in

Sekitar Pelancaran Drama Ku Milikmu di La Maison Hotel May Tower

Pada 29 Julai lalu, TV3 telah mengadakan sidang media pelancaran Drama Ku Milikmu di Restoran La Maison, Hotel May Tower, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Drama bersiri terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Ku Milikmu ini akan ditayangkan di Slot Lestari mulai 5 Ogos setiap hari Selasa jam 9 malam hasil arahan Along Kamaruddin. Dibintangi oleh Eira Syazira, Faradhiya, Zizan Nin, Adzriefaiz, Capt. Md Nor, Atie Sulaiman, Liza Othman, Norseha, Khaty Fauziah dan Buzen.

Drama 26 episod ini diilhamkan oleh Sharifah Abu Salem dan pengambaran telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakat kata:

“Melihatkan olahan skrip dan jalan ceritanya, pihak TV3 percaya Ku Milikmu menjadi sebuah lagi drama terbaik yang dinanti-nantikan oleh penonton setia slot Lestari. Sejajar dengan cerita di zaman globalisasi dan penggunaan internet yang berleluasa di masa kini, di mana pasangan bertemu jodoh melalui perkenalan di alam cyber, cerita ini juga memaparkan unsur-unsur positif yang boleh diteladani seperti persahabatan, kejujuran, erti kemanusiaan dan nilai moral sesama insan.”

Budiey sempat mengambil gambar beberapa orang pelakon Drama ini, antaranya…

Zizan Nin sebagai Iqbal

Faradhiya

Liza Othman

Adzriefaiz sebagai Johari

Khaty Fauziah

Rosyam Nor

Niesha Dir

Syyyy… korang tak payah nak gossip lebih-lebih okay. Tolong duduk diam ok?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HOLLYWOOD BLOCKBUSTERS BLOWOUT IN AUGUST!

Quotes of The Day: Kekasihku Seru