan mengeluarkan banyak lagi program baru di Astro Warna termasuk Maharaja Lawak yang akan diberitahu dalam satu sidang media lain serta Anda Ada 60 Saat musim kedua. Kami juga akan menghasilkan drama dan program komedi secara seimbang,”

Budiey tertarik dengan program terbaru, Kalau Aku Bukan Artis yang memaparkan barisan artis popular yang mana setiap dari mereka akan melakukan kerja-kerja orang biasa secara bergilir-gilir pada setiap minggu seperti menjual ikan, menjual minyak wangi, menebar roti canai dan macam lagi.

Melihat pada artis yang terlibat juga, Budiey gerenti program ini akan memikat pelanggan Astro Warna. Antara artis terlibat ialah Erra Fazira yang terpaksa menjadi penjual rojak. Pilihan dibuat secara undian. Bayangkan kalau Remy Ishak jadi penjaga butik wanita, Fasha Sandha pula menjadi tukang solek, Syed Ali sebagai Mat Despatch, Sharifah Shahira atau Shiera pula jadi penjual ikan. Menarik dan sangat melucukan.

Kalau Aku Bukan Artis bakal bersiaran pada setiap Selasa, pukul 9.30 malam bermula 22 Februari ini diikuti Zizan Show (22 Februari), Darling (1 Mac) dan Iparku Diva (9 Mac).

IMG_2359

Norman Hakim dan Rozita Che Wan

IMG_2364

Baharuddin Hj Omar

Datuk Baharuddin Hj Omar

Ifa Raziah

Ifa Raziah

Kuna

Kuna

IMG_2360

Ruslan Shah

Norman Hakim

Norman Hakim

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

IMG_2353

IMG_2352

Syed Ali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Menarik Sempena Chap Goh Mei

Gambar Intan Ladyana di Prebiu Filem Kembar Siang