in

Sekitar Pelancaran Kasut Wanita Berjenama XALF

Xpress Individualiti Anda
XALF perkenalkan sepatu wanita bespoke di Kuala Lumpur dengan koleksi
Xpression yang dinanti-nantikan

[dropcap]P[/dropcap]encipta XALF, jenama sepatu bespoke dalam talian, telah menghasilkan Xpression dalam bentuk kasut tinggi yang boleh ditempah khas mengikut keperluan wanita moden.

Sebuah majlis sofistikated dianjurkan bagi memperkenalkan jenama itu dan Bentley Gallery Pavilion KL yang disuntik elemen jazz merupakan lokasi paling cocok bagi meraikan tujuan berkenaan.

Eliana, Datuk Yasmin, Dato Ruby Khong, Debbie Goh, Dynas, Xavier, Alfred, Datin Reiss Tiara, Chris Tong Bing Yu, Thanuja, Mizz Nina, Cecilia, Dian Sharlin

Eliana, Datuk Yasmin, Dato Ruby Khong, Debbie Goh, Dynas, Xavier, Alfred, Datin Reiss Tiara, Chris Tong Bing Yu, Thanuja, Mizz Nina, Cecilia, Dian Sharlin

[dropcap]U[/dropcap]capan aluan daripada Aliza Elizabeth membuka majlis pada petang itu, sambil jemputan khas dibawa masuk ke bilik pameran dimana kedua-dua pengasas itu berkongsi cerita di sebalik kolaborasi mereka. Diterajui Xavier Mah, falsafah XALF diperjelaskan dengan penuh stimulasi yang membawa kepada kejayaannya merealisasikan sebuah impian.

“Saya bertuah kerana berpeluang meluangkan sedikit waktu di New York tahun lalu dan amat terpengaruh dengan getaran metropolitan dan sentuhan bohemian yang mengaplikasikan kraftangan tradisional. Sarah Jessica Parker dan wanita-wanita Sex and the City membuatkannya lebih glamor juga boleh ‘dipersalahkan’ untuk ‘kegilaan’ ini.”

Menarik para jemputan lebih jauh ke dalam dunia Xpression, Xavier turut memperkenalkan pereka Alfred Hor – yang mengucapkan terima kasih atas kehadiran tetamu dan memberikan penjelasan beliau mengenai proses rumit yang terlibat dalam pembuatan setiap peep-toe, tumit tinggi bertali dan platform tinggi tempahan khas yang unik. Sepatu yang pertama seumpanya itu juga boleh diubahsuai dan pelanggan boleh memilih aksesori sendiri untuk diletakkan pada permukaan tumit.

Aspek menarik jenama kelahiran tempatan XALF Design terletak pada butik virtual yang menawarkan pilihan ubahsuai mengikut citarasa dan selera individu. Gaya klasik diberi nafas baru dengan sentuhan moden, dan setiap satunya menyaksikan penghargaan terhadap seni warisan serta perhatian terperinci.

“Kami turut gembira bersama SENATUS, majalah online mewah sebagai rakan kongsi media rasmi XALF,” ujar Xavier. “Kami amat hargai pemenang Anugerah Perak pada 2012 dan Emas pada 2010 Asian Digital Awards yang akan mengiringi jenama baru ini mencapai platform antarabangsa menerusi internet.”

Setiap rekaan Xpression adalah direka dan dihias khas mengikut citarasa semua yang mengunjungi laman web (xalfdesign.com) atau menghubungi kami untuk temujanji,” katanya lagi.

“Perkhidmatan berorientasikan pelanggan juga akan memastikan anda menikmati hasil pembuatan tangan vintaj (dengan kulit anak lembu asli) dan estetika elit untuk keselesaan sempurna hanya untuk anda. Ini adalah rekaan kami yang paling membanggakan.”

Para tamu dihidangkan dengan bir Kronenbourg 1664 sementara meneliti koleksi Xpression dengan lebih dekat; mereka kemudiannya dihiburkan pula dengan persembahan tarian Latin fusion oleh pemenang musim kedua So You Think You Can Dance, Cecilia Yong yang dibawa masuk menaiki sebuah Bentley dan diberi tepukan gemuruh oleh para jemputan.

Kesempurnaan malam Disember bagi label baru yang mewah itu digemilangkan lagi dengan persembahan fesyen berinspirasikan Xpression membawakan barisan wanita-wanita hebat tanah air antaranya Datuk Yasmin Yusuff, Dato’ Ruby Khong, Mizz Nina, Dynas Mokhtar, Datin Reiss Tiara, Thanuja Ananthan, Debbie Goh, Chris Tong, Cecilia Yong, Elianna, Cassandra Patrick, Dian Sharlin dan Beatrice Au.

[pullquote align=”right”]Keselesaan jelas ketara apabila mereka memperagakannya di pentas sambil menggayakan dandanan rambut istimewa oleh Backstage Academy.[/pullquote]

Mereka kelihatan bergembira sambil menonjolkan rekaan bespoke Xpression dengan sentuhan tersendiri yang meningkatkan lagi personaliti dan gaya individu masing-masing, dengan sebahagiannya diselubungi rekaan terpilih daripada Australia, Katelyn Aslett.

Ia jelas sekali merupakan saat membanggakan bagi dua pengasas muda berkenaan yang memilih sendiri barisan selebriti dan personaliti terkenal bagi merealisasikan impian mereka untuk mengukir pasaran tersendiri serta menguji potensi dan bakat masing-masing.

Sebagai penutup, penggesek biola berbakat Joshua Kua – yang pernah membuat persembahan bersama Victoria Opera di Australia – menceriakan lagi majlis dan kemudiannya diikuti acara cabutan bertuah yang menyaksikan jemputan bertuah membawa pulang temujanji dengan XALF untuk habuan sepasang Xpression buatan tangan lagi eksklusif.

Group Photo with Sponsors

XALF Design Official Launch Party  (320)

XALF Design Official Launch Party  (323)

XALF Design Official Launch Party  (327)

XALF Design Official Launch Party  (346)

XALF Design Official Launch Party  (356)

XALF Design Official Launch Party  (365)

XALF Design Official Launch Party  (371)

XALF Design Official Launch Party  (380)

XALF Design Official Launch Party  (408)

Siti Rafidah & Traclyn Yeoh

Koe Yeet

David Ng & Irene Tan

Left to Right-Noriz, Faizah & Zureen

Nadine Ann Thomas

Chiong Pei Pei

Roselyna Latiff

Left to Right-Elisa Tan & Sophia Mohd Noor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Wang Tunai Lumayan Dengan Menyertai Be A Maybank2u Star Contest

TV2 Siar Drama Bersiri Crusoe Dan Grimm