Pada 27 Ogos 2008, Kiosk Box Technology Sdn Bhd telah merasmikan kelab hiburan karaoke atau KTV khas untuk seisi keluarga yang dikenali dengan nama K-BOX di tingkat 2, Selayang Mall.
Ramai juga artis yang datang untuk memeriahkan suasana. Antaranya grup Sixth Sense, Aizat, Are Mir (vokalis Sofaz), Sharifah Shahora, IZ OIAM, Fida, Rosma, Khai dan ramai lagi.
Antara jemputan VIP yang hadir yang turut melancarkan cawangan baru K-BOX ini ialah YB Amirudin Bin Shaari dan pegawai khas ADUN Batu Caves.
Pihak media yang datang juga turut diberikan peluang untuk berkaraoke pada petang itu.
Antara keistimewaan K-BOX, ia tidak menjual minuman beralkohol di mana minuman dan makanan di K-BOX semuanya halal.
Berhibur di K-BOX bersama famili anda tanpa perlu ragu-ragu. Di K-BOX juga disediakan tempat permainan kanak-kanak. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau diganggu anak-anak semasa berkaraoke kerana kanak-kanak yang sedang bermain akan diawasi oleh staf K-BOX.
Di K-BOX juga disediakan pakej istimewa seperti majlis hari jadi, majlis ulangtahun syarikat, majlis meraikan rakan, pertandingan karaoke, pelancaran album, sesi bertemu peminat (untuk selebriti). Untuk setiap majlis hari jadi, tetamu akan dihadiahkan sebiji kek oleh pihak K-BOX.
Selain Selayang Mall, K-BOX telah membuka cawangan di Bintang Hypermarket Rawang, Sentral Mall Taiping dan Village Mall, Sungai Petani. Akan datang, K-BOX akan dibuka di Galaxy Ampang Mall, Pertama Kompleks Kuala Lumpur dan Quality Hotel Shah Alam pada bulan September 2008.
Setiap cawangan ada 20 bilik hingga 40 bilik. Ada bilik standard, famili, VIP dan VVIP. Bayaran murah aje, dari RM18.00 hingga ke RM35 untuk satu jam bagi semua golongan.
Untuk tempahan dan keterangan lanjut, sila hubungi K-BOX di talian 03-62573220 atau hantar email k_box[@[streamyx[dot]com