in , ,

Sekitar Pelancaran JOM SINGGAH Anjuran TV3

Sejak diperkenalkan pada 4 Mei 2014, program “Jom Singgah” fokus kepada penjualan produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan antarabangsa. Bersiaran secara langsung dari Studio B di Sri Pentas, Jom Singgah yang dikendalikan oleh pengacara dan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Maria Tunku Sabri, Ifa Raziah dan Intan Suraya menemui para penonton TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari.

Jom Singgah ialah program 30 minit yang memberi peluang kepada seisi keluarga untuk mengetahui produk yang terkini di pasaran melalui kaca televisyen. Selain membeli belah melalui TV, penonton juga boleh membuat pembelian secara on line dengan harga yang murah. Penonton hanya perlu melayari laman web yang disediakan oleh TV3 di WOWShopping (www.tv3.com.my/shop).

Sesi Pelancaran Jom Singgah (1)

Menurut Puan Siti Hatija Yusof, Pengurus dan Penerbit Eksekutif Jom Singgah, Jabatan Factual & Dokumentari:

“Pada awal siaran program bual bicara, Jom Singgah hanya bersiaran pada setiap hari Isnin. Ekoran sambutan hangat daripada penonton dan usahawan-usahawan muda yang ingin memasarkan produk mereka, pihak TV3 telah menambahkan hari siarannya selama 4 hari berturut-turut. Program ini ialah platform terbaik bagi para usahawan mempromosikan produk baharu mereka kepada konsumer.”

“Kami berbesar hati kerana program ini terus mendapat sokongan daripada para usahawan dan penonton. Lebih istimewa, buat kali pertama program Jom Singgah melancarkan produk baharu keluaran usahawan tempatan, Luminour International secara langsung menerusi program ini.” Tambah Puan Siti Hatija Yusof.

Sesi pelancaran produk terbaharu keluaran usahawan tempatan, Luminour International menerusi program Jom Singgah turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya; Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV, Media Prima Berhad, Encik Seelan Paul; Pengarah Urusan Luminour International yang juga Pengasas Produk Absolute Lifting Bee Venom Serum & Jamu Suleet, Puan Zalifah Zakaria serta Duta Produk Jamu Suleet iaitu Ratu Dangdut Malaysia, Amelina.

Program 30 minit ini menawarkan pelbagai segmen menarik yang mempromosikan produk tempatan merangkumi kesihatan, kecantikan, libur, demo memasuk dan peralatan dapur dan pakej percutian. Antara segmen menarik dalam Jom Singgah ialah Stailo yang membabitkan fesyen, pesta dan pameran di mana usahawan boleh memaparkan produk berbentuk pakaian, tudung, aksesori, beg, kasut serta makanan.

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan, melalui segmen Khidmat Kecantikan & Produk Kesihatan, Jom Singgah mengajak seluruh isi keluarga untuk mencuba pelbagai produk kecantikan sama ada yang berbentuk pil atau makanan serta cairan seperti jus, teh atau kopi.

Penonton yang mahu menjaga kesihatan dan usahawan yang mahu menonjolkan khidmat perniagaan kecantikan mereka seperti SPA, Gym, pusat kecantikan serta pusat menguruskan badan dengan menonjolkan alat-alat senaman juga boleh dipaparkan melalui program ini.

Selain bercakap mengenai produk mereka, para pengusaha juga boleh melakukan demo secara langsung dari Studio B. Antaranya, make over, gunting & inai rambut, manicure & pedicure, peragaan fesyen baju & tudung, senaman dan lain-lain.

Selain soal kecantikan, Jom Singgah juga turut mempromosi masakan dan peralatan dapur seperti pelbagai rahsia resepi menarik melalui rempah ratus, pes, margerin, mee serta peralatan dapur – penonton boleh diajak untuk berdemo kelebihan produk-produk ini. Peralatan rumah merangkumi cerok dapur contohnya, kuali, periuk belanga hinggalah ke halaman rumah. Malahan, program Jom Singgah juga boleh membantu usahawan yang ingin mempromosikan aksesori kereta, motorsikal dan basikal.

Selain itu, Jom Singgah juga membuka peluang kepada mereka yang ingin mempromosikan pakej percutian dengan memaparkan keistimewaan sesebuah lokasi pelancongan dalam dan luar negara.

Liputan Jom Singgah tidak terhad di dalam studio sahaja malah program ini juga melakukan siaran langsung dari luar lokasi, antaranya pelancaran pelbagai produk, pameran & pesta seperti pesta buku, pameran perabot, barang kemas, bazaar, acara yang mencatatkan sejarah, perkahwinan dan pelbagai acara lain.

Jom Singgah yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang ini dikendalikan oleh Puan Siti Hatija Yusof bertindak sebagai Pengurus dan Penerbit Eksekutif Jom Singgah, Penerbit Jom Singgah,Nor Azlina Nekmat dan wartawan penyiaran, Nur Raudhah Murad.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Pengacara Jom Singgah - Maria Tunku Sabri & Ifa Raziah

Sesi Pelancaran Jom Singgah (2)

Sesi Pelancaran Jom Singgah (3)

Amelina, Duta produk Jamu Suleet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Penyanyi Ana Raffali Timang Baby Lelaki

Farhana Ahmad Menang Anugerah Media Terbaik LKIM